Penjenamaan
Sabtu lalu ketika saya berkereta pulang dari Kelantan, saya mendengar siaran berita radio. Berita itu menyiarkan kenyataan orang besar dalam sebuah jabatan tertinggi yang menguruskan seni persembahan yang khabarnya bertaraf duniawi.
Kata tokoh besar (?) ini, jabatan seni persembahan duniawinya akan disusun semula. Pendeknya, akan dilakukan penjenamaan semula. Atau kata Tokwan Mahathir rebranding.
Antara langkah untuk penjenamaan semula? Antara cakapnya yang menarik perhatian saya ialah jabatan seni persembahan bertaraf duniawi ini akan cuba melakukan usaha untuk menarik perhatian golongan remaja untuk datang menonton hasil seni yang akan dipentaskan di tempatnya. Caranya, ialah dengan menghasilkan atau mementaskan karya yang memenuhi selera remaja. Pendeknya, pentaskan apa yang remaja mahu, sama ada teater, muzik atau tarian. Bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla blab la bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla ………………………………………………………………………………………………………………........................................... tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut hinggalah radio saya terputus siaran kerana melewati hutan banat dan ladang kelapa sawit selepas melewati Bandar Muktafibillah di Terengganu… tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut tut...
Barulah saya tahu penjenamaan atau rebranding tu menatang apa …
Barulah saya sedar dalam kita berkokok-kokok sastera di Malaysia tiada masa depan, rupa-rupanya teater di Malaysia lebih tidak ada masa depan. Rupa-rupanya bukan sastera yang terakhir, tapi teater. Fuh, kurang sikit beban orang-orang sastera!
Selamat hari raya pada kawan-kawan yang akan dijenamakan semula di sana. Saya tumpang berbangga. Jangan lupa masa hendak lancarkan penjenamaan semula tu buat rumah terbuka, hidang lemang dan ketupat cecah rendang pelanduk dari Pilah dan Jelebu.
Nota: Walaupun ada yang tidak percaya dan menggelarkan saya ini pembohong, saya semakin percaya dan yakin dengan pendirian saya bahawa mereka betul-betul miskin pemikir! Kerana mereka bertaraf miskin, maka wajar rasanya mereka menerima "zakat" daripada kita.
4 comments:
naik muntah aku dengan apa yg depa buat. kerja bodo dr org yg baghal..eh.
Luq,
muntahlah banyak-banyak. Manalah tahu muntah hang ni mampu melahirkan badang alaf baru hik hik
en wan mmg bijak menebak!
afna,
apa yang saya tebak?
Post a Comment