Anak emas
Sudah menjadi kelaziman sejak saya “dipaksa” mengajar, saya akan peruntukan sedikit dari duit gaji saya (mohon dijauhi untuk bersikap riak takbur) untuk memberi hadiah kepada pelajar saya yang saya kira cemerlang dalam kursus yang saya kendalikan. Tentang apa hadiahnya, itu belakang kira. Kebiasaan saya adalah memberi buku. Dan setiap tahun, buku-buku yang saya berikan kepada setiap pelajar adalah tidak sama.
Sehinggalah baru-baru ini saya memberikan hadiah yang berupa sebuah dua buku kepada pelajar saya untuk semester lepas. Saya dibisikkan oleh pelajar tersebut, agar didiamkan saja tentang hal ini. Takut kawan-kawan lain tersinggung, kecil hati dan entah apa-apa lagi. Dan ayat yang membuatkan saya tersentak, takut pelajar ini dianggap seperti anak emas saya. Saya gumamkan rasa berang saya ke dasar hati.
Kalau benarlah saya ada anak emas, lebih baik saya terus bagi hadiah. Tak perlulah saya buat pengumuman dalam kuliah, siapa pelajar cemerlang akan saya berikan hadiah. Kalaulah saya ada anak emas, saya tak akan beri hadiah yang berupa buku-buku yang murah. Lebih baik saya beri rantai emas atau gelang kaki. Atau bawa anak emas saya pergi melancong.
Sejak mengajar, sudah lama saya dengar tentang perkara ini, tapi saya diamkan saja. Sebabnya? Saya malas melayan anak-anak (tidak semua seperti ini) yang bodoh-bebal dan tak cukup akal. Kononnya, setiap pensyarah ada pelajar kegemaran dan anak emasnya sendiri. Betulkah?
Hal ini walaupun kadang-kadang tidak berbekas apa-apa di hati pun, tetapi kadang-kadang membuatkan saya berfikir sendiri. Apa betulkah saya melayan pelajar-pelajar yang saya beri hadiah itu seperti anak emas? Apa betulkah saya ada anak emas? Apa betulkah pensyarah lain juga ada anak emas? Apa betulkah? Apakah yang bersarang dalam minda pelajar-pelajar ini sekarang?
Saya renung semula. Apakah cara saya memberi hadiah ini yang menjadikan saya salah di mata mereka? Di mana silap saya yang tidak saya sedari?
Saya tahu banyak mata di kalangan mereka yang mencuri masuk membaca di laman saya ini dalam diam-diam tanpa saya sedari. Nak marah, marahlah. Nak menyampah, menyampahlah. Nak meluat, meluatlah. Seperti selalu, saya cuba bersikap biasa dengan slogana saya: saya peduli apa!
18 comments:
FARAH ANAK EMAS
NAK GIGI EMAS
Assalamualaikum,
En. Ridzuan, sebagai seorang pelajar saya berasakan tidak wajar untuk pelajar berasa cemburu apabila seseorang pelajar lain dianugerahkan apa-apa daripada pensyarahnya.
Apa-apa yang diterima oleh pelajar cemerlang merupakan balasan atas kejayaan yang diperolehinya. Sekiranya pelajar lain hendakkan pengiktirafan yang sama, maka berusahalah! Tidak perlu meletakkan rasa cemburu atau melabelkan apa-apa tentang pensyarah yang mempunyai niat baik untuk melonjakkan semangat pelajar.
Sekadar pandangan.
Hadiah bukan tanda anak emas, kan cuma sebagai tanda penghargaan.
Mereka yang cakap anak emas tu mungkin cemburu.hu2
Salam,
Wan, bukan hang dulu anak emas Cikgu Mohamad/ Cikgu Nazirah..Cikgu...Cikgu..
upaq hang lah anak emas cikgu nazirah hang juga anak emas ustazah ropiah ank emas cikgu mat amin ank emas ustazah comey ank emas majdah anak emas kembar su anak emas saja huhuhu..
oit cari anak ikan takmo ka hahahah.ikan maih mana best dgn ikan karing(karim,karin,maya karin)
En Wan...
saya dpt jadi anak perak pun dah beruntung...
huuuuhu..
yang cemerlang cek wan kasi buku, yang tak cemerlang cek wan kasi hukum sebatlah...
baru adil..hahaha
farah,
hati emas nak tak?
:)
wardah,
saya hargai pandangan sdr. TK.
tengah,
entah, agaknyalah.
global,
kalau rajin saya singgah.
adi,
woi ni apa ni dok bocoq rahsia lama ni. Cikgu Nazirah? uih marah sayang tu. Cikgu mat? Uih roti canai uli spender. Lagi? Cikgu Nasir? Ustazah? Oitt aku nak jadi anak emas cikgu rosidah boleh? hak hak hak
awang,
anak ikan macam maya karin aku naklah. takpun yang ada sirip macam saja, gebu pula tu hu hu
afna,
hah mika duduk la kat perak tu.
epool,
kalau ikut nak sebat antara masuk senarai awak juga ke? hak hak
tuan,
saya bukan setakad bagi buku tapi buku-buku saya kena curi adalah. KAtanya nak pinjam tapi terus menghilang. Nasib...nasib seorang guru.
sheikh sham,
saya pun buku bagi pinjam juga. yang herannya yang meminjam ni semua perempuan. Saya tak pernah mencatat siapa yang pinjam buku saya (ada sesetengah pensyarah buat begitu). Hanya cuma berharap supaya buku tu tak ghaib sudahlah
cik wan,
daripada cik wan bela anak emas,
baik cik wan bela ikan emas.
lagi seronok.
hahaha
Post a Comment