(Ahh, Tak Ada Apa-apalah)
Kepada Kawan
adakalanya terasa hadirmu
terlalu menyulitkan
kau seretkan kelambu masalah
lalu kau rebahkan gelisahmu
di atas kasurku
di kamar sepi
aku terpelanting ke tepi
tanpa sempat untukku
menyapu setetes darah
yang berguling di kasur
tidak pun kau sedar pedih
yang merayap dan menjalar ke urat nadiku
Tuesday, August 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
sedih..
En. Wan...
Isu anak emas pun nak dimasukan dalam blog ke?
sdr.RH,
seperti luka nadanya (meski judul 'tak ada apa2' :-) selamat menyambut ramadan 1430H.
awang,
adakalanya sedih dan pedih itu selalu memberi warna dalam hidup kita.
zabad, sdr tersalah entri daaa. Ini cerita puisi saya. Sdr. tertinggaal keretapi. Tapi saya jawablah ya, ini blog saya , ikut saya le saya nak tulis apa. Blog korang pun korang gasak juga cerita yang bukan-bukan, kan? ba hak hak.
Sdr. Rendra,
terima kasih kerana cuba memahami. Saya masih ok setakat ini. Salam Ramadan juga buat sdr.
Saya boleh andaikan sajak ini berkenaan perihal perbuatan penjajah terhadap negara kita. Tapi itu andaian yang salah, sebab judulnya KEPADA KAWAN. Justeru, mungkin ia berkenaan kawan yang membawa masalah.
Sdr. Nassury,
terima kasih berkunjung ke sini. Saya terima apa-apa saja andaian sdr. Sebenarnya, pada awalnya saya letakkan 'tanpa judul' sebagai judulnya.
Post a Comment