Wednesday, August 12, 2009

Bulan Kegembiraan Berganda

(i) Tokoh Akademik Negara 2008

Sasterawan Negara, Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh minggu lalu diumumkan sebagai pemenang Anugerah Tokoh Akademik Negara 2008.

Dua hari lalu (waktu datang ke Seminar di ASWARA), beliau seperti selalu akan singgah di bilik saya barang sebentar. Selalunya, begitulah, singgah dan kami pun bercakap-cakap, daripada hal yang menyenangkan hingga kepada hal yang tidak menyenangkan. Sempat berucap tahniah kepadanya. Kata Muhammad kepada saya, ini semua untuk kita.

Ketika di pentas sewaktu sesi ucap utama, Muhammad menjelaskan lagi: anggaplah anugerah terbaru yang dianugerahkan kepadanya ini diterima olehnya bagi pihak semua orang sastera. Kerana katanya lagi, selepas ini kita tidak tahu lagi bilakah pula tokoh dari dunia sastera yang akan terpilih untuk menerima anugerah ini lagi.

Ini kali pertama tokoh daripada bidang Kesusasteraan (baca: Kesusasteraan Melayu) terpilih untuk menerima anugerah tertinggi dalam bidang pendidikan di Malaysia.
(ii) No. 10

11 Ogos, semua kita menarik nafas lega, dan penuh syukur bila Sasterawan Negara ke-10 diumumkan. Tahniah untuk Dato’ Dr. Anwar Ridhwan. Terasa berganda-ganda kegembiraan ini. Gembira saya bukan setakat saya berketuakan beliau kini, tapi lebih dari itu.

Terlalu amat lama kita menunggu. Dan penantian kita pun terlerai dengan pengumuman ini. Bukan mengejutkan kita pun dengan pemilihan beliau ini sebenarnya. Kita sememangnya telah bersedia pun untuk menobatkan beliau sebagai SN. Tak perlu lobi-melobi kalau betul-betul layak. Sejarah yang terbentang akan menjadi perakam zaman.

Semalam, ketika hari terakhir seminar, kami “mahsyurkan” berita gembira ini untuk seluruh warga dunia sastera/akademik di dalam dewan. Harap-harap ini akan turut menjadi perkongsian yang menggembirakan untuk warga ASWARA seluruhnya. Betapa Sasterawan Negara ke-10 kini berada bersama kita.

Dan penantian kita pun terlerai sejak sekian lama. Semoga Allah terus memberi kesihatan kepada Dato’, memberi rahmat dan kekuatan untuk beliau terus berkarya. Kita impikan akan ada 10 lagi Naratif Ogonshoto dari tangan beliau.

8 comments:

epool said...

tahniah fakulti penulisan kerana memiliki sasterawan negara ;)

Romibaiduri Zahar said...

Moga fakulti penulisan lebih maju...
Amin

awangsulungmerahmenyala said...

salam sejahtera,
citer apa yang tak menyenangkan tuh,citer tentang sukj si gila tuh kah ba hak haks

benuasuluk said...

epool,
yang sebetulnya, tahniah untuk beliau. Fakulti Penulisan tak menyumbang apa-apa pun untuk kejayaan beliau, tapi beliau dah banyak menyumbang untuk Fakulti. Tapi, kita semua tumpang gembira.

benuasuluk said...

romi,
ameen

benuasuluk said...

awang,
citer yang tak menyenangkan tu macam citer ada kawan tak berani buat pasport pasal takut bini ba hak haks

MARSLI N.O said...

Nampak macam tersekat lama sangat. Kenapa?

benuasuluk said...

Sdr. Marsli,
tak ada apa-apa yang tersekat.Saja je. Cuma akhir-akhir ni terasa diri terawang-awang.