Thursday, July 2, 2009

Tentang Babi

Seorang teman saya bercerita kepada saya yang dia telah berjumpa dengan seorang teman saya yang lain. Dia menceritakan rasa terkejutnya apabila si teman ini bertanya kepadanya, bagaimana sekarang bekerja dengan babi-babi? Sungguh, teman saya ini terkejut dengan soalan teman saya yang lagi satu itu. Soalannya itu bunyinya sangatlah sarkastik.

Saya diam tidak mengulas. Memang sekarang banyak sangat tentang babinya. Orang yang tak ada hati perut pun babi. Kaki pembodek pun babi. Cah keting kawan pun babi. Oportunis pun babi. Jenis benalu dan parasit pun babi. Yang mengkhianat bahasanya pun jenis babi. Yang mengkhianati amanahnya pun babi. Yang mengkhianat agama pun babi. Yang lupa bangsa pun babi. Yang humban orang tua ke rumah orang-orang tua pun babi. Akhirnya yang takut kepada babi pun babi juga. Babi. Babi. Babi.

Justeru, kerana banyak sangat babi sekarang, saya pun diam tidak mengulas cerita teman saya ini, perihal teman saya yang satu lagi itu.

Saya sudah letih.

20 comments:

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

Salam Enche Wan

Aku rajin juga singgah blog hang ni. Tengok pada tajuk Babi, aku nak bagi sikit tentang Peribahasa Babi.

babi - org yang hina
Babi balar - Babi putih
Babi buta - melulu, terburu-buru
Babi duyung - sejenis ikan laut
Babi merasa gulai- meniru-niru orang kaya
Babi nangoi- babi hutan kecil
Gila Babi- teruk sangat la tu...

Apa pun enche wan , kesian kat babi kan...orang dok kata kat dia..ish..ish.
Buat la sajak tentang babi satuuuu...

Teratakerapung said...

salam Tuan Wan, akhirnya semua jadi GILA BABI!

roydy said...

mak aih, banyaknye babi...jaga2 en.wan, banyak babi yg berkeliaran cari mangsa sekarang ni...

sahrunizam abdul talib said...

Bab1- Satu Malaysia

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Babi pun takut babi ka?

awangsulungmerahmenyala said...

salam babi,
salahkah babi menjadi babi,macam lagu namun ku punya hati,bukan ku pinta lahir ke duniaaaa...babi dicipta untuk memanusiakan manusia yang ingin jadi babi.
babi itu pula DNAnya hampir sama dengan manusia.

pernah tengok babi tonyok tak?

benuasuluk said...

Anjungsena,
bila betoi kerajaan Ustad Azizan buat kandang babi di tempat kita nanti di Jabi saya akan tulih sajak babi. Judulnya "Kata Babi Kepada Babi'

benuasuluk said...

Teratakerapung,
ya, ya, gila babi. Betoi tu.

benuasuluk said...

Roy,
hati-hati. Sekarang banyak yang bertopeng dan berkulitkan babi. Yang jenis spesis curi "GAMAT" kamu tu pun salah satu kategori babi juga. Boleh saja disebut "Penciplak yang Babi"

benuasuluk said...

sahrunizam,
wo wo wo janganlah membbikan benda yang sudah babi. Naya babi namanya.
:)

benuasuluk said...

Lan,
ya, sekarang ni musim babi takutkan babi. Penakut babi tu.
:)

benuasuluk said...

awang,
tak salah babi dilahirkan sebagai babi. Ada hikmah dan hemah Allah wujudkan babi atas muka dunia ni. yang salahnya apabila kita cuba berlagak menjadi babi. Puaka babi namanya tu.
:)

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

Ish ni gejala H1N1 ni.ha3

benuasuluk said...

tengah,
bukan H1N1lah. Babi! Sebut betul-betul, B.A.B.I. Babi!

Luqman Hakim QA said...

benuasuluk, hang tau tak salah satu cara paling sedap makan babi adalah dengan memanggangnnya! jadi tak boleh ke babi-babi yang dalam kandang tuan ni dipanggang jugak!

benuasuluk said...

Luq,
panggang tu boleh, tapi jenis ni tak lalu nak telan.Jenis babi buruk hati.

Eva Sardiyanti Sarudin said...

~ berapa banyak babilah dalam fana ni... tak cukup ke yang ada di dalam hutan tu je... apa yang akan terjadi pada babi kalau manusia pun nak jadi babi?

benuasuluk said...

rainrose,
entahlah. barangkali babi pun bengang. Semua orang dok kalut nak jadi babi, babi nak jadi apa pula

Unknown said...

Babi, satu binatang yang sentiasa popular, dulu, kini dan selamanya

benuasuluk said...

Ibn Ali,
:)