Sunday, July 5, 2009

Mendengar Keluhan Teman

TEMAN saya, pensyarah sebuah IPT tempatan bercerita, sambil mengadu kepada saya tentang hasratnya ingin menerbitkan buku yang berkaitan dengan nota-nota kuliahnya sebagai sumber rujukan. Hasratnya, dokumentasinya itu akan membantu para pelajarnya kelak untuk pembelajaran kursus-kursus yang diajarkan olehnya. Dia tidak berhasrat menjadi kaya dengan menerbitkan buku berkaitan kursus yang ditanganinya itu. Cukuplah kalau sekadar penerbitan bukunya itu dapat membantu pelajarnya; di samping memperbanyakkan bahan penerbitan IPTnya. Apa guna menjadi sebuah universiti kalau tidak mahu menerbitkan buku.

Hasrat awalnya ini sudah dipersetujui dan mendapat kelulusan pihak tertinggi. Dan sayangnya, buku yang sudah siap dalam bentuk “dummy” ini sudah dua tahun terperap. Kononnya, bosnya tidak bersetuju dan berkenan dengan penerbitan buku ini. Kononnya lagi kata si teman ini, penerbitan buku ini akan merendahkan taraf bosnya kerana anak buahnya ada buku yang diterbitkan oleh IPTnya, sedangkan dia sebagai bos tidak ada buku. Maka, diberikan alasan oleh si bos, kononnya di luar sudah banyak buku seperti ini. Kecewalah sahabat saya ini.

Lebih menjengkelkan, si bos ini ada mencadangkan kepada teman saya ini untuk menerbitkan tesis sarjananya dalam bentuk buku. Hodohnya, dia menyuruh teman saya ini mengedit tesisnya ini untuk diterbitkan. Marahlah teman ini. Kau punya tesis, kau punya buku, kaulah usahakan sendiri. Kenapa pula mesti dia yang menanggung beban untuk bosnya menuai hasil? Marah betul teman saya ini. Kalau saya pun yang berada di tempatnya saya pun angin satu badan. Silap-silap kalau tak kena gaya, tesis sarjana itu saya belangkong ke muka empunyanya. Baru dia tahu!

Dalam dunia kerja, barangkali slogannya mungkin berbunyi, “ Bos Ada Perasaan, Anak Buah Belakang Kira.” Ataupun untuk lebih sedap bunyinya, sebutlah moto “1Pejabat: Bos Didahulukan, Pekerja Pergi Mampus!”

Kalau menurut teman saya yang lain (merujuk kepada entri sebelum ini), bos jenis ini pun sudah termasuk dalam kategori “babi.” Bukan saya cakap, tapi teman saya yang lagi satu yang kata begitu.

25 comments:

Nur Fatiha Fadila said...

Assalamua'alaikum,

Sesiapa yang menuai padi, dialah yang mendapat hasilnya. Peribahasa Arab ini wajar difikirkan oleh setiap insan tanpa mengira pangkat dan darjat.

Malulah pada diri sendiri atas tindakan yang lari daripada pekerti yang murni.

Isy, isy, isy

sahrunizam abdul talib said...

Salam,

Itu sebab saya tidak pernah memanggil ketua tempat saya mencari rezeki dengan gelaran 'bos'.

Bagi saya istilah 'bos' merujuk kepada majikan yang membayar gaji kita sedangkan ketua yang dinaikkan pangkat kerana faktor ketuaan itu serupa macam saya jugak. Dibayar gajinya oleh pihak kerajaan Satu Malaysia dan sama-sama makan gaji.

Kadangkala mereka ni menganggap tempat kerja tu sebagai mak bapak mereka punya ataupun macam mereka ada syer kat situ.

benuasuluk said...

wardah,
kalau semua berfikir begitu, tak adalah perang-perang dalam dunia ni; sama ada perang kecil atau perang besar.

benuasuluk said...

sahrunizam,
cara berfikir sdr. sangat betul dan tepat.
Saya hanya panggil ketua saya bos semasa saya menjadi penyelia di Shell dulu; sebab gaji saya betul-betul dia yang bayar.
Yang lain tu, kalau dia dato saya panggil dato, kalau Dr saya panggil Dr, kalau Puan saya panggil Puan, kalau Encik, Enciklah saya panggil.
Bos saya panggil untuk gurau-gurau dengan kawan2, atau bos selalunya saya panggil untuk pekerja bawahan di tempat saya, seperti PAR misalnya. Sebab sebenarnya merekalah bos di mata saya...

Korakora said...

buatkan satu blog utk boss itu, beri dia tengok dunia yg lebih besar.

awangsulungmerahmenyala said...

salam bos,
kalau di tempat saya panggilan boss amat mesra,saya dipanggil boss oleh anak-anak buah saya,saya pula memanggil boss apabila berhadapan dan berbual dengan orang atasan saya.tapi sekarang boss yang baru(tak lah baru dah lama pun)tak suka dengan panggilan boss,dia menyatakan panggilan tersebut seperti tag kepada suatu kumpulan penyamun.
oleh itu,sekarang kami menjadi tuan dan bertuankan,saya agak jengkel dengan ayat-ayat tuan ini,namun maklumlah golongan pelajar tingkatan dua cukup suka dituankan(maaf bukan untuk rakan saya yang pernah membonceng saya dengan basikalnya)iyelah saya pun akur sebab mereka nih pada saya memang tuan pun,TUAN BABI.

ba hak haks hak....

benuasuluk said...

Nazmi,
masalahnya orang besar-besar tak baca blog, dan tak reti guna blog. Mereka macam goblok.
:)

benuasuluk said...

awang,
hang layan jelah takat mana hang boleh layan. Puak-puak jenih ni kalau kita tak kipas depa cepat panaih. Tak caya cuba la hang tanya kawan yang hang naik gerek sama-sama tu

benuasuluk said...

awang,
hang layan jelah takat mana hang boleh layan. Puak-puak jenih ni kalau kita tak kipas depa cepat panaih. Tak caya cuba la hang tanya kawan yang hang naik gerek sama-sama tu

SATIRA + KACAU said...

Sdr BN: Salam kat kawan kau tu. Katakan nak terbit buku karya sendiri kenapa nak tunggu restu bos. Buat macam aku. Cetak dan terbit secara underground jer. Apa peduli ada ISBN ker tidak. Karya kita, suka hati kitalah nak buat macammana. Asal tak kutuk kerajaan dan politk sudahlah kan?

Bos memang selalu macam tu. Dia malas nak fikir dan tak boleh tulis buku, tapi nak halang orang pulak. Itu bo babi namanya.

Satira + Kacau

SATIRA + KACAU said...

Sori. Salah taip nama kau. patutnya BS. Sori. Aku bengang jugak baca entri bos babi ini.

Satira + Kacau

benuasuluk said...

Sdr. Satira,
kawan saya tu nak tumpang seronok kalau bukunya diterbitkan oleh institusi yang dia bekerja. Tak lebih dari itu. Nantilah saya bagitahu dia untuk terbit sendiri saja.Tak payah lagi nak sakit-sakit hati

benuasuluk said...

Sdr. Satira,
biasalah kalau tersalah taip. Tak ada apa-apa. Tpi kenapa BN?
:)

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kunjungan sdr.RH.
sekadar berkongsi - cara sdr.mendewa marah bosnya. :

http://mendewa.blogspot.com/2009/06/nak-marah-bos-anda.html

lutfi said...

Itu namanya bukan bos.
Namanya, pengkhianat bangsa. Macam Mahathir

Romibaiduri Zahar said...
This comment has been removed by the author.
Romibaiduri Zahar said...

agaknya memang semua bos macam ni kot perangai dorang en wan...

u-wartawan said...

itu punya bos ke? suruh angkat punggung aje la. sula!

benuasuluk said...

Sdr. Rendra,
saya dah singgah ke blognya. Tergelak dibuatnya.
:)

benuasuluk said...

Lut,
Mahathir pengkhianat bangsa? Taklah. Dia mana ada bangsa. Orang jenis antarabangsa ni mana ada bangsa.Dia bangsat dari negeri kita.

benuasuluk said...

romi,
tak juga. Ada juga bos yang baik-baik. Bos yang baik adalah bos yang dimuliakan orang bawahannya, bukan yang ditakuti datau dibenci.

benuasuluk said...

u-wartawan,
kalau dia dah angkat punggung, sebelum sula bagi penendang satu!

Unknown said...

1Pejabat: Bos Didahulukan, Pekerja Pergi Mampus!”

Unknown said...

1Pejabat: Bos Didahulukan, Pekerja Pergi Mampus!"

Haha, slogan yang baik untuk bos yang tidak baik

benuasuluk said...

Ibn Ali,
sebenarnya slogan yang huduh untuk bos yang huduh