Di Sela-sela Waktu yang Menghimpit
INGATKAN ketika pelajar sedang bercuti akan lapanglah sedikit jadual kerja saya. Bolehlah saya berlebih-lebih membaca atau pun membuat catatan nota-nota kuliah tambahan. Saya berangan-angan juga ingin mencari ruang untuk mengemas bilik kerja saya yang sangat tidak terurus. Ramai yang berkunjung tandang ke bilik saya menegur-negur bilik saya yang bersepah-sepah dengan segala fail, kertas dan buku-buku. Tidak tersusun kata mereka, terutama yang perempuan.
Tapi mereka tidak tahu, dalam bilik yang bersepah-sepah itu saya boleh menggapai apa saja yang saya ingini dalam sekelip mata sahaja; kerana saya boleh ingat di mana letak duduknya sesuatu barang saya itu. Anehnya, pernah seorang teman yang kamar pejabatnya sangat rapi dan kemas menghilangkan majalah saya yang dipinjamnya. Dan majalah saya itu hilang di kamar kerjanya. Saya merungut, kalaulah biliknya serabut seperti bilik kerja saya, saya yakin dia sendiri akan tenggelam hilang dalam bilik kerjanya.
Rupanya tidak juga. Sikit pun anganan saya tidak tercapai. Jadual kerja saya membusung tiba-tiba. Awal Julai, kami sefakulti Penulisan berkampung di Langkawi atas program yang dirancang tiba-tiba. Retreat Bengkel Akademik di Awana Porto Malai. Melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh MQA. Sangat rumit dan leceh. Dan amat membosankan. Dan meletihkan. Dan menjemukan. Saya tak “temui” pun Mahsuri di sini.
Pulang dari Langkawi, ada satu kursus yang dirancang tiba-tiba untuk semua pensyarah. Tiba-tiba? Tempatnya di Cherating. Saya malas hendak pergi. Apatah lagi kalau kursus itu dilakukan oleh orang-orang bekas PTD yang sudah menjadi konsultan untuk program-program seperti bina insan ini. Kalaulah isinya tentang pedagogi atau endragogi wajarlah juga. Kalau setakat memberi “motivasi”, mengajar cara-cara nak susun fail, pasal tatatertib, malaslah saya. Saya bukan anti PTD, tapi dalam waktu-waktu tertentu saya sangat “membenci” PTD. Saya buat surat, mohon pelepasan dengan alasan yang sangat wajar untuk pihak atasan terima. Sehari selepas tamat kursus itu, saya harus terbang ke Kuching, Sarawak bagi mengendalikan satu bengkel di sana. Jadi saya perlu membuat persiapan.
Maka saya pun lepaslah dari tersiksa seperti yang kawan-kawan lain yang harus pergi ke Cherating. Bolehlah saya persiapkan diri untuk Bengkel Penulisan bersama-sama pelajar Sekolah Seni Kuching. Bengkel ini diatur sudah lama, sejak awal tahun lagi bersama JKKN Sarawak dan Pejabat Pendidikan Kuching. Jadi, tidak ada alasan untuk tidak ke sana, berbanding Cherating yang tiba-tiba itu. Maka, terbanglah saya ke Kuching selama empat hari. Tengah malam tadi, baru saya kembali ke semenanjung ini. Dan anehnya, sama seperti di Langkawi tempohari, saya juga gagal “temui” Puteri Santubong.
Agaknya, mereka memang telah benar-benar “mati”, atau saya yang sepanjang dua tiga minggu ini seperti telah “mati.”

12 comments:
Seronoknya En. wan. Walaupun penat tapi dapat berjalan ke tempat lain.
Assalamualaikum En. Wan,
Kalau terbuka hati untuk mengemas bilik itu satu hari nanti, saya dan rakan-rakan akan berlapang dada untuk membantu :)
~ mungkin Mahsuri dan Puteri Santubong segan untuk menemui en. wan sebab en. wan datang atas urusan kerja bukan untuk bersenang-lenang... mereka tak mahu mengganggu... baik sungguh hati mereka.huhuhu...
Tak ada mahsuri dan puteri santubong pun tak apa. Janji ada gadis pembuat karipap.
zabad,
seronok tu seronoklah juga. Tapi niat berjalan tu dah jatuh no. 10. Kerja dulu, berjalan curi-curi masa rehat je.
wardah,
terima kasih kerana prihatin dan sanggup nak menolong. Tapi saya belum bercadang untuk mengemas. Kalau saya nak berkemas atau nak pindah ke, nanti datanglah tolong
:)
rainrose,
mungkin betul cakap sdr, mereka segan nak berjumpa saya. Kalau pun mereka nak berjumpa saya, saya cabut lari keh keh keh
Lut,
kat Kuching aku tak jumpa si pembuat karipap. Tapi depan hotel aku menginap tu ada awek menjual ayam penyet dan pecal lele. Fuh macam kat Indon, resit bayar pun macam resit dari Indon. Apa lagi, hari-hari la aku 'ter' penyet dan 'ter' lele. La la la la la
:)
en wan gediks nak cari mahsuri ye
gegey...
hak hak
farah,
terpaksalah cari mahsuri sebab cik farah jual-jual mahal
:)
WOH KOYA LA MU ABE WAN
KAWE KECEK DENGAN BINI MU
HUNGGAH MU , GEDEBE LAH..HAK HAK OKEY TAK?
farah,
tak ok. Demo kecek kelate serupo ore bota masuk parit. Huduh bena bunyi. Ha hak hak
Post a Comment