Thursday, July 23, 2009

Anak Alam

SAYA tidak pernah akrab atau mesra dengan grup Anak Alam. Hanya membaca catatan-catatan tertentu tentang mereka. Selebihnya, nama mereka telah tercatat dan hidup dalam sejarah. Tak mungkin terpadam atau dipadamkan.

2002, saya menyertai keluarga Akademi Seni Kebangsaan, sebagai Pegawai Kebudayaan. Ketika itu kami menyewa di bangunan Empire Tower di Jalan Tun Razak kerana tapak kampus asal sedang dibangunkan. Ketika saya ditempatkan seketika di bahagian pentadbiran, salah satu tugas saya ialah mengawalselia pembinaan kampus baru kami. Melawat tapak kampus baru yang dalam pembinaan itu adalah antara rutin kerja saya.

2004, kampus siap dan kami pun berbondong-bondong pindah ke sini secara berperingkat-peringkat. Sayalah menjadi “gembala” untuk proses berpindah ke sini – di tapak ASWARA sekarang inilah.

Waktu itulah saya ditunjukkan oleh teman-teman saya yang senior di sinilah tapak grup Anak Alam, di tepi lereng bukit yang kini menjadi sebahagian daripada kami. Masih hijau dengan rimba kecil yang menawan. Di sinilah rumah Wak Khalid, antara kata teman-teman. Suatu masa, ketika saya membawakan Kopratasa ke majlis anjuran fakulti, Sani Sudin tanpa segan silu mengaku di sinilah dia mendewasa. Di sinilah universitinya. Dia graduat lulusan pengalaman hidup, begitu lebih kurang kata-katanya yang saya ingat. Teman-teman kerabat Anak Alam bila sahaja kami mengundang untuk sesuatu acara di sini setidak-tidaknya akan terkenang-kenang dan bernostalgia tentang masa lalu. Berimbau-imbau.

Sekarang ini, pertengahan 2009 saya berdiri di kaki lima di luar kamar kerja saya. Saya memandang ke situ setiap hari – antara panas-hujan-jerebu yang kini saling bergulir. Lereng bukitnya sudah ditarah gondol. Hutan yang dulunya menghijau telah terang benderang. Tapak rumah Wak Khalid samar ruyup di mata saya. Dulunya ada juga terperasan kelibat ayam hutan di situ. Ke manakah gerangannya kini mereka berpindah? Tempat Anak Alam itu akan dibangunkan bangunan untuk ruang pembelajaran pelajar-pelajar ASWARA. Ruang yang sedia ada kini tidak mencukupi untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Maka digondolkan bukit, diterangkan hutan demi untuk pembangunan pendidikan; khususnya pendidikan seni.

Saya tidak pernah akrab atau mesra dengan grup Anak Alam. Bahkan saya membesar dan mendewasa di luar lingkungan mereka. Saya tidak ditakdirkan untuk lahir dalam kelompok yang telah mencipta sejarah. Saya hanya membaca dan mendengar sejarah yang mereka ciptakan. Tetapi hari ini saya tertakdir di dalam sejarah untuk melihat dan menyaksi ghaibnya peta masa lalu Anak Alam di sini. Setidak-tidaknya tapak mereka sebelum ini seperti memberi rangsangan kepada saya. Saya seperti tercicir lampu di siang hari. Seperti tercicir buku sejarah.

Dalam suasana yang gondol dan terang benderang, saya cuba menerka-nerka di mana dulunya Latif berdiri. Tapi saya tahu bayang-bayang Latiff sudah terlalu jauh meninggalkan saya ...

14 comments:

awangsulungmerahmenyala said...

salam sejahtera,
p mana lama takdak?langkawai sampai senyap?

awat yang hang pi tukar kaler plak ijau mata tgk tak sakit,apa punya turrr....

Nur Fatiha Fadila said...

Assalamualaikum,
Yalah En. Wan, sakit mata tengok warna biru gelap ni.

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

Kenapa blog berubah rupa?
suram warnanya

Sham al-Johori said...

Tuan,
Sekurang-kurangnya tuan masih ada ruang dan alam untuk dikongsikan.
Berbanding saya, alam saya adalah alam yang kian tercemar.
Bersyukurlah kerana alam tuan masih indah walau kian terpugar.

Alam malukut... hehehe

benuasuluk said...

awang,
ada, ada. Aku tak pi mana, busy sikit ja.
hangpa ni jenis spesen penakut, asai biru ja sakit mata lah sakit tengkuk lah, macam-macam aih, turr
:)

benuasuluk said...

wardah,
ni lagi sorang penyokong awang. Asal biru je sakit mata. Asal biru je geli. Asal biru je, asal biru je ...
:)

benuasuluk said...

tengah,
ni lagi satu. Asal biru je suram, asal biru je huduh, asal biru je tak suka. Hak hak.
Jiha, saya sengaja nak suramkan kaler blog, kalau ikut hati saya dah nak deletekan blog ni dah pun.

benuasuluk said...

Syeikhul Sham,
tak ada apa-apalah syeikh. Saya cuma solilokui je...

Nur Fatiha Fadila said...

Assalamualaikum
Ha, kan dah tenang tengok blog hijau ni.

Mengingatkan kawasan hutan yang ditebang tu, ke manalah perginya puteri bunian dan dayang-dayangnya berhijrah.

Apa-apapun, ASWARA telah kehilangan satu permata alam yang sering menyejukkan mata warga ASWARA yang acapkali keletihan dalam mengejar jadual harian di sana ...

FARAHNYEMAHMULYA said...

syahdu kan
cik wan dtg sini
tgok UKM kampus lestari pun dah gondal
untuk buat parking space
walaupun dah dibantah masih diteruskan
kampus semakin PANAS
hijan sirna
hummm

benuasuluk said...

wardah,
Puteri bunian? Tak tahulah pula saya rupanya ada puteri bunian, setau saya ayam hutan adalah tapi dah tak tahu ke mana menghilang. Dalam hidup kita kehilangan itu menjadi satu perkara yang semacam perlu dalam hidup kita.

benuasuluk said...

farah,
selalulah singgah ke sini. Hati abang selalu hijau untuk farah berteduh.
:)

FARAHNYEMAHMULYA said...

aduhai manisnya kata-kata penyejuk jiwa
sesegar budi orang yang menuturkannya
nasiblah enche wan ni
sudah berpunya

benuasuluk said...

farah my dear,
walaupun abang sudah berpunya, tapi tak salahkan kalau farah ingin menambah apa yang abang "punya." Kan? Kan? Kan?
:)