Semester Baharu, Sesi Baharu
Selamat datang kepada semua pelajar baharu ASWARA sesi akademik 2009/2010, khasnya para pelajar Fakulti Penulisan bagi pengajian ijazah dan diploma. Masuklah, merayaplah dalam akuarium penulisan kami yang kecil. Moga-moga akuarium kami yang kecil ini suatu masa nanti akan mampu membawa semua berenang-renang di laut luas. Kami hanya menawarkan akuarium yang kecil untuk anda meneropong laut di “luar” yang sangat luas. “Hati-hatilah”, akuarium yang kecil ini pun sudah mampu membuatkan sesiapa saja tenggelam lemas di dalamnya jika tidak bersedia sepenuhnya. Jangan mudah menganggap bahawa dunia penulisan ini selalunya mudah, indah dan muluk-muluk sahaja.
Selamat kembali kepada pelajar-pelajar senior Fakulti Penulisan. Salam rindu dan salam “dendam.” Tahniah kepada yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan semester lalu. Kepada yang kurang cemerlang pun saya ucapkan tahniah juga. Sekurang-kurangnya anda masih di sini. Setidak-tidaknya semua wajah daripada semester lalu semuanya masih ada, tidak ada yang tercicir atau menggelungsur keluar. Teruskan usaha.
Selamat datang dan selamat kembali.
Rebutlah ilmu.
10 comments:
Sedih la pulak...
En wan nnt saya hantar labu sayung ke aswara...
emmm, bolehkah penulisan diajar kalau tidak berbakat, tidak berdisplin, pemalas dan tidak berkesungguhan, atau ibarat menajam belakang parang? saya cuma seorang yang tidak berbakat dan tidak boleh diajar dalam penulisan, juga belakang parang yang tidak boleh ditajam.
wah ucapan penuh kasih syg gitu
hahaha
Cikgu yang baik, yang akan tetap dikenang! hehehe... syabas.
afna,
jangan lambat sangat hantar. Lambat hantar dikira free.
:)
Luq,
sesuailah tu. Kitaorang pun jenis yang suka belakang parang juga.
:)
farah,
tak rugikan kalau kita selalu berkasih sayang?
:)
Lan,
saya bukan cikgu yang baik sangat. Lagipun secara kebetulan saja menjadi cikgu. Cuma saya berharap kalaulah tidak ada yang mahu mengenang saya pun, janganlah cuba-cuba memadam nama saya.
mesti en.Wan rindukan anak-anak ikan yang dah keluar dari akuarium ni kan..
kami la tu...huhu
mimie,
saya rindu awak sorang je...
:)
Post a Comment