Sakit
I
SEBULAN dua sebelum Penilaian Tahun Akhir (PeTA) 2009 berlangsung, saya kerap berasa tidak sedap badan. Kerja sedang membusung. Jadi, saya buat sengal, endah tak endah. Minggu lalu, usai sahaja PeTA saya diserang sakit mata. Sudah hampir satu minggu, semalam saya pun mula kembali bertugas seperti biasa. Tapi, masih ada rasa kurang enak pada mata. Tidak boleh menatap komputer lama-lama, mata cepat saja pedih dan mahu berair. Hari ini sudah mula kembali merah sikit-sikit. Maka saya bekerja dengan memakai kacamata hitam hari ini.
Dah betul-betul baik ke belum nih?
II
MALAM tadi entah diasak naluri apa, saya sekeluarga berkereta meredah hujan menuju kampung lama kami, Serdang. Berjumpa doktor. Bukannya di PJ tak ada doktor. Lebih rasi dan selesa dengan doktor di sana. Saja untuk buat pemeriksaan biasa (isteri dan anak-anak). Doktor Anuar, ramah menyambut kami. Dia, kenal baik dengan isteri saya sudah bertahun-tahun.
Kali ini isteri memaksa saya memeriksa tekanan darah. Ekoran saya kerap mengeluh situasi saya akhir-akhir ini. Saya selalunya melawan dengan kata-kata, mungkin bebanan kerja, mungkin penat kerja. Maka Doktor Anuar pun mengepam tangan kanan saya. Mukanya berkerut-kerut. Dia cuba bergurau, dah rosak kot alat ni. Dimintanya saya hulurkan tangan kiri pula. Maka dipamnya pula tangan kiri saya. Kali ini, dia betul-betul marah.
Rupa-rupanya tekanan darah saya betul-betul tinggi. Panjang berjela dia memberi penjelasan. Lebih menasihat sebenarnya. Dan meminta saya mengawal itu ini. Ini yang malas nak jumpa doktor. Bila dah nak ada penyakit, banyak perkaralah hendak kena pantang. Orang yang kacak bergaya seperti saya ini memang mudah disapa penyakit. Saya akur saja dengan nasihatnya, walau belum tentu tahu dan mahu mengikut nasihatnya.
Isteri saya pula normal, tip top. Maka sepanjang berkereta pulang dia seperti menjadi Ustazah Siti Norbahyah bercakap bertele-tele sampai telinga saya seperti keluar kabus. Saya tukar topik. Saya puji Doktor Anuar. Saya beritahu isteri mulai malam ini saya nak jadikan dia idola saya. Bukan pasal kesihatan. Tapi sebab anaknya ada tujuh. Ha ha. Ceramah Ustazah Siti Norbahyah hilang tiba-tiba. Ketawa saya pecah dalam kereta, depan anak-anak.
Malam ini hujan menderu. Sejuk dan nyaman. Saya tahu kepala saya sudah mula serabut. Tapi saya tak mahu terlalu memikirkannya. Di hadapan, saya tahu ada kehidupan yang masih terbentang.
12 comments:
salam rindu,
baik sakit mata dari sakit hati,lebih baik darah tinggi dari hidung tinggi.
benua jom p bandung,tapi wa punya mini nak cakap dengan lu dulu la baru dia caya ba hak haks...
susah lah kalau kepercayaan tuh takder.
en.wan, seksa wo sakit mata ni. hari tu masa saya berlakon untuk show bebudak degree teater, saya pun kena sakit mata.
Oh, patutlah masa malam puisi seniman en.wan pakai spek hitam. hehehehe
awang,
susah-susah sangat kita pi umrah dululah, nak?
:)
roy,
seksa juga. bayangkan saya kali terakhir sakit mata entah tingkatan tiga ke empat dulu. Lama dah. Bayangkan begitu lama Allah tak pernah kenakan "cukaikan" saya.
Ha itu pasalalah malam tu saya pakai spek hitam. Hihi.
Wan,
Menjelang Zuhur macam hang, aku Awang lagi la, memang la mula rasa semua tue, belum lagi ada 7 anak.
wau anak mau tujuh ye
ahahaha
boleh tahan sengal la cik wan ni
beranak sendiri la
bila baca hang dapat darah tinggi, saya teringat berita kematian MJ. darah tinggi juga boleh berkait dengan masalah jantung!
adi,
rasanya aku dah bukan zuhur lagi. Dah meghela asar kot.
:)
farah,
ni apa kes nak sengal-sengalkan kita ni? Macamlah dia yang nak tolong beranakkan anak kita. Ke nak tolong beranakkan? Hak hak hak.
Luq,
MJ? Oitt,hang jangan menakutkan aku yang telah takut ni.
uhhhh.
tlg rendahkan darah itu yea.
;P
Ili,
saya tunggu awak tolong rendahkan, boleh?
:)
Post a Comment