Selamat Hari Guru, Cikgu
Sekolah Kebangsaan Haji Idris, Tajar, Kedah (1982-1987)
Darjah Satu – Cikgu Khatijah (aksara pertama dia yang lenturkan)
Darjah Dua – Cikgu Toh Kiat Lai (Cikgu BI yang baik, waktu puasa makan pun dia sorok-sorok)
Darjah Tiga – Cikgu Ali (Cikgu BI yang bengkeng-kawan saya terkencing dijerkahnya)
Darjah Empat – Cikgu Ismail (dia selalu panggil saya bos)
Darjah Lima – Cikgu Suraya (cikgu Matematik, Sains yang kami semua sayang)
Darjah Enam – Cikgu Azizan (Duan, hang pi kepala titi sat, tolong beli rokok lucky strike pendek, maka saya diberi upah ho ho)
Sekolah Menengah Jabi, Pokok Sena (1988-1992)
Tingkatan Satu – Cikgu Rahimah (tak garang pun)
Tingkatan Dua – Cikgu Rohani (BM bagus betul mengajar)
Tingkatan Tiga – Cikgu Saadiah (pakar geografi bagi saya)
Tingkatan Empat – Ustazah Fatimah (semangat mengajarnya luar biasa, satu blok boleh dengar suara)
Tingkatan Lima – Cikgu Rahmah (Cikgu Sains Paduan yang mengambil berat)
Sekolah Menengah Dato’ Syed Omar, Alor Setar (1993-1994)
Pra-U 1 – Cikgu Aminurrashid (teringin sangat nak cari cikgu, banyak benda nak borak dengan Cikgu)
Pra-U 2 – Ustazah Rapiah (sampai mati takkan lupa Ustazah)
Di atas ini adalah tahun-tahun saya bersekolah beserta dengan nama cikgu darjah saya yang masih saya ingati dengan baik sampai sekarang. Bahkan saya masih ingat kesemua nama guru yang pernah mendidik saya dulu dari sekolah rendah ke menengah. Saya simpan kejap dalam ingatan, doa saya selalu ada untuk mereka dalam diam.
Di sekolah rendah, selain dari guru-guru darjah, guru lain yang memikat saya ialah Guru Besar Cikgu Fadzil, Cikgu Sopiah, Ustaz Ahmad Langgar, Cikgu Razak, arwah Cikgu Tahir, Cikgu Rahim Kepala Titi, Cikgu Syarifah "hidung mancung". Saya masih boleh bayangkan wajah mereka sampai sekarang walaupun tak pernah bertemu lagi. Suara mereka masih berdengung di telinga saya.
Di Jabi, antara cikgu lain yang masih saya kenang ialah pengetua tercinta Hajjah Che Hasnah Abdullah (isteri Dato’ Afifuddin Omar, Timbalan Menteri Kewangan dulu), Cikgu Hassani Dali "tokwan kamu Kinto, kah?" (cikgu sastera yang membuka jalan untuk saya masuk ke dunia ajaib), Cikgu Abu Seman "penampar pi balik", Cikgu Normi, Ustazah Zainab, Cikgu Rashidi, Cikgu Zakaria “rotan Jengka pedihnya menyala-nyala”, Cikgu Osman Pendek "yang kami benci", Cikgu Osman Panjang "yang kami menyampah", Cikgu Habibah, Cikgu Caroline (India tercantik pernah saya jumpa), semuanya kekal dalam ingatan.
Di Syed Omar, antara yang kekal saya ingati Cikgu Nasir kaunseling "woo"(sempoi nak mampoih dan kekal menjadi kawan saya), Cikgu Nazirah "rajuk sayang" (oh i miss u), Cikgu Latifah yang bersungguh mengajar bahasa Melayu, Cikgu Rohani Sejarah (“mama super grand” - buah hati amran pknk hak hak), Cikgu Mohamad "roti canai uli spender" (asal cikgu sastera ja mesti gempak), Cikgu Zainol ekonomi "kelam", “papa” saya Cikgu Mustapha Abdul Hamid (orang Selangor sokong bola Kedah), Cikgu Yati yang mengajar saya berpantun dengan baik, Cikgu Rozaidi@Roland jaga pengawas, Cikgu Rashidah "slim" yang cantik meneman dikir barat kami ke Kelantan; setiap kali tengok rasa nak peluk, tapi tak jadi peluk sebab dia baik sangat dengan saya, anak-anaknya Siti dan Mimi manja dengan saya waktu itu (tentu dah anak dara depa la ni). Ho ho semua dalam ingatan. Ustazah Rapiah cikgu kelas saya, majlis kahwin saya pun dia datang. Terharu sungguh masa tu.
Untuk semua yang pernah mendidik saya; dari aksara pertama hinggalah saya berdiri membaca makna, selamat hari guru saya ucapkan. Jasa kalian tak tertebus, tersanggul rapi dalam ingatan.
Oleh kerana hayat KOMSAS yang dulu bakal berakhir tidak berapa lama lagi, saya perturunkan sepenuhnya sajak saya dalam teks Seuntai Kata Untuk Dirasa untuk mengenang kembali jasa guru-guru kita. Diam-diam sudah 15 tahun usia puisi ini.
Bicara Buat Guru
Ingin sekali aku
berdiri tegak di persadamu
mengenal setitik budi
menghirup secangkir kasih.
Ingin sekali aku
berdiri di anjung kasihmu
memetik sebuah keikhlasan
menghampar selautan harapan.
Ingin sekali aku
bersamamu menyanyi lagu mesra
bertepuk utuh pasakmu teguh
ini anak-anak merdeka
perlu kaumerdekakan jiwanya.
Ingin sekali aku
berada di takhta muliamu
mengisi kekosongan dada anak-anak bangsa
mendukung keagungan, melempar gusar
daripada jiwa anak didikmu.
Ingin sekali aku
berkongsi kerinduanmu
tatkala mereka tidak bersamamu
bangga dengan mutiara
berjabat erat, bersapa mesra
ketika kau ketemu mereka di jalanan.

10 comments:
selamat hari guru en wan..
sbb pd saya, en wan lah cikgu saya..
en wan umpama seribu buku..
untuk saya!
salam guru,
iya cikgu rahani ka rohani,mama super grand.aku pun salute dengan dia,ingat lagi dia memujui aku melambung kembang jubog.antara cikgu yang bijak menilai bakat murid walaupun waktu mula aku tengok rohani nih poyo hahahaha...
aku dok keliru lagi dgn cikgu rashidah,sampai hati yang tak peluk dia kalau aku?huhuhu...
cikgu amin,cikgu rashid,rozaidi@roland mamat ini pun poyo juga naik proton merah hahahah la nih boleh ka celen dgn hang?
cikgu yang baik dan budiman akan menghasilkan murid yang juga baik dan budiman cikgu yang ala-ala gitu-gitu jer turut kan menghasilkan murid yang sebegitu jua...
salam hari guru,oh aku lupa cikgu mat salleh penumbuk 4kati di smdso juga merupakan ikon kepada warga murid d smdso dari tahun 80an hingga akhir tahun 90an.
~ SELAMAT HARI GURU, WAHAI PENDIDIK!
Hanya ucapan terima kasih yang melangit saja mampu terucap buat pendidik-pendidik bangsa, tiada 'tuhfah' yang lebih bermakna dalam hidup ini selain ilmu yang dicurahkan...
TERIMA KASIH GURU!
TERIMA KASIH EN. WAN!
Wan,
Takkanlah sampai lupa orang rumah yang bergelar cikgu juga. Sampai hati...Apa-apapun bukankah orang rumah itu cikgu yang paling setia mengajar makna cinta, rindu dan kasih sayang sejati. Dah le isteri tu kena peluk setiap malam; ucapkanlah penghargaan itu di atas katil ke, di Sogo ke atau di kedai mamak pun boleh juga.
Hehehehe.
Selamat hari guru En.Wan-
Ehm... teringat cikgu sastera masa sekolah menengah dulu walaupun saya pelik kenapa dia tak bagi saya belajar penulisan kreatif dan kemudian menggalakan pula, cikgu tu selalu dalam ingatan saya nama dia Cikgu Jamsiah huhuhu
p/s Terima kasih En.Wan sebab banyak mengajar saya di dalam dan luar kelas
afna,
buku saya saja yang barangkali sudah seribu. Tapi, itu tak bererti saya boleh "menjadi" seperti seribu buku.
Apapun, terima kasih atas ingatan.
awang,
ya, ya cikgu mat salleh cobra, ikon smdso, yang kerja jirus pokok bunga. Penumbuk dia lebih dari 4 kati aku rasa.
rainrose,
terima kasih kembali. Saya hargai segalanya.
Sheikh Sham,
kepada isteri sudah diucapkan kata selamat dengan sebening cinta dan rindu, cuma tak nak tulis dalam blog saja. Sebab malu. Nak ke sogo saya tak suka, nak ke kedai mamak dia pula tak suka. Tempat yang sama-sama suka, atas katil le. Hak hak hak.
tengah,
terima kasih atas ingatan.
Masih ke hari ini, saya agak sukar untuk mengakui saya ini guru atau pendidik atau pensyarah atau apa yang kamu semua sebutkan. Saya tak ingin menjadi apa-apa.
Post a Comment