Catatan untuk yang disayangi
KEPADA semua pelajar akademi ini, terutama kepada pelajar Fakulti Penulisan, selamat menduduki Peperiksaan Akhir Semester Dua, sesi Akademik 2008/2009. Semoga beroleh kejayaan yang membanggakan.
Kepada para pelajar APN 2272 dan APN 2282 yang akan mengambil peperiksaan bagi kertas ini pada 13 dan 14 Mei nanti, selamat berjaya. Walaupun saya cenge, cikgu disiplin, muka tak reti senyum, dan apa-apa lagi yang kamu gelarkan pada saya (ha ha), kamu patut tahu saya sayang kamu semua. Doa saya selalu bersama anda semua. Seperti biasa, saya ada hadiah untuk pelajar paling cemerlang untuk kursus saya. Selamat berjaya.
Kepada pelajar yang saya selia PeTAnya, teruskan usaha. Juga selamat menduduki peperiksan akhir. Anda cuma selangkah saja lagi untuk menggengam jaya. Jadi, usah bertangguh dan berpaling lagi. Melangkahlah dengan bergaya dan penuh yakin.
(ii)
Sempena menduduki peperiksaan akhir ini, sebagai “abang” yang mahu bertanggungjawab terhadap adik-adiknya, ingin sekali saya menasihati:
Tumpukan perhatian terhadap peperiksaan ini sepenuh jiwa kamu. Lupakanlah sebentar masalah kamu dibebani dengan ketiadaan pinjaman, yuran tertunggak, mengikat perut tak makan, sewa rumah yang tertunggak atau sebagainya. Lupakan sekejap yang kamu sebagai pelajar semester akhir baru sahaja ditarik balik dana sokongan sebanyak RM 200.00 sebagai bantuan mengerjakan projek akhir kamu. Harap-harap ini tidak memberi bekas yang berpanjangan pada luka kamu minggu lalu.
Asingkanlah barang sekejap amarah dan sedih kamu. Tumpukan perhatian. Dan melangkahlah dengan penuh yakin ke dalam dewan, dengan wajah penuh jernih dan bersih. Ingatlah, Dia masih selalu bersama kita; dalam susah, dalam senang. Dan cabaran yang kamu depani kini hanyalah sebesar sayap nyamuk cuma.
Di belakang kamu, saya selalu ada.
20 comments:
teringat zaman di ASWARA dulu...
kertas subjek en wanlah yang paling buat saya takut...
kenapa?
saya pun tak pasti....
Huhuh memang teringat masa PeTA tahun lepas...
tekanan gila walaupun En.wan ckp ianya hanyalah sebesar nyamuk tapi bukan calang2 nyamuk, nyamuk aedas. Huhuh tu yang takut....
romi,
sekurang-kurangnya dengan ketakutan awak itulah awak masih mengingati saya, kan?
tengah,
saya tengah membayangkan tahun ini PeTA Penulisan paling gempak, sebab antara yang teramai sejak hampir 10 tahun ni. Rugi awak tak tangguh pengajian dulu. Kalau tak mesti lagi ramai. Hak hak.
RM 200.00 dah diambil oleh orang2 biul. sedih memang sedih! apa boleh buat, tahi kambing bulat-bulat.
TAK sabar nak PeTA. Nak tengok rupa makanan yang bernilai rm200.
Setuju dgn Justin...
Xsabar nak merasa makanan RM200!
Apa bleh buat...
Bila nak marah, marah juga!
Tak boleh nak tahan2...
Apa pun, terima kasih banyak en. Wan!
Kerana selalu ada...
czuka,
sabar.
justin,
sabar.
sorrow,
sabar.
Marah kalian tak membawa ke mana.
Komen bls diari kg tgh: bukan sebarkan fitnah tp ada terdengan desas- desus yang menyakitkan hati.
Lagi pun saja nak wat gimik baru panas sket ha3
~ dah tak tahu nak cakap apa dah sebenarnya... dah tak terkata dah... mulut terkunci kerana adanya PeTA... PeTA... PeTA... PeTA... aduh, PeTA....
Tengah,
desas-desus belum tentunya betul. Jadi, hati-hatilah. Takut terperangkap diri sendiri.
rainrose,
masih punyai waktu. Teruskan.
en wan..
mampukah mike ni
meneruskan p`juangan..
mcm nak rebah dah ni!
Seronok sungguh bila mempunyai orang yang disayang.
Satira + Kacau
Kak Afna nak rebah,
ada En. Wan untuk berpaut...
Sy yg memang duk rebah, bangun, rebah lagi ni...?
:'-(
mandala,
dah siap pun, apa nak rebah-rebah lagi?
Senyum jelah.
satira,
yang tak seronok dan sedihnya bila yang kita sayang buat-buat tak reti atau tak faham yang kita ni sayang padanya.
sorrow,
padang muke mung. kih kih kih.
Post a Comment