SELALUNYA, sesi temuduga calon pelajar dari Zon Utara akan kami lakukan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Kedah. Letaknya di Pumpong, di pinggir Alor Setar. Stafnya baik-baik dan ramah-ramah. Ini bukan sentimen kenegerian. Saya sudah banyak tempat ke Taman-taman Budaya Negeri, paling terbaik di sinilah, di Pumpong. Tidak terasa kami ini dari luar, walaupun satu kementerian. Layanan baik-baik, dari "Bandara" Sultan Abdul Halim di Kepala Batas hinggalah ke hotel penginapan; makan kami dijaga, sempat bawa saya dan kawan-kawan berpusing di sekitar bandar (walaupun terasa aneh untuk saya). Ada ura-ura untuk bawa kawan-kawan saya ke Danur, tapi masa tak sempat.
Kalaulah masa akan datang diberi pilihan, saya masih ingin ke sini lagi. Tapi cukuplah. Kalau tahun hadapan biarlah saya beralih arah, memesrai tempat lain pula. Tiga empat tahun ini, saya selalu dihantar bos ke sini untuk temuduga calon dari Utara. Agaknya, untuk lebih mudah kalau dari semua panel yang pergi, terselit seorang anak tempatan. Semua staff JKKN Kedah sudah terbiasa dengan muka saya. Untungnya, layanan mereka tak pernah berubah sejak kali pertama saya berurusan. Terima kasih untuk semua, terutamanya Nurul, Azmi, Muhsinatul yang menguruskan kami sepanjang empat hari di sana; kepada Bob, Fahmi dan lain-lain yang sangat baik. Untuk bos JKKN Kedah, Che Kassim terima kasih juga (tapi sayang, tak sempat borak panjang, tuan selalu sibuk). Saya hendak pitam bila Che Kassim berkata kepada staffnya yang saya ini penggubah lagu, selalu masuk tv. Jahanam tv. Hak hak hak.
Beberapa gambar yang sempat dirakam dalam kesibukan dan sendatnya waktu kami di sana ...
yang ini pula, belum perkenal diri terus masuk belasah drum
ini pensyarah muzik, Acun dan Irma
calon penulisan yang hanya kenal Ahadiat
(besok kalau datang, tahulah aku nak kerjakan)
lagi calon penulisan, gubra dia semacam bila didera soalan pelik-pelik
ini panel untuk tari, teater, penulisan dan filem
(Dua-dua di hujung yang berbaju biru itu memang sepadan hak hak)
ini bukan calon. Ini orang lama, penyair "kepala keretapi" dari Kedah, sdr. Puzi Hadi yang saya temui di Restoran Pokok Ceri (hadapan Hospital Lama Alor Setar) usai saja kerja saya
12 comments:
bila nak p sabah bah...! sana pun ramai penulis berbakat...contoh terdekat?...he2..emm..hu2
czuka,
Sabah? Memang teringin sangat nak pergi. Kawan2 saya dari semenanjung ramai yang berhijrah ke sana tak pulang-pulang; hendak juga bertanya khabar mereka.
Satu hari saya akan pergi juga ke sana.
hang patut habaq je kat budak tu kalu setakat tau ahadiat je, boleh belah...
Hai.. teringat pulak masa interview dulu... serius je tgk muka Tuan Haji dan En.Ghazali pulak asyik buat lawak aje. Keliru nak ketawa atau serius. Uhuk!
luq,
takpa, takpa. Esok kalau dia mai saya sebut boleh belah. Tu pun kalau sekretariat setuju dia datang
:)
tengah,
tak payah ketawa atau serius. Benda dah berlalu.
:)
salam,
pumpong tempat tumpahnya darah aku brader.
begitulah gaya awal mereka. tapi bila dah tiba di aswara, dah buat pementasan, dipanggil pula berlakon teater dan film, lihatlah gaya syok mereka, dan ada yang bersuara, " eh datuk a samad said tu tulis novel ke" - ketika itu dia sedang memegang skrip SALINA....hhiiiiii
jangan ambil hati sangat saranan luqman tu. kosong aswara nanti.
apa pun, pensyarah muzik tu nampak ada potensi dilibatkan dalam Pena. haha.
pilihlah yang nak belajar...tak kiralah pandai ke tidak ke. asal nak belajar.
awang,
pumpong kedai makannya enak-enak.
:)
Kak Siti,
terima kasih hinggap di sini. Ya, di sini saya temui pelbagai kerenah - ada yang terus merendah menguliti ilmu, ada yang "terperasan" menjadi bintang; hingga kadangkala terlupa di mana kaki berjijak.
Ayah Leeh,
saya setuju, pilihlah siapapun asal saja mahu belajar. Tentang saranan mahu ajak pensyarah muzik ke PENA, saya setuju bangat. Fuhh menggigil ni.
:)
Post a Comment