Sandal, Sufi dan Gagak
BERSAMA seorang teman, saya singgah di sebuah masjid untuk solat Jumaat. Usai sembahyang, sepasang sandal saya yang agak mahal dan masih lagi baru, berjenama larrie lesap. Kereta diparkir agak jauh. Berjalanlah saya di tengah panas terik yang menggigit. Betapa bahangnya jalan yang bertar sewaktu kaki melangkah. Sahabat saya tersenyum sambil berkata, sabarlah; nak jadi sufi mestilah kena sabar.
Saya diam. Diam saya bukan kerana nak jadi sufi. Saya diam kerana kematian kalimah untuk diluah. Tidak marah tapi bingung. Bingung kerana sandal itu hadiah daripada isteri. Segelas lengkong (cincau) kemudiannya hanya mampu menyamankan panas di dada; panas telapak kaki terasa meruap-ruap. Sepanjang berkereta kemudiannya, saya teringat puisi Zaen Kasturi, Sajak Buat Pencuri Kasutku.
...
cuma aku harap kasutku itu tidak menjadi pelapik lastik
untuk melastik kawanan gagak yang terbang di antara
gedung-gedung pencakar langit. aku tidak mahu kasut itu
bertukar menjadi merah, semerah warna darah
Betul-betul saya berharap sandal saya kekal seperti itu, walau sudah bertukar kaki. Janganlah si pemakainya bercita-cita hendak menjadikannya sebagai pelapik untuk melastik kawanan gagak. Biarlah juga ia tidak bertukar menjadi warna darah. Meski si pemakainya bukan lagi saya.
Panas pada telapak kaki sewaktu melangkah, denyutnya bergetar sampai ke nadi.
8 comments:
sufi.....sufi...
kesiannya
dah tahu g masjid pakai la selipar jamban
saiz berapa?
nnt frh hadiahkan selipar jamban wat letak dalam keta
g solat tukar laaa
aiyaaaaaaaa
hehehe...dah beli pun yang baru kat jj melaka ari tu. kenangan berjalan atas tar di tengah hari membahang tu.
Semoga kehilangan kasut turut sama menghilangkan noda-noda kecil insan yang terpalit di langkah kehidupan. Ujian tu En. Ridzuan, semoga Allah akan mengantikan dengan yang lebih baik.
Waallahu'alam
Sheikh Sham,
suzy sufi... suzy sufi... suzy sufi
farah,
buat letih ukur je kalau takat nak hadiah selipar jamban. Tak nak, nak larrie juga.
luq,
yang beli kat jj melaka ari tu kualiti tarrrak walau jenama larrie juga.
wardah,
terima kasih atas ingatan sdr. Saya juga berharap debu-debu yang melekat pada telapak kaki saya akan berdiri menjadi saksi untuk saya nanti.
Post a Comment