Bergelut
SAYA bergelut untuk menyudahkan bacaan novel dua orang pelajar tahun akhir yang sedang saya selia sekarang; yang sudah memasuki fasa dan selekoh terakhir mereka sebelum “viva” mereka menyusul Jun nanti. Terasa bebanan amat berat; dan juga terasa masa sangat mengejar. Minggu-minggu terakhir April saya hanya berkurung dalam pejabat di bilik saya. Ada juga tulisan-tulisan mereka terpaksa saya bawa balik ke rumah. Dan ini akan membawa minggu-minggu Mei dan Jun saya akan sendat-padat. Barangkali, barangkali akan menolak undangan ke Melaka hujung bulan ini, belum tahu lagi.
Susah benar menjadi penyelia penulisan novel kalau penyelianya sendiri seperti saya yang tak pernah tulis novel; dan juga tak reti tulis novel sebenarnya. Itulah yang saya alami sekarang. Tertekan juga sebenarnya menyelia penulisan novel. Tapi saya terima tanggungjawab ini dengan senang hati. Tiga tahun lalu ketika kali pertama saya menjadi penyelia tahun akhir pelajar yang mengkhusus dalam penulisan novel, ada pelajar di belakang saya menyindir saya kepada ketua jabatan saya waktu itu. Bolehkah seorang pensyarah (?) yang tak pernah menulis novel, mampu menjadi penyelia yang baik?
Ketua Jabatan saya tak pernah memberitahu saya tentang “curiga” pelajar tersebut sampai sekarang. Hanya ada pelajar yang memahami permasalahan saya sebagai pengajar yang tanpa selindung memberitahu saya, dalam diam. Saya tak marah pun pada pelajar terbabit, juga tak kecewa. Saya akur dengan kekurangan saya, dan saya faham dengan kecurigaan dia. Malang, sehingga pelajar ini habis belajar, tak pun dia menulis novel dalam projek akhirnya. Kenapa, ya?
Saya datang ke “sini” untuk menjadi Pegawai Kebudayaan sebenarnya (kalau mengikut surat arahan kerja daripada SPA, itulah jawatan sebenar saya). Malangnya, saya tak pernah merasa manisnya menjawat jawatan Pegawai Kebudayaan. Saya hanya mencecap pahit-manis dunia akademia tiba-tiba; dunia yang tak pernah saya fikirkan akan terjun dan berkubang di dalamnya.
Tahun ini saya diberikan tanggungjawab menyelia dua orang pelajar. Rasanya, saya lebih matang kini, walaupun lenggok dunia akademia masih belum saya mesrai sepenuhnya. Betapa, saya melihat gigihnya mereka menulis novel; dan ini menjadikan saya supaya lebih awas dan lebih bersedia tentunya. Kalaupun saya tak pernah ada pengalaman menulis novel, tak pula bermakna saya rela digelar pengajar alias penyelia cap ayam.
Bahkan kalau saya diberi ruang untuk menulis skrip pentas, saya percaya saya mampu menulis skrip yang lebih baik dari pelajar-pelajar (teater?) ASWARA; yang balik-balik hanya mampu buat cerita pasal gay, lesbian dan entah apa-apa yang tak ketahuan. Bahkan saya mungkin mampu buat skrip lebih baik daripada pensyarah teater kamu yang ada gelar doktor dan PhD, yang hanya boleh buat skrip meraban, macam makan durian atas pentas misalnya. Sumpah saya lebih bagus dari dia, kamu tahu? Cuma saya sedar diri. Dunia pentas bukanlah pilihan saya. Jadi, tak perlulah untuk saya ikut campur “merosakkan” dunia pentas yang semakin penat sekarang ini (oh, saya sudah melalut jauh, dan mula menyerang orang lain pula).
Berbalik kepada penyeliaan pelajar tahun akhir fakulti saya, rasanya saya sudah semakin faham. Kalaulah tiba-tiba terpacul di depan saya budak yang mencurigai saya dua tiga tahun lepas, saya akan katakan begini kepada dia: sekurang-kurangnya walaupun saya bodoh novel, saya tak pula mengajar pelajar saya terjun lombong; seperti buat cerita gay, atau cerita makan durian misalnya. Dan pelajar-pelajar seliaan saya tak buat novel sampah macam yang kamu buat sekarang di luar. Kamu belajar di sebuah akademi dulu, tapi karya kamu sendiri entah apa-apa. Karya macam kamu itu tak masuk akademi pun boleh buat. Minah kilang atau suri rumah pun boleh tulis seperti itu. Hah itulah jawapan saya. Maaf, jawapan saya bunyinya tak cerdik dan sedikit keras. Tapi tak apalah, saya bukan sarjana. Ok kan jawapan macam tu?
Cuma, yang menghairankan dan menyesakkan saya, kenapa sesudah saya mampu menjadi penyelia yang baik (baik kerana tak ajar anak didik saya tulis cerita sampah), kenapa pula sampai sekarang saya masih tak reti-reti tulis novel. Terasa sangat saya mampu menulis sebuah novel, tapi tak mahu-mahu juga menulis walau idea kuat berkapuk. Kalau saya menulis novel cinta seperti yang “kamu” suka kunyah, nescaya kamu akan membunuh diri setiap hari kerana terlalu sedih dan rawan membaca hikayat cinta saya itu. Tetapi tak naklah saya tulis begitu. Itu bukan novel, itu buku cerita saja.
Barangkali “langit” memilih saya hanya untuk menukang puisi sebaris dua saja. Alhamdulillah.
20 comments:
Dik,
kwang...kwang..kwang
En Wan...
aduh pedihnya!
Macam tepat kena batang hidung saya....
Ala
en wan bukan tak boleh buat novel...
tak ada masa je!
Walaupun tak menulis sebuah novel, kalau sebuah puisi memberikan kepuasan yang melebihi sebuah novel apa salahnya? :)
Jauh bezanya sebuah puisi Pak Samad dengan 100 buah novel Ahkhadiat Akasyah Oappsss! :x
Jiha curik ayat sy!
Huhuhu...
En. Wan,
lepas ni tlg baca novel sy ye?
Bolehla....
Abe,
apa abang tak percayakah adik boleh tulis skrip lagi baik dari skrip buah durian?
:)
romi,
saya hanya suka baca novel. Menulis tidak kot.
tengah,
dik, tak baik membanding orang macam tu dik. Menyombong diri namanya. Uhuk huk.
sorrow,
membaca boleh kalau ada masa. Tapi tak boleh beri komenlah. Awak ada penyelia, kang makan gaji buta pula penyelia awak. Lagipun, dia sarjana, hebat tu. Saya bukan siapa-siapa.
Aik! Komen pun tak boleh ke en. wan?
Sdr BS: Kerana Sdr tidak menulis novel itulah maka Sdr bisa berjarak dengan karya mereka. Kan itu bagus. Bayangkan kalau Sdr juga menulis novel dan menjadi penyelia sekaligus. Tidakkah dengan begitu Sdr jadi bias dan selalu membandingkan novel mereka dengan novel Sdr. Seperti kisah sebahagian penyair yang jadi panel penilai puisi itulah.
Jadi syukur kerana Sdr tidak menulis novel dan jadi penyelia penulis novel.
Satira+Kacau
salam novel,
aku borong novel-novel pram di gramedia setia alam.mai lah jenguk-jenguk dulu.
tapi depa bungkus dgn plastik la palat betoiii...
pssttt...depa tak tau ka hang buat novel mona gersang kembali mokalo depa baca meleleh-leleh...sepuluh minit sekali.
apa barang buat skrip makan doroian atas pentas.kalau berani suruh depa buat skrip kait buah kote mamak atas pentas ba hak haks..
satira n awang...
tiba-tiba saya jadi terkagum benar dgn kalian..
Saya minta disekeh oleh Enwan sbb mmg teruk kerja saya yang diselianya,
tapi apakan daya...
sekeh menyekeh itu bukan budaya akademi budaya...
hahakkk hakk
zabad,
ye, komen pun tak boleh pasal dia ada penyelia. Lagipun, saya bukan soldadu yang dilatih untuk berperang dengan orang.
Sdr. Satira,
sdr. selalu hadir ke sisi saya dengan pandangan yang selalu menyenangkan saya. Bahkan kata-kata sdr. seperti sebuah terapi, dan selalu menajamkan inspirasi saya. Terima kasih.
awang,
novel aku bukan mona gersanglah. Novel aku tajuknya mona kekasihku jauh di sabah tak reti-reti nak balik semenanjung ka. Hak hak. Kalau hang baca novel ni, setiap 3 minit sekali hang akan hempuk kepala di dinding . Hak hak hak.
afna,
anggaplah kata-kata saya yang keras selama ini itu sebagai tanda sekeh menyekeh. Itu, terapi sebenarnya tahu.
Awak sudah boleh memandu di dalam cerah, di dalam gelap, di dalam hujan, di dalam kabut tanpa masalah. Saya di sebelah hanya jadi penunjuk "signboard" saja.
~ biarkanlah mereka nak berkata apa sekalipun... mulut mereka, dosa mereka... huhuhhu...
~kak afna dah boleh memandu dalam cerah, dalam hujan, dalam gelap, dalam kabut, saya ni jangan kata nak jalan, merangkak pun masih terkial-kial lagi...
adoiyaii... sakitnya bt novel ni...
mesti hebatkan orang yang mengata tu, apatah lagi novel dia dh ada di pasaran, sekelip mata saja lagi jadilah jutawan... huhuhu....
hebat... hebat.... hebat...
epa,
awak pun hebat, tak terkejar saya. Awak mampu terbang di atas angin, berenang di lautan tak bertepi. Teruskan!
Awang,
Hang tak habeh-habeh dengan Mona Gersang hang..Monaniandy kat klinik depan kedai juai cucoq udang depan rumah hang hang tak mau tulih ka?
Wan,
Hang pulak tak habeh-habeh dengan Mona bini orang tue, kalau larat terbang la pie jengah di kat Sabah tue ha..
Hak..hak...hak
adi, nak buat macam mana mona, syaja bini orang tu lah yang kadang-kadang banyak bagi ilham kat aku. hak hak.
awang, ni mamat titi upaq menara zakat ni dok kenen-kenen dok perli kita pula. Jom kita ajak dia pi setia alam, nak? huhu.
Post a Comment