Sarjana
SAYA mengenalinya agak lama, bertahun-tahun juga. Selalunya, kalau berhadapan dengan orang sepertinya, saya amat menghormati dan mengagumi. Bahkan menyanjungi juga. Orang lain pun, yang ada gelar sarjana yang terkapuk di lehernya, juga amat saya hormati. Kalau bertemu, saya seboleh-bolehnya akan cuba mendiamkan diri, hendak mendengar cakap mereka sahaja. Walaupun mesra, ada waktu tertentu terasa juga kekerdilan diri berbanding mereka.
Satu hari, dia mendatangi saya. Dengan hajat tertentu. Meminta dan mencadangkan saya uruskan satu program, yang memperihalkan tentang seorang tokoh dalam dunia sastera. Tokoh sastera ini pun sekarang amat rapat dengan saya. Bercakaplah dia panjang lebar tentang perlunya mengadakan satu pembicaraan khas tentang tokoh ini. Dan, saya pun menjadi belatuk yang mengangguk tak sudah-sudah. Saya cakap, saya kena bincang dengan bos saya dulu, kot-kot ada gendala.
Maka, saya pun berketuk-ketuk komputer menyediakan kertas cadangan. Tentang kenapa perlunya dibuat wacana khas tentang tokoh ini. Tentang anggaran kos perbelanjaannya. Tentang makan minumnya. Tentang khalayaknya. Tentang tarikhnya. Tentang panel undangannya. Serba serbi. Dan, sebagai rasa hormat, saya letakkan nama sarjana ini sebagai salah seorang ahli panel daripada tiga orang. Dua orang lagi saya letakkan cadangan nama yang lain, sarjana juga tentunya.
Kertas cadangan ini turut dibentangkan dalam senarai acara atau program tahunan institusi kami. Dan diluluskan. Bila hari hampir dengan program ini, dia pun datang mengunjungi saya lagi. Dan, kali ini betul-betul mengejutkan saya. Di samping terus memuji-muji tokoh yang akan diperkatakannya, dia mengerling-ngerling rak buku saya. Tanpa rasa apa-apa, dia meminta pinjam beberapa buah buku tokoh yang akan diperkatakannya nanti.
Saya tersentak sebentar. Dia tak pernah pun selama ini membaca buku-buku tokoh yang hendak dikajinya ini. Masya-Allah, sarjana hebat ini, yang namanya kalau saya sebutkan di sini sangat gah dalam dunia sastera kita begini rupanya dia. Selama ini, saya sangat hormat dan takutkan para sarjana. Tapi hari ini, saya ditunjukkan jalan ada juga halnya yang tidak “beres” dengan sarjana kita (maaf, bukan semua sarjana seperti ini saya kira).
Sewaktu dia melangkah keluar dari pejabat saya, rasa hormat, rasa kagum, rasa sanjung saya terhadap dia seperti lebur di muka pintu. Dan, kebetulan saya rasa Allah sangat menyebelahi saya waktu ini. Dekan saya meminta tangguh dahulu program tersebut atas hal tertentu. Mujur, sekurang-kurangnya saya punyai sedikit waktu untuk mengurut-ngurut dada saya.
10 comments:
salam masterji,
sarjana kangkung lah tuh.ba hak haks.
lagi tinggi tarag pembelajaran lagi tinggi taraf ketongangannya itu suluk.
suruh sarjana itu buat tesis perihal buah kote mamak,apa macam ada berani ba hak haks.
yah..sarjana kangkung..
menyuap dan memuntakan isi!
awang,
saya tak berani nak kata depa tu kangkung atau tidak. Depa berilmu melebihi apa yang saya ada. Saya hanya umpama sejurai lalang di tengah padang sehampar saujana.
afna,
buat novel pun best juga ni. Tapi saya tak reti tulis novel macam awak. Kangkung juga saya, kan?
Ehm... kadang-kandang rasa macam sarjan hebat.... kadang-kadang hebat bercakap je...
Sdr RH: Untuk makluman, saya pun sarjana. Universiti mana? Biarlah jadi rahsia. Sampai masa saya beritahula. HaX3
tengah,
saya selalu ingin menghormati mereka yang bertaraf sarjana. Bukankah mereka cendekiawan?
Sdr. Marsli yang dirindui,
sdr. selalu "sarjana" di hati saya. Hak hak.
en wan...
Sarjana itu pada sekeping kertas...
budi tu datang dari akal fikir...
Ada sarjana tapi miskin akal...
siapa nak jawab?
Sarjana kangkung di mana2...
Tak ada apa2 lagi yang boleh memeranjatkan saya...
romi,
lu jawablah sendiri. Hak hak.
sorrow,
kadang-kadang kangkung pun ada khasiat, dan enak dimakan. Tak gitu?
:)
Post a Comment