Serah Tugas
Orang-orang besar sedang sibuk-sibuk menyerahkan Nota Serah Tugas kabinet baru. Ada yang sudah serah. Ada yang belum. Ada yang sibuk-sibuk buat majlis perpisahan dan majlis selamat datang. Majlis selamat kembali? Ada yang bertukar tempat. Ada yang terpaksa keluar. Ada yang dipaksa keluar. Ada yang baru masuk. Ada yang tak keluar-keluar dan tak jumpa pintu keluar.
Hari ini, saya juga telah menyerahkan Nota Serah Tugas saya. Kepada pengganti tempat saya. Jagalah tempat yang saya tinggalkan baik-baik. Kalau boleh, buatlah lebih baik dari saya. Berilah fikiran dan pandangan baru. Bantulah untuk sama-sama menjaga rumah kita yang sangat kecil ini. Di sini, ada waktu-waktu tertentu kita amat disayangi. Ada tika-tika tertentu pula sangat dimenyampah oleh orang. Dan ini kadang-kadang sangat mempengaruhi emosi kita sendiri.
Jangan ikut perkara buruk-buruk yang saya lakukan dulu. Kuat melawan misalnya. Degil-keras kepala misalnya. Banyak diam misalnya. Kuat berbantah misalnya. Sangat mempertahankan prinsip diri misalnya. Janganlah selalu marah-marah seperti saya bila rasa diri tak berguna. Apa-apalah. Selamat maju jaya kepada pengganti saya. Semoga Fakulti Penulisan akan maju jaya dengan adanya tenaga baru. Saya walaupun belum renta dan masih mampu berbini lagi, rasanya sudah tak larat duduk di kerusi “panas” itu. Letih yakmat! Tapi, jangan bimbang. Saya tetap ada untuk terus bersama. Akan sama-sama membantu.
Saya selesai menyerahkan Nota Serah Tugas saya ini. Dalam rasa yang bercampur baur. Saya rasa sebelah daripada beban saya sudah terlucut. Tapi, dalam masa yang sama saya masih keliru. Dan tidak gembira sangat. Tapi saya tetap bersyukur. Seperti kata sahabat saya dari UPM semalam ketika kami minum petang di Tugu Negara, saya perlu memandang ke hadapan untuk mengepak cita-cita saya. Kalau tidak pun untuk saya, ini untuk anak-anak dan isteri saya tentunya. Saya perlu terbang memburu impian.
Pantun Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia
Jalan-jalan ke pekan tampin,
Ke jelebak ke jelebu;
Yang kembali "sesat" macam ayah pin,
Bukan sutera itu belacu.

Pergilah balik hari dah senja,
Jangan mengernyih di depan kami;
Pergilah pergi kata kekkwa (?),
Kemboja sudah kata mari-mari.
Hak hak.
Jangan mengernyih di depan kami;
Pergilah pergi kata kekkwa (?),
Kemboja sudah kata mari-mari.
Hak hak.
16 comments:
en wan
tahniah
semoga bahgia dan maju jaya di tempat baru
terkilan sangat
rugi benar pada mereka2 yang tak sempat berguru dengan en wan
romi,
tahniah? he he.
saya masih di sini.
:)
sy ingatkan en wan dah berhijrah tempat baru...
maafle salah anggap plak...
:)
tuan rusuh di benua sunyi,
tahniah juga daripada saya kerana akhirnya memilih jalan yang lurus dan ada cahaya di depannya.
selamat berhijrah ke kerusi baharu yang tidak panas tetapi masih ada duri yang mencucuk-cucuk akal.
hehehe. tahniah sekali lagi.
Sdr. Hidup hanya sekali. Kalau tidak bererti, meski buat diri sendiri, apalah erti? Bukan?
romi,
:)
Syeikh Sham,
terima kasih. Semoga tuan yang sudah di puncak akan sudi memberi tunjuk jalan kepada saya.
satira,
tepat kata sdr. Terima kasih atas ingatan sdr. dari jauh.
Wah... sudah jadi pensyarah sepenuh masa... Kalau ada jodoh kita bertemu dalam kelas lagi...
p/s Bila nak belanja saya makan?
tengah,
tak jadi pensyarah pun boleh belanja setakat nak makan. Bagitau je, bila?
Doakan saya istiqamah, ya.
Doa selalu mengiringimu... nanti saya nak dtg saya bg tau.hehehe
tengah,
amin.
Wah! Kuranglah beban En. Wan nanti ya...
zabad,
selagi bekerja, selagi itu beban kerja tetap ada. Itukan lumrah?
En. Wan,
Hari tu tak melawak, tp mengenakan org...
Saje je!
Jgn buat mcm tu lagi...
Apa2 pun saya ada strategi,
harta karun En.Wan masih dgn saya...!
Hahahaha...
sorrow (dan juga "lanun-lanun" yang lain),
sila pulangkan semua harta merdak saya sebelum semester ini berakhir.
saya nak kemas kabinet.
en wan..serah tugas apo ke menda?
jd timbalan dekan plak ka?
huhuhu
afna
temenung di atas kloset
menghayal jadi rektor
plung!
kih kih kih
Post a Comment