BMW
SATU pagi, di jalan yang jumlah kenderaan agak banyak, dan bergerak agak perlahan. Sebuah kereta mendesup di sebelah kiri saya dan memotong saya di sebelah kiri seperti lagak pemandu mabuk. Saya di lorong tengah. Belum sempat mulut saya hendak mencarut, si pemandu ini sekali lagi menghimpit saya di laluan tengah tanpa memberi lampu isyarat. Lalu, sekarang kereta ini berada di hadapan saya dengan cara kurang ajar.
Pemandunya, perempuan Melayu; bertudung biru. Saya, kalau boleh mahu membuang stigma perempuan kalau bawa kereta memang ghobla. Tapi, tak bolehlah. Sekali lagi, belum sempat saya menyumpahnya, dia menurunkan tingkap keretanya lalu membuang tisu keluar. Daripada betul-betul hendak menyumpah marah, saya boleh ketawa kecil sambil menggeleng-geleng kepala.
Perempuan ini, yang Melayu, bertudung biru dan Islam tentunya, fikir saya dia tentulah perempuan moden dan bergaya. Dia tidak memandu kereta cabuk seperti kereta kebal silver saya. Dia memandu BMW. Saya betul-betul kasihan dengan dia.
Sekarang, bagi saya BMW itu adalah Beruk (Betina) Mabuk Wiski.
Pekan Rabu
Turun padang menatang apa kalau sekali turun sekawan orang media membontoti. Turun padang apa kalau sekali turun semua pemimpin negeri (termasuk yang sudah kalah) boleh datang mengernyih sekali. Turun padang apa kalau yang datang mengernyih itu tak ubah seperti beruk kenyang mentekedarah jagung. Turun padang apa kalau sekali turun pelbagai program telah diatur sebaik mungkin.
Turun padang biarlah benar-benar ikhlas. Biarlah benar-benar mendekati rakyat. Fahamilah dan selamilah masalah rakyat. Randuklah selut, lumpur dan paya. Kalau boleh, turun padang silalah berjumpa dengan penjaga padang sekarang. Tak payahlah berjumpa dengan bekas penjaga padang yang sebok mengernyih mengalahkan beruk kekenyangan jagung. Kalau boleh berjumpa dengan bekas penjaga padang (yang sudah tak ada harga), apalah salahnya kalau pergi barang sekejap berjumpa dengan penjaga padang mutakhir?
Tak elok masuk ke padang orang kalau tidak berjumpa dengan tuan empunya padang. Tanyalah khabar dengan tuan padang, seronokkah dia jadi ketua padang dah setahun ini? Ada masalahkah tuan padang menjaga padang? Maklumlah, padangnya satu, pengadilnya, pemainnya, pemain gantiannya ramai pula. Penjaga gol pun ramai. Jurugambar padang pun ramai. Jurulatih lagilah ramai. Seeloknya, buatlah lawatan kunjungan ke pejabat kerja penjaga padang seminit dua. Kot-kot dia tengah curi-curi tidur, boleh tangkap gambar curi tayang dalam blog.
Sangat tak manis turun padang ini. Mahu kalau penjaga padang ini marah atau merajuk, sekali dia gempak hendak tukar nama kepada Republik Padang, tak ke naya?

16 comments:
ghobla? apa itu ghobla?
Pemandu mabuk ada di mana2...
Sedap jugak nama republik padang tu.
En. Wan, lawak hari tu tak kelakar!
Geram saya...
salam mabuk todi,
ahaks,betina bawa bmw memang sialan hang belum kena maki dengan betina yang marah kena surat penalti itu belum lagi kena dengan betina ala-ala gedik minta dilepaskan.
ngeh ngeh ngeh,betina mabuk wiski ba hak haks.
apa barang pi pekan rabu,patutnya pi melawat kilang ais lah kat market besaq yang lama tuh kat situ ada pa haa...
ghobla,bahasa kedah tua tu?bila nak mai kelitin kat setia alam?tarak apa pun.
Turun pandang sekadar nak tunjuk prihatin walhal tak prihatin pun....
epool,
Lama tak nampak? Apa crita?
macam awang cakap kat bawah - bahasa dari Kerajan Kedah Tua.
:)
sorrow,
saya tak melawak. Serius!
awang,
pekan rabu ada gak macam-macam. yang tak dak apa ni dekat Chedet mall. Apa menatang chedet mall. Hak ptuih tuih. Ha ha.
Setia alam? Aku tunggu kat the mines lah. Hak hak.
tengah,
ya ya, dia tak turun padang, tapi dia turun pandang.
:)
napa x jadi penyelaras lagi..cam merajuk je...?
czuka,
saya tak merajuklah, cuma mencari "ruang" yang lebih baik untuk kehidupan.
Lagipun, kita masih boleh berkawan-kawan.
Sdr BS: Saya suka nak berkawan dengan orang baik-baik je.
Sdr. Satira,
Harap saya termasuk dalam senarai yang baik-baik di mata sdr.
Betina Mabuk Wiski...
sedap nama tu!
Turun padang cari glamer...
Turun padang cari umpan...
Turun padang cari simpati...
Turun padang, alamat nak mati...
Mati budi...
Mati pekerti...
:)
romi,
wo sarkastiknya.
Ni sajak ke apa weh?
:)
en wan...
entahle
saya pun tak pasti...
:)
romi,
hak hak.
~ hahahaha... jangan turun padang tu, baik pergi Padang kampung saya lagi bagus dapat jumpa nenek n saudara-mara yang masih bersisa di sana... dan yg paling penting mereka tak berpura-pura... huhuhu...
rainrose,
ya, satu hari saya ingin juga jejakkan kaki saya ke Padang sana. Mungkin hari itu hari awak naik pelamin, mana tahu kan?
~ hahahahaha... insya-allah... panjang umur, murah rezeki, ada jodoh saya, satu aswara saya jemput datang sana... huhuhuuhh...
Post a Comment