Langit KL, 3 April
DARI ruang legar di hadapan kamar pejabat, saya memandang ke luar – ke langit terbuka.
Di hadapan saya, langit KL keruh kelabu pagi ini. Ada cahaya, tapi tidak bersinar galak. Tidak ada tanda akan hujan, kerana masih ada aura yang ditinta oleh matahari. Awan yang selalunya seperti tompokan kapas bergulir kini seperti daun yang disanggah dan dilayah musim rontok.
Entah apa yang langit cuba kabarkan pada Jumaat yang barakah ini. Betul-betul langit KL seperti tersihir. Saya menarik nafas berat, lalu masuk semula ke kamar pejabat saya.
Allah, saya selalu berdoa dalam kekhuatiran ...
5 comments:
Sahabatku,
Saya dapat meneka sebab apa langit jadi begitu pada pagi Jumaat yang barakah itu. Mungkin langitpun berkongsi duka.
Sdr RH: Ketika langit Kuala Lumpur tanggal itu sedang menyiratkan duka batinnya, aku tiba ke sana mencari sesuatu yang lebih abadi. Walau tubuhku kuyup ditimpa hujan senja.
Sdr. Sahrunizam,
barangkali kita berkongsi rasa yang sama.
Sdr. Marsli,
maaf tidak dapat melihat tubuhmu tergigil menahan sejuk, malam itu. Saya tiba-tiba harus puput segera ke utara, ada kecemasan.
Entahlah en wan...
tapi hari Jumaat itu juga saya dilanda perasaan yang sukar digambarkan...
mungkin rasa itu turut dikongsi oleh ribuan insan lain...
dan kerana itulah langit KL begitu...
Wallahualam...
romi,
Kata FT: Api KL Belum Terpadam
Post a Comment