Selepas Taman Percakapan (2007), Shamsudin Othman kali ini tampil dengan Tanah Nurani, kumpulan puisinya yang kedua. Seperti Aksara Rahimidin Zahari, Tanah Nurani diterbitkan oleh Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. Ini adalah kumpulan puisi untuk remaja. Juga diletakkan di bawah label Siri Teks Kesusasteraan Melayu, dan akan dijual “longgok” ke sekolah-sekolah.
Tanah Nurani ini, saya dapat pada detik yang sama dengan Aksara Rahimidin Zahari; ketika menikmati mee kari lereng. Panas-panas Haji Sham keluarkan dari kereta dan beri pada saya. Alhamdulillah, rezeki saya menjadi orang terpilih untuk mendapat dua naskhah dua orang penyair mutakhir tanah air, ketika orang lain menganga-nganga berfikir bagaimana cara untuk memiliki kumpulan puisi ini.
Bagi saya, Tanah Nurani ini lebih cocok untuk kumpulan puisi umum, bukan remaja. Walaupun ada sejurai puisinya yang menjurus kepada remaja, rasanya lebih wajar Tanah Nurani ini berkembang sebagai puisi umum atau dewasa. Hal ini mengingatkan saya kepada nasib yang menimpa Suluk Cinta, kumpulan puisi pertama saya. Saya sampai sekarang tidak mengerti kenapa Suluk Cinta saya tertolak menjadi kumpulan puisi untuk remaja. Memanglah tidak menjadi kesalahan besar pun kalau buku terbit sebagai buku remaja. Kita, di Malaysia – mempunyai pakej-pakej yang berbeza-beza mengukur tahap keremajaan atau kedewasaan bagi sesebuah karya.

Hanya sayang, Tanah Nurani ini tidak akan terjual di mana-mana; selain dari disasarkan untuk perpustakaan. Bahkan untuk perpustakaan ini pun ia akan dijual dalam bentuk set – bukan dijual secara terpisah-pisah antara kesepuluh buku yang terbit untuk siri ini. Begitu yang diceritakan oleh Shamsudin kepada saya dan Rahimidin pada suatu petang yang jernih.
Barangkali Haji Sham boleh mencadangkan kepada pihak penerbit agar buku-buku dalam siri ini juga turut dijual di pasaran terbuka, selain daripada dijual di sekolah-sekolah. Kalau boleh, biarlah turut dijual secara terpisah-pisah antara satu buku dengan buku yang lain. Haji Sham, ini saya bersuara bagi pihak kawan-kawan yang disampuk sawan dan penyakit tarik kerana gagal memiliki Tanah Nurani tuan. Supaya penggemar-penggemar yang tidak bernasib baik seperti saya yang mendapat naskhah percuma penyair boleh turut serta untuk memilikinya.
Selebihnya, Tanah Nurani ini terus mengukuhkan kedudukan Shamsudin Othman dalam peta puisi tanah air.

4 comments:
teringat semasa sekolah dulu...
kawan-kawan asyik merungut-rungut kena baca buku komsas, katanya bosan dan mereka 'pelik' tengok saya baca buku komsas macam baca komik. Pendedahan sastera diperingkat sekolah menengah mungkin dah agak terlewat.
tengah,
belum terlambat. Itupun jika kita mahu kembali ke pangkal jalan...
Dengkinya saya... Memang patut jual terpisah-pisah.
-FahdRazy-
fahd,
pi belasah haji sham.
:)
Post a Comment