Kuliah, Menyelia PeTA, Mesyuarat dan Kisah Mohon untuk Derhaka
SAYA bukanlah sibuk sangat (sebetulnya memang mendesak!). Bunyinya remeh – menjadi pengajar setakat masuk kelas, bercakap ngong ngeng ngong ngeng. Semudah itukah menjadi pengajar; kalaupun bukan pendidik?
Saya bukan sarjana – oleh itu saya perlu bersedia 100 peratus melebihi sarjana yang akan masuk ke kelas untuk mengajar!
Saya tak pernah tulis novel seumur hidup saya – dan buat masa ini saya tak bercita-cita untuk menulis novel walaupun saya rasa saya boleh menulis novel. Oleh itu, saya dengan ikhlas sanggup, boleh dan mampu untuk menyelia pelajar dalam Penilaian Tahun Akhir (PeTA) yang mengkhusus dalam penulisan novel. Saya rasa saya tak ada masalah; dan pelajar yang diselia oleh saya juga tidak bermasalah dengan saya. Saya mahu bertanggungjawab dengan hidup saya.
Tapi, tolong jangan meremehkan tugas pensyarah – seperti masuk kuliah itu mudah, bercakap-cakap sahaja. Hantam sajalah – budak-budak bukan reti apa pun. Sebodoh itukah pelajar saya? Dan tolong jangan cakap tugas menyelia PeTA sangat mudah – boleh batal saja temujanji dengan pelajar yang saya selia sesuka hati. Begitu? Huh, kalau pun saya bukan sarjana, saya rasa saya lebih baik dari sarjana yang ada di sini; yang tak tahu bidang apa nak mengajar bila ditawarkan jawatan dengan gaji dua tiga kali ganda besar dari gaji saya. Masuk ke sini diberi kursus boleh sesuka hati menolak – sebab bukan bidang, begitu jawapannya. Kalau dah tau bukan bidang, buat apa nak kerja di sini? Nak buat kawan-kawan sakit hati? Begitu? Habis, kalau saya boleh selia budak yang tulis novel, takkan saya nak menolak – sebab saya tak pernah tulis novel? Begitu?
Saya tak marah. Mana ada saya marah? Ni saya tengah suka-suka main tak lempong sambil baring-baring ni!
Puncanya begini: saya diarah untuk “menghadiri bersama” bos ke mesyuarat yang “buang masa” bagi saya – mesyuarat di HQ itu untuk membincangkan laporan pegawai yang bertugas rasmi ke luar negara pada tahun lalu. Saya hanya sekali ke luar negara tahun lalu. Orang lain? Lebih dari saya. Kenapa tak pilih sahaja mereka? Saya setakat Jakarta saja. Orang lain sampai ke New York, London, Korea, Jepun, Mesir, Sepanyol bla bla bla bawa barang beratus-ratus kilo. Jakarta tu macam balik kampung je, bang! Apakah ini menunjukkan petanda (betul, saya sudah berprasangka sekarang) orang yang pergi ke luar negara sebelum ini atas urusan rasmi bila balik tidak membuat laporan bertulis seperti yang saya lakukan? Betulkah? Kalau betul, sila campak saja pasport ke laut!
Maka saya pun mohon untuk tidak hadir kerana ada urusan yang lebih penting: pagi saya kuliah, dan petangnya saya menyelia untuk PeTA. Ini tersangat penting dalam dunia kerja saya sekarang. Setiap minggu, saya terkejar-kejar membaca bab-bab baru novel pelajar yang saya selia. Mudah? Kepala hotak hangpa! Sangat tidak adil untuk saya – bahkan sangat tidak adil untuk pelajar saya kalau saya sering buru-buru. Dan menjengkelkan saya, ada orang anggap menyelia PeTA ini remeh, mudah dan macam campak kulit kacang. Jadi, seliaan PeTA boleh ditangguh dan silalah hadir ke mesyuarat.
Saya betul-betul terbakar. Terguris makan dalam rasanya. Menyelia PeTA mudah? Remeh? Dan saya disuruh batal menyelia semata-mata untuk hadir ke mesyuarat yang bendanya sudah setahun berlalu? Tarikh saya ke Jakarta pada April 2008. Bayangkan setahun dah lepas baru saya diperlukan untuk bincang tentang laporan tugas rasmi saya itu? Walhal laporan itu disiapkan mengikut tempoh – seminggu selepas pulang dari bertugas. Wah, baguslah orang-orang di Kementerian ini bekerja. Wah, teruskan.
Maaf, saya tak dapat hadir. Tugas saya mendidik lagi penting. Dan maaf Dato’, saya mohon untuk derhaka. Ohhh salah, saya mohon untuk berbeza pendapat oohhh salah lagi – yang sebetulnya saya mohon untuk tidak hadir bersama Dato’ ke mesyuarat buang masa itu. Ini saya minta izin tau, untuk derhaka. Lebih baik saya derhaka dengan minta izin dari saya main langgar dengan derhaka cara biadap. Sudahlah derhaka, biadap pula. Saya baik, kan Dato’?
Saya bukan setakat nak mengajar agar pelajar saya pandai dan lulus periksa sahaja. Niat saya lebih dari itu – saya juga kalau boleh mahu mendidik mereka agar menjadi manusia! Dan tuan-tuan, tugas ini – memanusiakan manusia bukan mudah atau remeh. Percayalah!
Saya mahu bertanggungjawab dengan hidup saya.
12 comments:
terlalu baik meminta izin untuk durhaka...
sekarang baru saya faham kenapa pelajar ASWARA terkaku bila di hari penghakiman...
bukan salah penyelia, bukan salah murid...
tapi salah orang yang tidak pandai memuliakan ilmu itu...
ehemee
ni pelajar percuma ni bila nak diselia?
salam sejahtera,
benuasuluk sekurang-kurangnya nasib kamu lebih baik dari saya hahaha.takpa nanti aku bagi lagu 4sudut berdiri.untuk set ini nanti aku bagi kat hang pembakar perasaan sebab hang terbakar.
oh farhana biarlah awang menyelia farhana hahahah ba hak hak.
~ terharu pulak bila baca artikel en.wan ni... seiring dengan bangga kerana saya dapat berguru dan berpenyelia dengan en.wan... terima kasih banyak2... hanya itu yang mampu diberikan... memang benar untuk memanusiakan manusia itu adalah kerja yang sangat berat... bukan semua manusia yang sanggup melakukan kerja amal itu... ianya memerlukan kesabaran yang tinggi! Dengan semangat en.wan ni saya gagahi untuk menyempurnakan tugas saya sesempurna yang mungkin walaupun pernah suatu ketika saya sudah terfikir untuk mengundur diri, tapi saya cepat sedar, perjalanan hidup saya masih panjang, kalau saya berhenti setakat ni, apa yang akan berlaku pada perjalanan yang seterusnya?
Terima kasih penyelia!
romi,
dah jadik press, bila nak belanja?
:)
farah my dear,
adik abiskan dulu belajar kat sana. Lepas tu kita main pondok-pondok, lepas tu, lepas tuh abang selialah adik, hari2.
:)
awang,
aku dah dari tua tunggu 4 sudut berdiri hang, ni dah jadi hektagon dah. Ba hak hak.
rainrose,
tersentuh betul saya dengan komen awak. Dah macam terus hilang dari ingatan saya betapa sudah nak masuk tahun kelima saya mengajar tanpa ada elaun mengajar, tanpa ada intensif, tanpa ada dokongan. Awak semua membuatkan saya makin kuat. Takpe, tak ada sarjana pun tak apalah.
Saya akan terus di sini, dengan 4 sudut berdiri hinggalah awak semua buat undi tidak percaya terhadap saya, baru saya akan pergi.
Wan,
Dalam hidupkalau kita rasa kita nak tolong dan bantu memanusiakan manusia-manusia?, aku percaya itulah tindakan paling bertanggungjawab bagi seorang manusia..
Dalam Durja dan Lara, aku masih lagi tercari-cari, kalau aku akan terjumpa lagi manusia yang sanggup bersumpah nak bertangung dan sedia berjawap....
Teruskan Bro
adi,
kalau hang tak jumpa orang lain, ni dia kawan hang dah buktikan. Sejak 1993 hang kenai aku, inilah aku yang dulu; dengan akar lama, dengan akal baru.
terima kasih bro.
ASWARA...ASWARA...
Dato' percuma, memang begitu..
saya ni press hampeh...
satu sen pun tak leh harap...
nak blanje diri sendiri pun tak lepas...
inikan nak blanje orang...
apa2pun...
doa2kanlah untuk saya...
Insya-Allah...
akan menyusul diri ini di depan pintu di ASWARA nun...
tengah,
tak baik kata dato' lagu tu. Dah barang free amik je lah.
romi,
jangan merendah diri dengan tugas sendiri.
Mohon maaf, saya tak dapat turut serta meraikan hari bahagia awak dan kawan2 19 mac ini. Sampaikan salam saya dan tahniah dari saya untuk awak semua. ini hari awak yang saya nanti2kan selama ini. Apa boleh buat saya tak dapat bersama semua, namun tumpang berbangga. Tahniah dari saya.
saya pergi bersuluk!
:)
en. wan...
hari itu lebih gembira kiranya ada barisan tenaga pengajar yang bertungkus-lumus mencurahkan pengetahuan tanpa kenal erti jemu...
Ketiadaan en.wan hari tu pasti dirasai...
apa2 pun...
selamat bersuluk!!!!
;)
romi,
tahniah dari saya.
Post a Comment