Wednesday, March 18, 2009

Apologi

Dengan rendah hati, saya mohon maaf kepada kamu – anak-anak didikku; kerana tidak dapat hadir pada hari bahagia kamu. Heyy, saya tahu saudara semua terlalu lama menunggu untuk menunggu hari ini. Terlalu lama. Saya pun, rasanya terlalu lama menunggu sebelum tiba hari ini.

Tapi, bila tiba harinya – sayang, saya tak dapat pula untuk bersama. Bukankah keseronokan seorang guru bila melihat anak didiknya berjubah labuh?

Begitu lama kamu semua menunggu. Tak pernah dibuat dek orang upacara konvokesyen boleh ditangguh-tangguh seperti nasib yang kamu alami. Kalau dicampur dengan tiga tahun pengajian, ditokok dengan dua tiga tahun lagi menunggu nak dapat sekeping kertas – maka hari ini kamu sudah layak mendapat gelaran sarjana (sesuatu yang saya belum miliki). Ha ha.

Hari ini 18 Mac, hari kamu diraikan. Saya tiada di situ. Tapi, semangat saya masih ada untuk kamu. Dan masih bersama kamu.

Heyy semua yang disayangi, selamat berkonvokesyen. Selamat bergraduat. Selamat menempuh hidup yang lebih mempesona.

Dalam ketiadaan saya, ada doa saya untuk kamu.

9 comments:

Romibaiduri Zahar said...

benar kata en wan...
penantian suatu seksa yang tidak tertanggung...
bak bait2 kata yang pernah dinyanyikan arwah en Zubir
Tapi penantian di hari konvo sendiri lebih perit dari penantian sebelum ini...
bagaikan rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi (maaf kalau tersilap)

*Pilu hati bila lihat graduan2 lain berebut-rebut untuk bergambar dengan pensyarah masing2...
kami pula, terkulat-kulat mencari en wan dan en ghazali...
untuk berkongsi rasa gembira yang terpendam selama ini...
namun terubat juga pilu dihati dengan adanya en z, dr anwar, en hasan muthalib dan tuan hj Rahim...

Hari itu pasti lebih indah kiranya ada en wan....
gembiranya mesti berlipat kali ganda...

MARSLI N.O said...

Sdr RH: Macam merajuk sahaja. Ada apa?

Marsli N.O

Romibaiduri Zahar said...
This comment has been removed by the author.
Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

En.wan saya berasa sayu melihat graduan lain bergambar dengan pensyarah mereka... sedangkan en.wan tak ada bersama kami.huhu

jenguk2 la blog saya ada gambar konvo hari tu:)

FARAHNYEMAHMULYA said...

wawahwah
semua org syg en wan
hah
tapi dgn farah dia tamau jadi cikgu pulaks

Sari Dahlia said...

harap2 masa kami konvo tahun 2011, en wan hadir hadir sama ya. sian kami nanti. dah lah 2011, tu lama. hu2. sedih!

benuasuluk said...

romi,
tahniah dari saya untuk semua.
Pilu? tak usahlah pilu-pilu. Ini hari gembira kamu, kan?

sdr. marsli,
tak ada apa-apa.

romi,
buangkan jauh=-jauh rasa jauh hati tu...

tengah,
jangan sayu. Percayalah, dalam tiadanya saya, saya selalu bersama.

farah,
farah pun patut sudah sayang abang.
:)

czuka,
siapkan dulu PeTA kamu 2009 ini. Insya-Allah, semuanya akan sukses. Panjang umur, ada rezeki, saya akan ada bersama-sama kamu...

Anonymous said...

Salam En.Wan... Tun Kudu dah mati ditelan Tsunami...

Unknown said...

anak murid,
betul ke begitu?