Thursday, March 5, 2009


Buku Baharu Tukcai Saya



SAYA agak terlambat, dan saya terhutang janji dengan Tukcai saya. Orang lain dah tampal dalam blog masing-masing, saya yang agak ketinggalan. Sudah berjanji dengan Ustaz Azizi akan bantu untuk tolong publisitikan Jiwa hamba ini dalam blog saya waktu saya dikirimkan naskhah ini November yang lalu oleh beliau.

Ini bukan novel. Ini adalah sebuah catatan resah gelisah seorang Azizi yang melihat kebobrokan minda masyarakat Melayu Islam khususnya. Banyak perkara-perkara syirik, khurafat yang masih kita amalkan, bahkan menjadi “pegangan” bagi institusi tertentu yang disinggung oleh Azizi dengan penuh hemah. Terasa saya berkali-kali mengucap panjang, beristighfar dan menepuk-nepuk dahi bila membaca buku ini.

Percayalah, tak rugi membaca buku ini. Bahkan, boleh membuatkan anda “menghantuk-hantukkan kepala” ke dinding. Betul, Azizi memang jenis “koman spanar”, dia suka bagi kita sakit jantung. Ha ha. Memoir Seorang Guru dulu pun membuatkan saya beberapa kali menghempuk buku ke lantai; sambil menyumpah-nyumpah, “dajai sungguh Azizi.” Ho ho. Tapi Jiwa Hamba ini sarat dengan pengajaran yang sangat berguna untuk kita. Bacalah, tak rugi memilikinya.

Mau buku ini? Boleh langsung mencari pengedar atau kedai buku menjejak buku terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ini. Harganya Cuma RM 13.00 (RM 15.00 termasuk harga pos). Atau langsung sahaja boleh menghubungi Ustaz Azizi. Tandatangannya sangat istimewa bagi saya.



INI pula novel terbaharu Tukcai. Saya terima kirimannya minggu lalu. Terima kasih Cai, atas ingatan. Selepas Memoir Seorang Guru, ini buah tangan terbaharunya dengan Alaf 21. Selepas era Shahnon, Azizi adalah kelangsungan hayat kepengarangan penulis Kedah. Memandang ke belakang, begitu jauh penulis-penulis Kedah yang ada di belakangnya untuk menghambatnya. Jauh sangat. Saya mengira-ngira pada tahun bilakah Ustaz Azizi akan dapat anugerah tertinggi dalam dunia sastera tanah air.

Dan seperti selalu, karya Azizi tak pernah menghampakan kita. Ini sebuah lagi novel yang menghitung-hitung kehidupan seorang tua; yang mendamba cinta, yang mengingini kasih abadi, tentang kesepian, tentang kerinduan. Apa ceritanya kali ini? Kena bacalah. Percayalah, Azizi tak pernah menghampakan kita dengan karya-karyanya.

Mau novel ini? Ah, buku Alaf 21 boleh jumpa kat kedai mamak pun. Harga pun murah (kalau bukan novel popular harga mesti murah, kalau penulis ternama tulis harga mesti murah). RM 10.00 sahaja. Atau langsung hubungi Tukcai untuk dapatkan novel ini dengan tandatangan istimewanya dalam tulisan jawi, seperti yang saya miliki ini. Harga RM 12.00 termasuk pos. Boleh jenguk ke blognya, http://aziziabdullah.blogspot.com/ untuk dapatkan maklumat lanjut.

Tukcai, aku dah tolong promosikan karya baru hang di rumah aksara aku. Lain kali, kalau ada buku free lagi, takpa aku rela terima; alamat pun Tukcai tahu, kan? Ba hak hak.

6 comments:

Anonymous said...

wan,
begitulah menesia kalau dapat free. puji tak sangga.

apapun terima kasih. silap tak bagi buat kata-kata prolog buku. sedap dengan kesungguhan kata.
jumaat malam 6.3.09 saya ada di tmn melewar dan esoknya di masjid negara (kononnya) untuk bersama dalam soal PPSMI.
hangpa penakut.

-tukcai azizi

Anonymous said...

tukcai bayangan tok non aku pun nak satu ba hak hak,asyik bagi kat benusuluk jerkk...kawin kawin pun sonok.semua tok cai punya buku sonok.sanggeta pun sonok.seorang tua di kaki gunung pun sonok semunya sonok sebab tukcai bayangan tok non.

MUSTADH`AFIN yang tertindas pun tok cai punya juga.

salam untuk tukcai.

benuasuluk said...

tukcai,
memang dasar menesia puji-puji bila dapat free.
Lain kali untuk buku akan datang meh sini saya tulis untuk blurb hik hik
satu lagi, kami memang penakut. Ha ha.

benuasuluk said...

awang,
nikmat sungguh mengkalau dapat buku free.

Hasmora said...

salam ziarah saudara...

memang syurga itu indah ya.. kerana di sana kita tak tua.. :)
-dalam-dalam mesej tuk ya dlm catatan buku Jiwa Hamba.. beliau ingin bercerita ttg indahnya syurga.. sama2lah kita berdoa moga dikurniaiNya segera..

dan hidup ini.. mmg suatu kemujuran

salam hormat

benuasuluk said...

sdr. Hasmora,
tk singgah ke sini. Selalulah berkunjung lagi.