Thursday, February 26, 2009

Ruang Februari

Februari ini sudah hendak sampai ke penghujung. Bulan ini saja ada beberapa aktiviti yang menjadikan tugas saya sedikit padat. Bermula dengan Bengkel Deklamasi Puisi di Kuantan bersama Rahman Shaari, Marsli N.O., dan Rosman Ishak pada minggu pertama Februari, saya dan pelajar kemudiannya bersiap menguruskan Malam Puisi Warisan yang bertemakan Tun Razak di minggu kedua.

Minggu ketiga Februari pula kami bawakan Ainon Mohd dari PTS untuk Siri Wacana Sastera yang berbicara tentang buku dan industri buku. Dan minggu keempat ini pula SN Muhammad Haji Salleh kami bawakan untuk program Pesona Seni; berbicara perihal Puitika Sastera Melayu. Seperti Februari ini bulan Fakulti Penulisan yang punya. Di samping itu, tugas-tugas akademik berjalan seperti biasa. Kuliah-kuliah sedang memasuki minggu kelapan.

Oh ya, ada satu program (projek?) tambahan saya yang sengaja saya bawakan. Minggu ini juga dalam kuliah Ali Majod (Penulisan Cerita Kanak-Kanak), saya bawakan dua orang sahabat saya, editor dari Utusan Publications & Distributors untuk bercakap tentang projek penerbitan buku kanak-kanak. Ini projek “tertutup” kami.

Perkara ini sudah dua tahun saya cuba membuka jalan dan ruang kepada pelajar saya. UPD sangat memerlukan bahan-bahan penerbitan untuk buku kanak-kanak. Saya lorongkan jalan kepada pelajar untuk menyambut peluang terhidang ini. Malangnya, tak ada yang mahu menyambut peluang ini pada ketika itu.

Hinggalah pada tahun ini, dua orang teman saya ini - Badrul dan Rozlan datang sekali lagi dengan hajat yang sama; mahukan manuskrip buku kanak-kanak. Juga novel untuk peringkat awal remaja. Malah, hendak dalam kadar yang segera. Maka, di tengah keripuhan Februari ini - antara pengurusan pejabat ke bilik mesyuarat, dari bilik mesyuarat ke bilik kuliah, dari bilik kuliah ke aktiviti Fakulti, saya cuba mencari ruang untuk memenuhi hasrat dua orang teman ini.

Saya berbincang sesuatu dengan Ali Majod, dan dia tampaknya bersetuju. Maka, pada kuliahnya minggu ini saya bawakan dua orang teman ini bercakap tentang projek penerbitan buku kanak-kanak. Setidak-tidaknya kalau dua tiga orang yang karyanya terpilih nanti untuk diterbitkan itu sudah cukup bagus untuk perkembangan Fakulti saya. Bahkan saya yang bertindak sebagai “penjaga pintu” Fakulti akan turut berbangga.

Saya tidak kedekut untuk membuka jalan kepada pelajar yang mahu mencuba. Bahkan saya tidak takut kalau pelajar ini nanti lebih berjaya daripada saya. Bahkan saya akan lebih berbangga kalau mereka berjaya nanti. Di universiti dulu, tak ada pun pensyarah saya yang membuka jalan kepada saya untuk “pantas” menerbitkan karya. Semuanya saya lakukan berdikit-dikit dalam ruang waktu yang agak panjang (dan tentunya, itu lebih manis dan bermakna). Sekarang, mereka beruntung hingga penerbit sendiri datang ke dalam kampus untuk mencari karya mereka. Saya harap kedatangan dua editor ini akan disambut oleh pelajar kami dengan karya mereka nanti. Saya cuma menjalankan amanah dan tanggungjawab saya saja. Selebihnya, terpulang kepada pelajar sendiri.

Oh ya, Insya-Allah jika sempat sekitar Mac nanti; atau jika tidak pun seputar April nanti (harap-harap dapat disiapkan sebelum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 bermula), saya juga sedang menantikan kelahiran buah tangan terbaharu saya. Tapi maaf ya, bukan puisi. Saya mencuba sesuatu yang baru.

10 comments:

SATIRA + KACAU said...

Sdr BS: Orang hebat dan pemikir hebat memang selalu sebok atau nampak sebok. Walau kadang-kadang sengaja buat-buat sebok, tetapi ular menyusur akar tidak ilang bisanya. Macam Sdr la. Hi X3

Satira + Kacau

FARAHNYEMAHMULYA said...

encik wan
manje seh budak2 aswara ni
farah kire anak angkat aswara lah
bolehkah
bolehkah?
bolehkah join
(muka sedey tengah kelip2 mate 34 kali dalam mse dua saat nieh-- comey tak?)

benuasuluk said...

Sdr. Satira:saya tidaklah hebat, dan saya juga bukan bertaraf pemikir. Saya hanya laksanakan tanggungjawab saja.

benuasuluk said...

farah,
apa barang jadik anak angkat. Jadi le awek angkat bunga angkat buah ati angkat bla bla bla la la la la la

FARAHNYEMAHMULYA said...

ok lah buah hati pengarang jantung pisang warna hijau macam katak dan biawak yang satira kacau nak ternak erh?

soal nya ;
boleh tak?
dapat layanan MESRA yang sama macam budak2 penulisan aswara dapat?

benuasuluk said...

farah,
kalaulah farah dapat membaca isi hati abang sekarang ...
:)

Anonymous said...

salam sejahtera,
buah tangan baru?bukan puisi?hah baguslah mencuba sesuatu yang baru artis rakaman ka?kahkahkah berduet dengan mus.

benuasuluk said...

awang,
ya, ya tengah rakam lagu. Satu lagu duet dah siap dengan mus. Judulnya kutukan dari langit. Ba hak hak hak.

Eva Sardiyanti Sarudin said...

~ banyaknya peluang di ASWARA ni cuma tulah..., masa dan keadaan sj yang tidak mengizinkan sy mencubanya... dl masa kelas en.wan ada juga teringin nak berjinak-jinak dalam penulisan buku kanak-kanak ni, sampai dah berpakat dengan ain, tapi sampai sekarang pakatan tu masih belum terlaksana... nak buat macam mana belum ada rezeki...

benuasuluk said...

rain,
ruang penulisan tidak pernah mati; ada masa lagi untuk atur langkah.