Monday, February 23, 2009


Fragmen Puisi yang Mungkin Terkuburkan

keBInaTaNGaNkINaBaTAnGAn

keBInaTaNGaNkINaBaTAnGAn

keBInaTaNGaN

k B
I i
N n
a A
B T
A a
T A N g a N hItAm
a G
N
G
a
N

bUAyA sUnGaI HuLU
adalah binatang ganjil
yang menjadi beban bangsa
kau musuhi bahasamu

keBInaTaNGaNkINaBaTAnGAn
adalah anasir adalah barah adalah petualang nusa

keBInaTaNGaN

k B
I i
N n
a A
B T
A a
T A N g a N gELaP
a g
N
g
A
n

sungai luas jalan berliku
perangai bodoh laksana tiga suku
kau hinakan bahasamu

BuaYa sUNgaI HulU
adalah binatang aneh
dengan lidah terjelir
kau musuhi pejuang bahasamu

keBInaTaNGaNkINaBaTAnGAn

ketika airmu menggulung keras nanti
engkau akan terdampar
seperti bangkai di tebing
sejarah akan menelanmu tanpa dusta

keBInaTaNGaN

k B
I i
N n
a A
B T
A a
T A N g a N KhIaNAt
a g
N
g
A
n

Sejarah tidak akan mengenangmu
sejarah pelan-pelan akan membunuhmu

14 comments:

Anonymous said...

memang kinabatangankebinatangan!merapu dan meraban!

Rahimidin Z said...

sajak yang bagus,
cikgu bagi A++

benuasuluk said...

mandala,
tau tak pe.

rahimidin z,
kalau saya dapat A++ maknanya CGPA saya semester ni 4.0 lah. Huih, anugerah dekan nanti.

Anonymous said...

salam untuk binatangankina,

izinkkan saya bersajak..enche wan


binatang itu adalah haiwan
haiwan itu pula bersifat binatang
binatang itu haiwan dari pinang
nan sebatang,

binatang,binatang!haiwan itu
berbahasa apa entah yang aku
tak mengerti,bahasanya bah..bah
iya bah mungkin ada sungai akan bah
bahkan mukanya macam...macam apa iya?
hah,macam binatang ungka

haiwan itu namanya binatang
binatang itu dari pinang sebatang
binatang itu akalnya haiwan
cakapnya hanya cakap charlie caplin
lagaknya lagak haiwan sundal

binatang dari pinang sebatang
sebatangnya punya lidah bercabang
bercabangnya lidahnya adalah rezekinya
rezeki dari bercabangnya
disumbat ke perut anak bininya

dan..anak bininya juga akan menjadi binatang sialannn!!!

Lumut Pagi said...

Salam...

Menarik...! Depa memang macam tu..Selalu buat ghempang. Ghasa cukup baguih..!

SATIRA + KACAU said...

Untuk makluman sahaja. Satira + Kacau dah keluar semula dari gua pertapaannya. Kalau ada masa, datanglah melawat sambil bawa bertih dan tembakau siam.

Satira + Kacau

FARAHNYEMAHMULYA said...

hamboooooooooooooooi
nada maarah ni
jaga2 nanti sakit jantung

benuasuluk said...

awang,
apa critak?apa critak? Ni ayat dia yang paling aku menyampah.
semoga dia ditimpa musibah, berjalan dengan juboq ke depan, muka ke belakang.

lumut pagi,
dasat haram jadah depa ni.
tk singgah.

satira,
saya gembira sdr. kembali.
Saya tak punya tembakau siam. Apa tuan mahu mencoba air ketum? He3.

farah my dear,
farah suka amik berat pasal abang. Ni yang tambah sayang nih.

SATIRA + KACAU said...

Sdr BS: Sape farah tu. Ader tak saper-saper awek yg solo lagi yang ku kenal dan bole rekemenkan kat aku. Aku rasa nak bercinta balik la. Ntah la... Daun ketum x main. Daun pegaga dengan daun ulam raja, adalah aku mamah. Hi hi hi

Satira+Kacau

benuasuluk said...

sdr. satira,
awek lain boleh gua rekomenkan nanti. Errr ... farah gua punya! Ba hak hak.

SATIRA + KACAU said...

Sdr BS: Aku ingat hendak buka syarikat menternak biawak dan membela katak pulak dah. Macam mana? Kau nak masuk syer tak?

Kirim salam la kat awek cun tu. Hi hi

benuasuluk said...

satira,
tak nak. tu semua spesis dua alam. Hisshhh mike ni.

Sari Dahlia said...

benuasuluk bakal pencinta puisi yang meledak akan datang...
kinabatangan tu...kat sabah bah.

benuasuluk said...

czuka,
saya hanya penyair kampungan; tempat lahir saya juga hulu banat seperti kinabangan. Bezanya, saya pencinta sejati bahasa dan budaya saya. Dan lidah saya juga tidak bercabang-cabang seperti orang kinabatangan. Juga sembrong.