Tuesday, February 3, 2009

Penyair Pop Yeh-yeh

SAYA tidak tahu bagaimana lagi cara untuk saya surutkan kemarahan yang bersarang dalam sukma saya mutakhir ini. Apakah 2009 ini adalah tahun yang membuatkan kesabaran saya diuji tanpa batas.

Ceritanya begini: Sebuah institusi pendidikan seni yang kononnya terulung di Malaysia akan menganjurkan satu program untuk mengenang kesengsaran rakyat Palestin dan kezaliman Yahudi. Nampak macam bagus. Nama program ini ialah “Irama 60’ ... Untukmu Gaza”.

Saya tidak terlibat dengan program ini, dan tak mahu terlibat pun. Cerita Dekan saya, ramailah orang-orang kuat pop yeh-yeh yang dipanggil hadir mesyuarat pelaksanaannya. Tetapi bila “orang kuat” pop yeh-yeh ini bertanya apa signifikannya menganjurkan lagu irama 60-an sedangkan Gaza sedang sengsara, penganjur tidak dapat menjawab alasannya dengan lancar. Orang pop yeh-yeh ini sedikit cerdik, takkanlah kita di sini nak berhibur-hibur bernyanyi-nyanyi sedangkan di sana derita mereka tak terbayangkan kita.

Tapi penganjur tetap mahu menganjurkan program. Berhibur sambil menderma kononnya. Maka untuk menghalalkan program ini berlangsung tanpa sinis pada kaca mata mereka, maka saya pun dilibatkan. Tugas saya mudah sahaja pada kaca mata penganjur. Sediakan sebuah puisi tentang kezaliman di Gaza, dan deklamasikan pada malam acara pop yeh-yeh itu sebelum acara bermula. Saya menjadi “pembuka panggung” kononnya. Barulah nampak signifikan.

Begitu murahkah harga seorang penyair? Begitu mudahkah menulis puisi? Begitu mudahkah menjadi penganjur? Begitu mudahkah melaksanakan acara? Begitu mudahkah menjadi ketua? Begitu mudahkah menjadi menjadi orang suruhan? Oh jiwa hamba ...

Saya hanya tahu tenaga saya diperlukan melalui mulut Dekan saya yang kebetulan dijemput masuk mesyuarat. Hingga hari ini, tak ada usaha daripada penganjur/sekretariat untuk menghubungi saya memaklumkan tentang letak duduknya perkara ini. Saya hanya dititipkan secebis kertas perjalanan acara yang diselitkan nama saya sebagai pembuka acara. Besar sangatkah menjadi penganjur?

Walhal mereka boleh berjumpa dengan saya bila-bila saja kalau betul-betul jujur atau berkehendakkan saya. Lagi pun, satu pejabat. Satu tempat kerja. Kalau malas nak datang jumpa, telefon saja, atau kirimlah memo. Kalau saya ni hina sangat, hantarlah peon atau budak pejabat datang bawa surat. Tak apa, saya lebih baik dengan peon atau budak pejabat dari baik dengan orang yang 24 jam bertali leher. Namun, malangnya hingga saya sedang menulis ini tidak ada apa-apa langsung yang membibitkan ke arah itu.

Terluka? Marah? Ya, saya betul-betul terluka dan marah. Hina sangatkah menjadi penyair? Apakah penyair ini hanya layak menjadi nasi tambah? Maaf, kalaupun saya bukan penyair terbilang, saya masih punya harga diri. Saya tak akan pergi ke majlis ini, saya tak akan hadir, saya tak akan membacakan sebaris puisi pun. Tak apalah, tak baca puisi Palestin pun saya masih ada “cara” lain untuk mengenang penderitaan mereka.

Lebih baik buat “irama rock... untukmu Gaza.” Saya fikir lebih banyak lagu-lagu rock yang menceritakan tentang penderitaan, kesengsaraan, peperangan, kemanusiaan daripada sebaris lagu pop yeh-yeh 60-an yang hanya membuatkan air liur basi saya meleleh. Maaf, saya bukan penggemar irama 60-an. Saya dulunya peminat tegar irama rock. Apa, ingat Mat-mat Rock semua kiblatnya ke Jepun ke?

Berbalik pada program ini yang akan dilaksanakan Jumaat ini, saya tetap dengan keputusan saya. Tak akan hadir dan tak akan terlibat. Biarlah apa orang nak kata. Hantarlah berkeping-keping memo atau surat tunjuk sebab pun. Saya betul-betul marah dan terluka. Dan jangan cabar harimau yang sedang terluka. Buruk nanti!

Saya akan berhibur-hibur hati sendiri dengan berazam mahu berjalan-jalan ke Kuantan hujung minggu ini. Ada program lain di sana yang lebih murni tujuannya. Dapat juga berjumpa sahabat saya, Marsli di sana. Marsli sudah berjanji dengan saya untuk bawa saya pekena mee calong. Dan saya juga rindukan nasi lemak dan nasi dagang di warung kecil tepi jalan menghala ke Balok, ke rumah Marsli. Itu lebih baik daripada makan dengan layanan “first class” dalam majlis dungu yang dipenuhi dengan lagu-lagu 60-an. Oh siksanya!

Marsli, tunggu, aku datang ...

Nota tambahan: Saya penuh sedar bahawa tulisan saya ini boleh mengundang petaka dan karma kerana kata keras saya. Pun, saya tak menyesal. Rasa menyesal itu hanya ditakdirkan lahir untuk seorang pengecut.


13 comments:

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

Masih tak ubah-ubah lagi 'budaya' tempat yang saya tinggalkan....

Anonymous said...

salam jangan takut,
kalau takut p jmpa omar osman atau suhakam.
ini tak lain tak bukan mesti keje kangkung,lenggang,lenggang kangkung.
peon ka poen?lebih baik suruh poen datang jumpa.
apa yang nak dipetakakan.dasar manusia bengong.buat sardin jer.

benuasuluk said...

tengah,
uiihh banyak dah berubah la sejak kamu tak ada. Berubah makin teruk! tahap puaka!

awang,
mana ada takut. kalau aku takut aku cakap baik tuan, saya akan tulih puisi, baik tuan saya akan hadir baca puisi ikut perintah tuan asalkan yeh-yeh tuan berjalan dengan jayanya.
Turrrr!

Anonymous said...

pop yeh yeh?

wtf? apa kena mengena dgn gaza?

itu hari ada forum pasal gaza kat bar councill saya x nampak pon muka2 kangkong ni di sana.

ni kesian kat gaza pasal trend ni, bukan kesian betul.

saya sokog cek wan x baca sajak tuk event bungok ni!

SATIRA + KACAU said...

Sdr RH: Memang babi tu. Sampaikan sajak dan penyair pun hendak mereka jadikan babi juga. Aku sokong kau 200 peratus.

Saira + Kacau

benuasuluk said...

epool,
inilah malangnya kita, kalau seni pun sampai hendak dipolitikkan.

sdr. satira,
terima kasih, saya sangat menghargainya.

Denanz ... said...

awai taon baru kita mulakan dengan penuh kemarahan. sebabnya ... pasai ada makhluk yg BPMP.

(Bodo Piang Macam Papan)

Anonymous said...

Sungai merah ada puaka,
Puaka jantan menunggu setan;
marah-marah hati terluka,
Sudikah tuan farah jampikan?

benuasuluk said...

Bang Nan,
ada lagi yang lebih tragis. Nanti entri baru saya tulis. Memang papan.

benuasuluk said...

farah darl,
sungai merah susur berliku,
air keruh sampah penuh jenuh;
memang sungguh marah hatiku,
puak-puak ni semua kutembak bunuh.

Sham al-Johori said...

kecil-kecil kusangka babi,
rupanya anjing berbulu siamang;
ingin kumilik cinta abadi,
kenapa Farah tak sudi meminang?

anak tupai anak beruang,
mati termakan racun cenuai;
hajat di hati ingin berjuang,
apakan daya hajat tak sampai.

kata p.ramlee, "alif mim nun tendang wau, sarkas." hehehe

benuasuluk said...

sheikh sham,
wo berpantun jugak demeh.

kuala lipis jalan berliku,
ayam hutan nyaring berkokok;
daku sudah membuka pintu,
farah tu pura-pura taknak masuk.

hak hak.

tuan, saya teringat cerpen abdullah hussain pasal sarkas.

Anonymous said...

Dunia... pop yeh2... gaza... politik... duit... mari kita balik kg ramai2!