Kangkung
SEINGAT saya ketika di alam kanak, terutama ketika membesar bersama gemulah nenek dan datuk, kangkung adalah jenis sayur yang selalu menjadi hidangan kami. Kerana sifatnya yang mudah ditemui, mudah membiak dan mudah dipetik, maka kangkung menjadi suatu hidangan yang sangat enak.
Di belakang rumah di tepi sumur (yang sekarang sudah tertimbus), kangkung tumbuh membiak di keliling sumur. Entah dari mana ia muncul, tanpa benih dan terus membiak. Setiap masa ketika saya menyusur ke tebing sungai sewaktu mandi-manda atau menahan taut sewaktu tengkujuh, kangkung tumbuh meliar dan menghijau. Dan ini selalunya menjadi rezeki percuma yang dikurniakan oleh Allah yang disambut dengan penuh haru.
Dan sekarang, bagaimana pula kangkung yang selalu saya impikan di alam kanak boleh tumbuh meliar pula di tempat kerja, di tempat saya mencari makan, di tempat saya ingin berbuat bakti dan kebajikan, di tempat saya ingin menunaikan tanggungjawab, di tempat saya ingin melaksanakan suatu ibadah?
Malah, sedikit menjengkelkan kangkung jenis ini yang tumbuh meliar di sini hanya menjadi perosak, dan kita tidak boleh “menikmatinya.” Bukan sekadar menjadi perosak, bahkan ia mengganggu sistem kerja yang sedia molek tersedia, bahkan turut menumbuhkan sebuah runsing yang panjang.
Kadang-kadang gelar sarjana yang membelit pada kepala belum tentu mewajarkan kita dihormati orang (pun bukan salah dengan gelar sarjana itu). Baginya, semua tindakan itu betul dan wajar, setiap patah katanya jernih dan murni. Walhal, di dalamnya, hanya ditemui segala sampah dan sarap; lalu setiap aksara dan kata hanya menjadi beban dan mimpi ngeri.
Agak malang jika kesarjanaan yang dimiliki hanya menjadi bahan tawa dan cerca orang. Dan gelar sarjananya itu seperti dilihat menjadi beban kepada dirinya sendiri. Lebih malang lagi, jika orang menggelarkannya sebagai sarjana kangkung, profesor kangkung, pensyarah kangkung bla bla bla kangkung, ngong ngeng ngong ngeng kangkung, bok bek bok bek kangkung. Kangkung, kangkung, kangkung ...
Jauh di sudut hati, saya rindukan alam kanak yang penuh jernih – melihat kangkung di tepi sumur; menyusur kangkung di tebing sungai ...
15 comments:
saya sudah lama tak makan kangkung. Tak lama dahulu saya tengok ada seorang peniaga pasar malam memetik kangkung di longkang besar belakang rumah saya untuk berniaga....
Memang agaknya kangkung zaman sekarang lebih enak hidup di tepi longkang dari hidup di sumur seperti dulu...
Zaman dah berubah, kangkung pun jadi alpa tempat asal yang memberi kehidupannya kini selesa....
Wan, bagi racun lalang je...
kalau Rahimidin cadang bagi racun lalang, aku cadangkan racun lalang zaman dulu-dulu.. nama dia 'Round-up'..
ada lagi ka 'Round-up' zaman la ni?..
en wan..?
hak..hak...
tengah,
ni kangkung apa yang deme cerita nih?
midin,
racun lalang pun koman sekarang. Yang mati lalang, akar kat bawah idup lagi. Akhirnya lalang banyak juga.
ayie,
round-up kalau ada lagi dah ketinggalan zaman. Kangkung sekarang makin banyak, liat pula nak mati.
mandala,
ni apahal gelak-gelak? Orang tengah susah-susah hati, marah-marah, dia gelak-gelak pula.
Ni lagi satu, bab satu bila nak hantar?
eche wan..
jalan sesak..
dah pos dlm email...
ha dah terima ni. Ate, deme tak runsing ke PeTA deme lagi 5 bulan, baru satu bab je deme siap? hak hak
~ saya kurang faham tentang kangkung ni tapi tetap tertarik... x pe saya akan cari apa maksud disebalik KANGKUNG tu...
rainrose,
takpe, pelan-pelan kayuh. Lama-lama nanti boleh faham.
salam kangkung,
anak haram puak-puak kangkung pekak badak memang anak haram depa yang lebih anak haram depa nih nak jadi dewa mengatur perjalanan hidup orang lain.puak-puak PTD yng banyak jadi kangkung,anak haram punya PTD,barua!!!
kalau dok mentekedarah kangkung ada perasan ka kangkung tak hadam dia keluaq sekalai dgn shitttttttt!!!shittt lah!
Setakat kangkung okla lagi. Tapi kalau sampai ke tahap babi bertopengkan sarjana, itula yang jadi kacau bilau tu sekarang ini.
Sarjana kangkung yang kongkang....
wan
cakap saja prof kangkong, tan sri kangkong, tun kangkong, dr kangkong dan sarjana kangkong.
tapi yang sedap kangkong belacan dengan tomyam.
azizi
awang,
marah nampak? Sabaq bro!
satira,
ngeri saya dibutnya.
romi,
kong kalikong ler
ustad,
ya, ya kangkung belacan gu dia memang dengan tomyam. Ustad buat saya fantasi yang bukan-bukan.
:)
Post a Comment