SAYA kebetulan sempat mengenali pengarah filem ini di Jakarta, lewat April tahun lalu. Itu pun secara tidak sengaja. Malam, saya dan anak-anak buah melilau di kedai buku Bapak Jose Redza di Taman Ismail Marzuki. Saya dengan kertas di tangan, mencari senarai buku-buku yang ingin dibeli. Dia pantas menegur banyak buku yang saya cari. Dengan ramah, pantas dilihatnya senarai kertas di tangan saya. Bila melihat senarainya kebanyakan buku sastera, dia teruja dan menjadi lebih mesra. Bahkan membantu saya mencari; dan Bapak Redza tuan empunya kedai turut membantu.
Lepas beli buku, dia melayan kami sembang berlarut-larut ke tengah malam. Barulah saya tahu dia pengarah filem. Namanya John de Rantau, tapi akarnya Islam. Katanya, namanya unik – John itu nama doktor yang menyambut kelahirannya, Rantau itu nama hospital tempat dia lahir. Jadilah dia John de Rantau.
Hanya beberapa bulan selepas pulang baru saya dapat menonton filemnya, Denias Senandung di Atas Awan. Filem ini memenangi Best Movie JiFFest 2006, 3 Piala Citra FFI 2006 serta Filem Etnik Terpuji FFB 2007.

Filem ini cerita biasa yang luar biasa; yang jarang atau hampir tak pernah terfikir pun dalam kepala pengarah-pengarah filem Malaysia mutakhir. Filem ini dimainkan oleh Marcella Zalianty (Aktris terbaik FFI 2005), Albert Fakdawer, Ari Sihasale, Mathias Muchus serta penampilan istimewa Nia Zulkarnaen. Ceritanya tentang Denias, bocah miskin dari sebuah perkampungan di Papua yang ingin sekali pergi sekolah. Dia harus berjalan beberapa hari untuk sampai ke sekolah. Pelbagai cabaran terpaksa dilaluinya termasuk sekolah yang menolaknya kerana status ekonominya. Hinggalah ke akhirnya dia berjaya juga memenuhi hasrat menggunungnya untuk belajar.
Inti ceritanya menarik hingga buatkan saya terpaku untuk terus menonton – tentang masalah dunia pendidikan anak-anak luar bandar, terpencil, miskin, melarat; dan dalam konteks ini anak-anak orang asli atau peribumi. Berdasarkan kisah sebenar. Ini yang menjadikan filem ini luar biasa di mata saya (Bukan Ayat-ayat Cinta atau Ada Apa dengan Cinta). Bahkan John menjelaskan kepada saya, dia sendiri banyak menghabiskan masa yang agak lama di Papua untuk melihat dan mendalami dengan penuh erti kehidupan masyarakat di Papua. Tidak hairanlah filem ini banyak mendapat perhatian masyarakat antarabangsa kerana kesejagatan isu yang dibawakan. Oh ya, walaupun saya tidak pandai mengulas dan mengkritik filem, saya berani nyatakan sinematografi filem ini yang ditata oleh Yudi Datau sangat mempesona dan mengujakan.
Kemudian saya pun berfikir kenapa tidak ada pengarah dari Malaysia berfikir seberani John. Kalau ada, nescaya saya tidak akan perlu menonton filem luar. Saya ingin cuba berbangga dengan filem mutakhir kita (yang kononnya berwajah kita), namun malang; tak upaya saya. Bukan tidak mahu menyokong, tapi saya memang keras kepala. Selain dua tiga buah filem yang boleh dibanggakan, yang lainnya hampas. Sumpah, belanja saya ke panggung atau hadiahkan saya DVD percuma pun saya tak hendak. Dan pelakon kita rata-ratanya malas “belajar.” Bukan malas belajar untuk ke universiti, maktab atau sekolah filem maksud saya. Malas belajar untuk menjadi pemain dalam erti kata yang sebenar. Kalau dulu P. Ramlee, Nordin Ahmad, Latifah Omar, A. Rahim, Salleh Ghani boleh memberikan kita kepuasan semacam bila menonton, mengapa pula pelakon yang hidup dalam serba moden ini hanya menjadi timbunan atau longgokan sampah semata?

Sewaktu mahu berangkat, John menitipkan salam dan nombor telefonnya buat karibnya di sini – U-Wei Haji Shaari. Dia terputus hubungan dan kehilangan “jejak.” Rasanya sudah dua tahun dia terputus hubungan dengan U-Wei. Malangnya U-Wei sudah lama tidak melintas di ASWARA, dan malang juga saya bukannya karib U-Wei. Jadi titipan itu terpendam sampai sekarang (dicampur lagi dengan sifat pelupa bila bergulir dengan segala macam kesibukan). Ketika menulis inilah baru saya terfikir yang U-Wei bersahabat baik dengan abang saya, Rahimidin Zahari.
Tak apa, nanti saya bagitahu Rahimidin bila kami berjumpa, atau setidak-tidaknya dua tiga hari sekali kami akan bertanya khabar dalam telefon.
John de Rantau, di tengah-tengah;
berkaca mata berbaju hitam

9 comments:
Saya pernah hadir John de Rantau berdialog pasal filemnya di Festival buku jakarta beberapa tahun lepas. Filemnya udah ditontoni. Bahkan kami pernah buat tayangan di Pena.
abang immmm,
nanti saya kasi nombor john, titip buat uwei ya.
nanti pinjam cdnya ya..he2. lupa beli cd, asyik ingat kitchen ja mas tu...hu2.
biarkan saya sambung berkenaan pelakon di Malaysia,
bahkan jikalau menjadi pemain filem porno pun akan gagal dek kerana malas nak `belajar`
czuka,
kitchen? Menatang apa tu? Ada-adalah awak ni.
:)
awang,
porno? malas belajar? Hak hak. Awang, jom raya cina kita makan besar sekali lagi di stadium, ada balik kah?
filem macam "ada apa dengan cinta" pon pengarah arus perdana kita tak buleh nak buat, walaupun berstatus prof madya, hahaha.
filem2 yg bagus macam filem jemapoh ke manchestee, perempuan, isteri dan ...,sepet,spinning gasing, orang cakap tak berbudaya pula.padahalnya itulah filem kita wajah kita. haih!
"filem kita wajah orang" juga yang mendapat sambutan. camno tu chek wan?
Denias Senandung di Atas Awan, alangkah baiknya kalau saya juga dapat menonton filem ini. En. wan ada vcd/ DVD nya?
Terima kasih kerana e-mailkan
kertas kerja seminar SN Noordin Hassan kepada saya :D
epool,
wo mana lama menghilang?
tengah,
ni yang malas nih. cerita best je nak pinjam. Lain kali saya ulas filem porno pulalah. hik hik
tengah lagi,
ha apa lagi ko baca kertas tu.
Post a Comment