Pasca Seminar
SAYA fikir “penat” menguruskan sebuah seminar sehari, ataupun dua hari tidak ada bezanya. Perancangan harus serupa, pelaksanaan juga setara. Cuma barangkali dari segi masa sedikit pendeklah. Pun, komitmen tetap sama.
Ada beberapa perkara “jelek” yang mengekor saya sehari sepanjang seminar ini. Saya amat “payah” untuk menulis tentang puji-pujian. Yang puji-pujian selalunya saya ucap di dalam hati; selebihnya saya bersalam untuk ucapkan terima kasih dan tahniah pada semua yang membantu.
Untuk itu, biarlah catatan ini meneruskan tradisi saya menulis yang “jelek-jelek” sahaja; barangkali juga sebagai “post-mortem”. Juga sebagai panduan dan peringatan – setidak-tidaknya kepada diri sendiri.
(i)
Seumur hidup saya inilah majlis pertama yang saya laksanakan atau hadiri, perasmi majlis beritahu dia tidak “dijemput”. Mulanya hendak marah, tapi tak jadi. Saya ketawa sahaja. Kesian dengan dia. Saya pun buat bodoh, tidak rasmi pun saya percaya majlis juga mampu berjalan (walau seperti tempang).
Dekan saya gelisah. Dia mengajak saya untuk memujuk perasmi datang. Mulanya saya tidak mahu. Bukannya dia tidak tahu. Apa guna buat re-treat, apa guna lancar aktiviti tahunan, panggil orang surat khabar, terbit buku program tahunan edisi mewah? Biarlah, kata saya. Tapi saya jenis lembut hati, ikutlah punggung dekan pergi mengadap. Dekan yang bercakap itu ini. Saya seperti selalu, diam lebih baik.
Dapatlah “nasihat” itu ini. Bila hendak keluar, PAnya memanggil saya, biar dekan turun. Dia hendak jumpa saya seorang. Saya pun masuk. Ingatkan nak marah saya, rupanya tidak. Bercakap perkara-perkara lain (yang tak kena mengena dengan acara seminar), bercerita pasal dirinya juga. Saya masih diam, cukup mendengar saja.
Bila hendak turun ke acara perasmian, saya sms Zack, “Bersedia! Raja nak turun rasmi majlis naik gajah!”
(ii)
Ada beberapa lompang saya kira boleh dibaiki untuk seminar akan datang; terutama ahli panel atau ucap utama. Panggillah siapa pun yang wajar dan layak bercakap, walau tak ada sarjana. Macam Rahimidin, atau Zakir. Puak-puak tu cerdik walau bukan sarjana. Saya teringatkan Dr. Samat Salleh tiba-tiba sewaktu sesi petang. Alangkah baiknya kalau kami tak cicirkan nama dia ...
(iii)
Seronok kalau acara yang kita anjurkan ramai yang hadir. Kawan-kawan dari DBP, dari IB, UPSI pun datang. Pelajar pun ramai. Tapi saya tahu, ramai pelajar fakulti sendiri yang tidak datang. Ramainya dari Teater. Marah? Taklah! Saya dah mangli. Dah tujuh tahun saya di sini.
(iv)
Saya ingatkan sempurna, rupanya tidak juga. Teknikal hanya menyediakan peralatan sistem sahaja. Tapi sayang tak buat dokumentasi. Sewaktu acara, semua teknikal ditakdirkan oleh Allah Taala mati mengejut serentak. Pasang mikrofon dan terus hilang. Ini bukan pengalaman saya yang pertama berhadapan dengan situasi ini. Pernah sewaktu kami bawakan persembahan Putu Wijaya pun tak ada rakaman. Maklumlah, seminar, acara baca puisi, wacana, bengkel tidak penting seperti persembahan produksi di atas pentas yang “wajar” dirakam. Apa barang seminar, bro!
Tapi kadang-kadang saya diam saja, kerana faham. Mereka sangat terdera dengan segala aktiviti. 2009 ini sahaja misalnya, ada 200 lebih aktiviti di sini. Siap ada pelancaran lagi. IPT lain ada berani buat macam kami? Jadi, “dosa” teknikal ini saya gagah-gagahkan “pejam mata.”
(v)
Saya tidak akan serik untuk terus buat seminar lagi. Apa guna jadi IPT kalau setahun satu seminar pun tak boleh buat. Insya-Allah, akan menyusul Seminar Pendidikan Kesusasteraan sekitar Ogos nanti. Juga lompang sebelum Ogos nanti ada beberapa siri wacana, bengkel dan yang lazim acara baca puisi.
Terima kasih pada semua yang hadir tanda sokongan, pada kawan-kawan yang sokong secara dalaman atau pun luaran. Walau pun permulaan 2009 ini adalah tahun yang bosan saya kira, tapi ada manisnya juga.
Yang jelek-jelek selalu kita cakap dan lepaskan; biar ia pergi. Dan akhirnya, yang tersimpan ada sedikit yang manis untuk kenang-kenangan.
Nota tambahan: Saya penuh sedar bahawa tulisan saya ini boleh mengundang petaka dan karma kerana kata keras saya. Pun, saya tak menyesal. Rasa menyesal itu hanya ditakdirkan lahir untuk seorang pengecut.
5 comments:
Walau macam mana pun saya tetap kecewa tak dapat hadiri seminar ini walaupun 'seorang manusia gila glemer' yang merasmikannya...
moga-mogo di lain waktu saya berkesempatan menyertai seminar anjuran fakulti penulisan ASWARA.
Lain kali, panggil je Raja betul. Kalau nak kena jemput pun, tak pa. Daripada kena jemput mamat2 yang rasa dirinya macam raja. Ni pun kategori Bodoh macam papan jugak ka?
tengah,
dia bukan gila glemer. Dia benar-benar gila!
lut,
lan ni pun susah ramai sangat dok nyamar raja tak tau asli ka dak. susah, susah.
bodo macam papan? Hii ngeri dengaq. hak hak.
Teringat balik saat2 duka dan luka org2 teknikal tu...
Setiap kali fakulti kita buat acara...
buat kerja sambil lewa...
paling melekat dalam otak ni
masa perasmian kampus ASWARA...
Suka2 hati laki bini mak dia je
off-mic...
alasannya...
Pak Lah xnak dgr sajak2 ni...
Pergh... mampuih!
Masa tu bukan sajak tapi pantun...
Tu la nak kerja kat tmpt seni...
tapi sajak ngan pantun pun tak tau beza...
mmg buta seni... buta kayu...
Bodo macam papan!
romi,
barang yang lepas jangan dikenang kelak nanti merusak jiwa
:)
Post a Comment