80 tahun Noordin Hassan
18 Januari ini SN Noordin Hassan akan memasuki gerbang usia 80 tahun. Serentak itu, Fakulti Penulisan akan menganjurkan Seminar Pemikiran SN Noordin Hassan mengikut butiran berikut:
Tarikh: 19 Januari 2009 (Isnin)
Tempat: Dewan Orkestra ASWARA
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Terbuka untuk orang ramai hadir, tiada bayaran dikenakan. Datang saja, tak perlu daftar. Saya pasti ada ruang kosong untuk siapa sahaja yang berminat hendak hadir.
Antara pembentang kertas kerja seminar sehari ini adalah Dr. Solehah Ishak, Dr. Anuar Nor Arai, Dr. Baharuddin Ahmad, Fatimah Ali, A. Rahim Abdullah dan Rohani Yousoff. Cikgu Noordin sendiri telah menyiapkan kertasnya untuk satu sesi khas dalam keuzurannya. Jika kuat, akan digagahkan diri untuk hadir. Jika tak berupaya, teksnya akan dibacakan untuk khalayak. Jemput hadir jika berkelapangan.
Saya izinkan hebahan ini dipautkan ke laman masing-masing untuk publisiti yang lebih luas.
2 comments:
eche wan..
idea tak kuluar dari mana2 benualah!
peta oh peta!
mandala,
kasi kuluar lah. he hee
Post a Comment