Bodo macam papan
ANTARA faktor terbesar yang membuatkan saya terpaksa meninggalkan Serdang lebih awal dari jangkaan adalah kerana isteri baru selesai menamatkan KPLI dan baru diberi penempatan. Di sebuah sekolah aliran Cina di PJ Old Town. Saya bukan kisah diberi penempatan Melayu ke, Cina atau Tamil. Hatta Iban sekali pun.
Cuma terasa pelik bila kementerian yang menjaga hal-hal sekolah menyimpan rahsia tempat penempatan, hinggalah hari para cikgu melapor diri – terima surat dari pejabat sekolah negeri; kemudian pergilah isteri saya ke sekolahnya diberi penempatan untuk melapor diri. Sangat pelik, dan bodoh tentunya. Bukan setakat kementerian jaga sekolah yang bodoh, saya sendiri pun jadi bodoh.
Saya kira bernasib baik kerana ada di Serdang, penempatan isteri pun di Selangor. Bayangkan yang datang dari Perlis, Johor bla bla bla, datang lapor diri di pejabat negeri baru tahu sekolah mana tempat bertugas. Ada rakan saya dari Kelantan turun ke Johor untuk lapor diri dengan terkebil-kebil kerana tak tahu di mana sekolahnya. Rumah nak kena cari, sekolah anak nak kena urus bla bla bla. Macam sudah tak ada otak orang–orang yang jaga kementerian sekolah ini. Walaupun dikira agak bernasib baik, saya kira tindakan ini memang menyusahkan saya, dan sepanjang awal Januari ini mulut saya memang penuh dengan sumpah seranah.
2 Januari isteri saya lapor diri di Shah Alam, petangnya terpa pula ke sekolah di PJ Old Town. Rumah belum sempat cari. Dua hari berkira-kira tak mahu pindah, tapi bila kenangkan Serdang ke PJ bukan macam Pokok Sena ke Kuala Nerang, saya tekad mesti pindah. Minta tolong kawan-kawan tolong carikan rumah. Saya sendiri pun pusing sepanjang dua tiga hari itu untuk cari rumah. 5 Januari isteri saya sudah mulakan tugasnya sebagai guru, rumah belum dapat. Saya hentam cuti seminggu. Paling jengkel, anak belum daftar sekolah, walaupun cuma tadika atau taska.
Hari ketiga baru dapat dan terus pindah rumah. Anak saya masuk sekolah sesudah empat hari sekolah dibuka. Itupun dah penuh, pendaftaran sudah ditutup. Saya merayu dengan alasan baru pindah, nasib baik cikgu taska ini terima. Segala-galanya harus selesai dan serasi dalam seminggu. Sekarang sudah dua minggu saya pindah, hati masih tak serasi, jiwa masih bengkak dengan tindakan kementerian jaga sekolah. Salahkah kalau diberitahu lebih awal sedikit untuk bakal guru membuat persediaan awal? Kami pun bukannya nak sekolah yang betul-betul depan pintu rumah sangat pun. Cuma, bagitahu awal, dan orang boleh bersedia.
Waktu lapor diri, isteri saya bilang guru besar ada bertanya, You boleh bahasa Mandarinkah? Isteri saya menggeleng. Guru besar bertanya, habis mengapa You minta datang sini? Oh! Saya tak tahu adakah soalan ini betul-betul jujur atau betul-betul ada rasa perkauman. Isteri saya mengawal darah Tok Janggutnya (isteri saya orang Pasir Puteh tahu), dan beritahu bukannya niat dia pun nak mengajar di sekolah Cina. Kementerian jaga sekolah yang hantar, dia ikut saja. Jadi cikgu tak boleh berkira mengajar Iban, Dayak, atau India.
Memang saya sambut 2009 dengan penuh rasa berbulu dan jengkel pada kementerian jaga sekolah. Walaupun sekarang isteri saya di bawah telunjuk mereka. Sudahlah bodo macam papan dalam membuat keputusan menetukan nasib bahasa Melayu dalam PPSMI, ini pula bodo macam papan sekali lagi dalam menempatkan bakal gurunya. Apa, ingat semua manusia ni enjin ke, tak ada perasaan? Isteri saya memang cuba bertenang sepanjang tempoh ini, tapi sayang dia gagal menutup rasa murka saya.
Kawan-kawan, dapatkah tuan-tuan rasa apa yang saya rasa?
22 comments:
apa ke jadahnya kementerian gitu?
saya pun tak tau lah... napelah makin teruk kementerian skrg ni cam tak bleh pikir masalah dan kesukaran org langsung....
Terlebih rasa dah pun.
Kementerian ni mmg suka buat keje senang dek dia je...
orang lain depa tak pkq...
Saya pun pernah terkena...
baru je lagi...
tapi bukan sayala...
abang ipar punyer kes...
sama macam kes isteri en wan.
Umah kat Rawang...
posting kat PJ
lapor diri kat bla bla bla...
khusus kat bla bla bla...
sudahnya kesian tgk anak bini dia...
jumpa muka laki pun susah!
Kementerian ni patut diberi kursus khas tentang hal kemanusiaan agaknyer....
Itu puak-puak memang haram bejadah tak ada otak. Ini kisah adik pakcik sendiri, dok sarat mengandung dihantar mengajar kat Kundang Ulu, entah ulu Muar mana, sedangkan lakinya sejak dulu warden penjara dekat Pengkalan Chepa. Dah isi borang nikah pun tak reti bahasa juga. Memang celaka punyalah.
tengah,
bodo macam papan!
romi,
bodo macam papan!
Abe Im (oh lembu-lembu berterbangan),
komen abang membuatkan adik bertambah murka.
nasib baik mak ngan abah aku pencen cekgu tak lama lagi.
sian abah asyik kena tukar sekolah je sejak 2-3 tahun ni.
sapa suruh terang terang baca harakah kat sekolah.
kahkahkah. tabik sama abah!
semut,
dari menteri sampai orang bawah kementerian jaga sekolah semua bodo macam papan.
salam sorong papan tarik papan,
bodo macam papan ini datang dari sikap ego.nak tunjuk jaguh dan tunjuk kuasa.
apa kata jikalau kita adakan iket di hadapan kementerian ini kita bawa kasut buruk dan punggai atau tenggalung kat depa.ada berani ka?lps solat jumaat ini hah ada berani ka benuasuluk,ha?
saya sangat paham perasaan saudara kerana saya juga hampir senasib dengan isteri saudara dan saya juga rasa apa yang saudara rasa sekarang ni.harap2 ada orang kementerian baca blog saudara ini dan melakukan perubahan pada tahun hadapan.
Wan,
keMENTERIan - memang jaga menteri sajalah!
Bodo mcm papan?Sopan sangat tu...hehe
awang,
lepas solat jumaat dah biasa sangat. Apa kata kita buat sebelum solat jumaat. Agak-agak depa keluar dari lif nak pi semayang kita tengalung ler cukup cukup. Hak hak.
syahrir,
terima kasih kerana memahami, dan terima kasih kerana singgah di sini. Ya, saya pun harap ada orang dari kementerian jaga sekolah (yang selalu bangunan runtuh, makmal komputer runtuh, bangunan sekolah tak siap bla bal bla cium keris macam papan) tersesat masuk ke sini, membaca, dan balik buat report kat bos-bos kementerian jaga sekolah yang macam papan.
rai,
bodo macam papan adalah peribahasa baharu untuk 2009. Hak hak.
Tuan syeikh Benuasuluk,
Apa marah-marah ni? Tak baik tau!
Berdosa. Lain kali kalau nak marah ajak hambo sekali.
Puiiiih, pu** mak, baruah, bodoh macam tahi babi, gatal, sundal, buaya kerajaan langit, gila botol dan macam-macam lagi. Kalau tak puas hati, nanti hambo taruk lagi kaw-kaw punya....
Hehehehe; masya-Allah.
sahibul samahah syeikh sham,
apa tak cukup ketat ke bodo macam papan tu sampai tambah-tambah?
1. bodo macam papan
2. bodo macam tahi babi.
ya murid2 sekolah, bulan ini kita sudah belajar dua peribahasa baharu. Hak hak.
inilah yang berlaku apabila sesuatu bangsa menempatkan pencuri sebagai pengerusi atau menteri.
-anak murid sham al-johori,UM
anak murid sham,
jawablah nanti di negeri abadi segala papan yang bodoh.
Benua Suluk: Mereka yang Sdr sebut tu bukan setakat bodoh. Tetapi babi yang pekak dan tuli. Atau anjing yang suka kencing atas kubur mak bapak dia. Mereka ingat kuasa yang ada sejemput itu macam tangkal hikmat yang boleh mereka pegang sampai mati. Memang celaka dan haram jadahlah orang yang berlagak dengan kuasa begitu.
Kepala hotak dia saya terpaksa laksanakan tugas. uba kalau anak dato atau menteri?
sdr. satira,
ada benarnya cakap sdr. Kita yang kedana dan selekeh ini tadak apa pun di mata mereka. Mereka selalu lupa kuasa yang ada cuma sementara. Dan hidup pun tidak abadi.
Wan,
Benarlah, marahlah sepuas hati, puak yang jaga Sekolah, Jaga Cikgu tue semua memang kelaku depa lagu tue dah, dulu kat sekolah paling tinggi boleh jadi Guru Kanan HEP/Papan, bila dapat pie duduk kat kementerian boleh cium tangan Menteri sekali sekala habih semua orang dia buat huru hara, kira macam power gila lah bila dapat susahkan orang...mampuih..
adi,
di negeri abadi nanti aku akan sepak puak-puak ni jatuh terjunam
amboi marah benar ni
kan dah tak cmey marah2
ke marah2 ada tanda mau dapat baby baru ni...
hehehehe--
rezeki 2009
bapanya pembawa budak kot..
Sabarla..apakata encik wan tulis kat suratkhabar
masalah macam ni
bukan semua org faham
ttg posting2
org yg terkena je
jadi kalo tulis akademik sikit(bodo macam papan tu padam)
hehehe
hantar le memane
kot a
ade pegawai perhubungan awam kementerian boley explain
farah,
baby? tarak lagi. Hakhak.
Padam bodo macam papan? Sorry, dah memang macam papan.
bodo macam papan.
bodo nak mampoih.
bodo piang.
denanz,
wo mana pi hilang, senyap ja.
Ya, ya, bodo piang. Saya lupa pula perkataan asli kita tu. kalau tak sah-sah boleh guna bodo piang. hak hak.
Post a Comment