Tuesday, January 13, 2009

Dua Cerita Awal Semester

MINGGU ini saya baru mulakan kelas, walaupun sepatutnya sudah mula pada minggu lepas. Semester ini saya masih kekal dengan dua kursus. Itupun dah tak tertanggung rasanya. Beban di sini tak sama macam beban pensyarah di Universiti, macam Haji Shamsuddin misalnya. Sini lain sikit, semua kerja penyelaras (pensyarah?) kandar. Saya bentangkan dua buah cerita awal semester berkaitan dengan pelajar-pelajar saya. Bukan nak kutuk depa, tapi untuk ingatan kepada saya sendiri.

(i)

Saya didatangi oleh pelajar saya, saya menjadi penyelianya untuk projek Penilaian Tahun Akhir. Bertanyakan pandangan saya. Pelajar ini sedikit “matang” saya kira, dan barangkali mendahului kawan-kawannya dari sudut itu. Ceritanya dia hendak mendaftar satu kursus sebagai elektif - berkaitan kritikan persembahan. Bila ditanya kepada pensyarahnya, pensyarahnya menjelaskan sepanjang semester, dia hanya akan menggunakan Teori Formalistik sahaja bagi menilai sesebuah persembahan. Teori lain dia tak akan ajar dan tak akan guna.

“Kenapa?” soal saya.

Takut pelajar lain yang ambil kursus ini sebagai teras tak mampu pikul teori lain.” Jawabnya.

“Wah! Mudahnya menjadi pelajar di sini. Ke pensyarahnya yang tak boleh pikul teori lain?” Balas saya. “Habis, nak nilai eksperimen macam mana, yang macam teater fitrah macam mana? Boleh ke Formalistik pikul segala-gala? Terjun lombong budak-budak nanti!” Sambung saya lagi.

“Macam mana Enche Wan?” soal pelajar saya ini.

Seperti biasa, jawapan saya selepas itu panjang berjela.


(ii)

Saya baru habis kuliah. Seperti kuliah-kuliah sebelum ini, saya selalu membawa masuk bacaan tambahan, terutamanya karya sastera – dan pastinya yang tidak atau belum dibaca oleh mereka. Kuliah saya kalau tak muntah pun, pada pertengahan semester nanti saya akan buatkan mereka hampir muntah dengan bahan bacaan. Hari ini saya bawakan cerpen, agak lama karya Baharuddin C.D.

Sahih nama Baharuddin C.D. ini memang asing dan janggal pada pelajar saya. Tapi, yang terkeluar daripada mulut dua orang pelajar kelas ini membuatkan saya betul-betul asing dan janggal pada mata mereka.

“Ini kali pertama saya baca cerpen.” Pelajar yang pertama, lelaki menjelaskan. Kacaknya macam Amir Sofaz.

“Hmm, saya pun sama.” Sampuk pelajar perempuan, di sebelahnya. Anggunnya membuatkan saya lupa pada Memey.

Oh ya, mereka ini pelajar tahun dua, diploma. Kawan-kawan mereka yang lain ketawa bila saya seolah-oleh terkejut. Tahun dua, baru hari ini berkenalan dengan cerpen?

Hari ini, saya betul-betul menjadi lelaki asing di hadapan mereka.

9 comments:

Anonymous said...

salam sejahtera,

apa punya turrrrrrrr!!!semua budak pakai ambil jadi `student`jerk tak tapis langsung.
ASWARA lingkup lah ASWARA.

adiratno said...

Macam mana boleh terlepas budak-budak macam nie Wan, takkan setakat nak bagi penuh kerusi Dewan Kuliah saja kot?

benuasuluk said...

awang,
jangan salah paham. Cerita yang (i) itu budaknya baik dan bagus. Hanya aku pelik kenapa mutakhir ini ada pula pensyarah yang juga berkelakuan pelik. Budak2 yang dalam cerita (ii) itu bukan takat kat aswara ja, kat buniversiti lain pun berlambak.

adi,
dulu-dulu, aku selalu salahkan "kementerian sekolah" kerana depalah sistem pendidikan negara hancur lebaur, dan budak2 hanyut bila sastera mula terbenam di sekolah. Tapi bila dah masuk ke sini pun masih tak mau berubah, apa boleh buat. Ibarat kata arwah Othman Puteh bukan salah ibu mengandung, memang nasib celaka badan.

Romibaiduri Zahar said...

Tak sangka masih ada yang tak kenal cerpen...
kalau tanye kenal memey tak...
mesti ramai yang angguk...
tak gitu?

benuasuluk said...

romi,
ntah saya pun tak kenal memey, main sebut je. Hak hak.

Romibaiduri Zahar said...

isk isk...
luar biasa betul pengakuan!
Kagum saya...hehehehe :p

Sari Dahlia said...

amboi2, dah ada pelajar baru dah, macam sofaz lah, macam memey lah.

benuasuluk said...

romi,
:)

czuka,
:)

HadSha said...

en wan, kalau mcm nih, susahla nak carik perintis.. paling tidak seperti jasmina atau k.lenny...