Menjadi Penyair Palsu
TIDAK pernah saya percaya sebelum ini, saya akan mencintai seni seterusnya cuba-cuba bergelar penyair. Semuanya atas rasa percaya dan minat yang tumbuh tiba-tiba dalam diam yang sangat tajam. Lalu, saya pun tercebur dalam arena ini; penuh minat dan penuh erti. Adakala, antara pasang dan surut; sunyi dan geger; saya pun pelan-pelan kayuh ke ruang puisi. Di benua puisi, saya temui rasa jernih. Saya selalu percaya puisi adalah terapi batin yang sangat sempurna.
Tidak pernah terfikir saya pada suatu hari ketika cinta saya kian kukuh; dan Tuhan telah berikan saya satu iltizam serta penuh rasa percaya pada jalan yang dipilih, saya akan dihina sedemikian rupa. Pada satu pagi yang jernih, betul-betul ketika dhuha, saya dihubungi seseorang. Yang saya kenali, yang boleh memerintah, yang boleh membeli apa saja kecuali nyawa.
Hajatnya besar. Suaranya lunak, penuh harap dan meminta pertolongan. Tak ada kata perintah atau arahan. Saya dipohon menulis sebuah puisi untuk memuji-muja kebesaran seorang tokoh. Yang sudah tiada. Yang banyak berjasa pada tanah air. Itu biasa dibuat orang.
Yang jeleknya, puisi itu hendaklah ditulis mengikut kaca mata si anak; yang juga seorang tokoh besar, dan tenar tentunya. Dan akhirnya sekali, sah-sah puisi itu akan ditulis atau disebut orang bahawa si penulis untuk puisi itu adalah anak sang tokoh itu; bukannya diri saya. Tersentak saya bukan main. Puisi itu kononnya untuk Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) yang akan menjadi Guru Besar bila Guru Besar sedia ada sekarang yang kuat tidur akan bersara pada Mac nanti. Jadi, kesimpulannya puisi itu untuk bodek, untuk survival.
Dan begitu senang sekali kalau puisi yang saya tulis itu, nantinya akan disebut sebagai karya bakal Guru Besar itu; bukannya karya saya lagi. Dan puisi itu tentunya nanti akan jadi karya maha agung, seperti puisi Melayu Mudah Lupa, atau seburuk puisi Kucari Damai Abadi yang tak pernah ketemui apa yang abadi. Dan rancangannya yang lebih besar, dia mahu lagukan puisi saya itu. Bukan, bukan puisi saya. Puisi Bakal Guru Besar itulah. Oh, mengapa saja tidak kau tembak kepalaku?
Begitu murahkah harga menjadi seorang penyair? Saya tahu, sudah tentu saya tidak akan dibayar satu sen pun nanti untuk menulis sebuah puisi yang memuji-muja “bapa saya” itu. Kerana boleh dikategorikan sebagai tugas hakiki. Tapi bukan sekadar soal bayaran yang saya fikirkan. Soalnya ini pendirian saya, pegangan saya, maruah saya; dan lebih jauh dari itu ini cinta saya! Saya bukan dilahirkan untuk menjadi penulis upahan.
Lebih baik saya tulis puisi perihal ayah saya sendiri. Banyak yang tak tercatatkan tentang ayah saya. Saya pun sedang dukacita sekarang, ayah saya jatuh di kebun, dan pangkal buku lalinya patah. Oh, yang sedang terlantar itu baru ayah saya! Ayah saya bukan orang ternama, bukan pemimpin tersohor. Ayah saya hanya jakun kampung, sekolah atap sampai darjah enam sahaja. Bukan belajar di London.
Saya benar-benar sedang sendiri di sini. Betul-betul sendiri. Dan kadangkala kesendirian itu akan membuatkan kita menjadi murung, menjadi marah, menjadi runsing, menjadi galau – dan lebih parah lagi kalau semua ini membuatkan kita rasa menyampah kepada diri sendiri, rasa menyampah pada persekitaran kita, rasa menyampah pada alam kerja kita. Oh ya, di sini, di tempat saya, bakat serta kebolehan orang bawahan hanyalah umpama gumpalan buih yang tak ada harga.
Januari ini benar-benar menguji tahap sabar saya. Dan perkara inilah – menjadi penyair palsu, adalah kemuncak kepada kemurkaan saya sekarang.
.
.
.
.
.
.
.
Heyy kamu-kamu yang berkuasa, ambil senapang, dan letupkan saja kepalaku ...
13 comments:
Sdr RH: Jangan biar atau izinkan mereka letupkan kepalamu. Yang bodoh adalah mereka, kenapa mesti kauhukum dirimu pula. Kautahu? Aku jadi pemarah dan mulai membentak kerana perkara beginilah yang aku alami sudah lama dahulu.
Tetapi percaya tidak? Orang nampak kau yang kurang ajar tetapi orang yang lebih kurang ajar, yang menghina dan memperbudak-budakkan kau atas nama kerusinya, tidak pula dikatakan jahat atau digelarkan sebagai babi.
Mana adilkan? Tetapi adil atau tidak, kita kena teruskan hidup dengan cara kita sendiri.
Yang lain itu, pergi mampos sahajalah.
Betulkan?
Satira + Kacau
Wan,
Orang plagiat karya aku,aku boleh sabar lg.Tapi kalau kena jadi penulis upahan ngok ngek mcm ni,baiklah aku duduk rumah diam2 tgk Popeye.
Paling aku geram masa sorang hamlau Kebudayaan nak bersara, aku dihubungi oleh budak PA dia (budak ASK la tu) suruh aku tulis sajak puji2 org tua tu.Dlm masa setengah jam lg nak hantar kat bos.Bila kata tak boleh, dia merayu 'takkan takde,kak?buat simple2 je...'
Hamlau berganda-ganda!
lu jual la puisi lu tuh dengan harga RM25 juta jangan jadi bangang sangat.kahkahkahkah...tapi klu diaorang nak beli lah dengan harga RM25 juta kalau minta kurang seringgit pun jangan kasi huhuhuhu.
Langit cerah disimbah mentari,
Langit disigai rasa beruntung;
marah-marah menyala api,
Jangan smpai lemah jantung.
TULIS yng bodoh2 sudah
yang tak sedap, SAJAK BERCAKAP--
kerja selesai
lepaskan saja batuk di tangga
hahaha--
Sdr. Satira,
terima kasih. Sdr. telah memberi saya sediit "ubat penenang"
Rai,
Aku juga sudah berkira-kira untuk duduk rumah tengok Popeye & Wonderpets.
awang,
aku sudah masuk ke tahap wang bukan segala-galanya dalam hidup.
farah,
tak ada puisi yang ditulis bodoh-bodoh.
Deme orang Bota kan? jangan buat bodoh macam YB deme.
pemimpin palsu
sedang mengacau2 negeri ku...
oh politik pemimpin pemimpin politik
bilakan mau jernih!
Kepala orang tua tu yang patut ditembak sampai berkecai!
Kalau ada kepala otak pun cam kotak tak guna jugak, baik tembak saja.
Mandala,
kamu patut berjihad!
tengah,
saya upah kamu tembak, boleh? Upahnya senaskhah buku pilihan kamu sendiri.
:)
marah biarlah terarah.
rungsing biarlah terasing.
fikir biarlah terukir....
sdr. z-may,
tolong nyatakan marah sepertimana yang harus terarah?
tolong jelaskan runsing sepertimana yang harus terasing?
tolong tunjukkan fikir yang bagaimana yang perlu terukir?
tk singgah ke sini.
rainrose,
terima kasih kerana berkongsi rasa. Sokongan-sokongan sdr. semua menjadikan saya kuat kembali...
~Huhuhuhu.... tetiba terpadam pulak komen tu... tak pe janji en.wan dah bc...
Post a Comment