Tuesday, February 10, 2009

Oportunis

I

BAYANGKAN begini: bagaimana rasanya bila selalu sahaja saudara berhadapan dengan oportunis? Dan, si oportunis itu adalah orang yang boleh menyuruh saudara dan kawan-kawan saudara itu ini. Kadang-kadang dalam tak sedar, ia telah banyak kali melukakan hati saudara. Tanpa dia sedar. Dan yang anehnya, saudara sahaja yang selalu tersedar. Dan bayangkan setiap kali perasaan saudara tergugah, seperti sebatang paku melekap pada dada saudara. Setelah agak lama, semakin saudara sedar pada dada saudara sudah begitu banyak paku terpacak.

Si oportunis tidak pernah fikirkan tentang saudara. Apatah lagi untuk fikirkan tentang paku-paku yang telah dia “hadiahi” pada saudara. Dia hanya fikirkan tentang temboloknya, tentang mataharinya, tentang bulannya, tentang masa depannya, tentang kerusinya, tentang kuasanya, tentang ... tentang ... tentang ... bahkan hingga kadangkala membibitkan rasa ngeri pada saudara. Pun, saudara cuba untuk bertahan. Soalnya lama mana mampu?

Dan saudara, walaupun tidak hendak menjadi golongan oposisi, tetapi saudara juga tidak mahu menjadi golongan penghiba. Setiap waktu, saudara hanya melihat darah pada bekas tusukan paku-paku itu ...

II

BAYANGKAN begini: sahabat yang selalu akrab dengan saudara, yang memahami peribadi saudara, yang mengerti pendirian saudara, yang pernah berkongsi rasa dan erti dengan saudara, yang adakalanya menjadi tempat rujukan pada saudara, yang ada waktunya menjadi tempat saudara menyandar bahu, tiba-tiba hari ini dia bertindak dan berfikir seperti seorang oportunis.

Saudara tidak marah padanya. Saudara tidak menegurnya. Saudara hanya melihatnya. Bahkan, saudara hanya memilih untuk diam dan tidak bersuara. Hanya tiba-tiba saudara sedar, setiap ketika saudara berdiam diri itulah dua batang paku telah terpacak pada dada saudara.

Sahabat saudara si oportunis ini tidak merasa aneh bila berhadapan dengan saudara. Bahkan dia sedikit pun tidak melihat keanehan yang ada pada dirinya sendiri. Setiap ketika berhadapan dengan saudara, reaksinya seperti tidak ada apa-apa. Apatah lagi untuk fikirkan paku-paku yang telah dia “hadiahi” pada saudara sebagai sahabatnya. Dia hanya fikirkan tentang mataharinya, tentang bulannya, tentang ... tentang ... tentang ... bahkan hingga kadangkala membibitkan rasa ngeri pada saudara. Pun, saudara cuba untuk bertahan. Soalnya lama mana mampu?

Dan saudara, apakah ingin menjadi golongan oposisi pada sahabat saudara itu? Di hati saudara, saudara sayangkan satu ikatan yang saudara sandarkan pada keikhlasan, kejernihan dan kepercayaan bila bersahabat. Dan saudara pun membiarkan dua batang paku akan menusuk dada saudara setiap ketika. Pedihnya berlebih-lebihan ...

10 comments:

Anonymous said...

intan terpilih di dalam peti,
Alas berkait emas tekat;
Luka boleh diubati,
Setiap penyakit ada ubat.

Kadang-kadang bila kita berbuat baik,
org pijak dan kata kita oportunis,
tapi janganlah kerana itu kita memilih jadi jahat.
Kadang-kadang bila kita berjaya, kita akan dapat musuh sebenar dan sahabat palsu, takkan kerana itu kita tak mahu berjaya; masih kita perlu jadi berjaya.

Bak kata Abu Hassan Morad, dalam JULIA- Biar apapun kita lakukan, jangan mengalah.
Bertahan, pun bukan bermakna kita kalah-
take k inche wan

Romibaiduri Zahar said...

sudah tak terkira bilangan paku yang tertusuk di dada,
Insya-Allah,
demi sebuah ikatan biarlah paku-paku itu terbenam sendiri...
kalau satu hari nanti paku itu beranak-pinak pulak,
apa yang boleh saya katakan...
tiada jaminan untuk hari esok,
begitu juga dengan ikatan yang satu itu,
biar masa sahaja menentukan...

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

Kalau kita membilang berapa banyak paku yang tertusuk pada kita, kita juga yang terasa sakitnya padahal tukang pahat sedikit pun tak pernah rasa sakit mahupun terkesan.

Biarkan saja luka itu terdedah sendiri, nanti satu hari orang lain juga dapat melihat betapa kejamnya 'dia.'

Anonymous said...

wah kawan2 semakin mahir menjadi sasterawan..
shy
jiha..
......
menebak dan membaca kisah..

benuasuluk said...

farah my dear,
adik habiskan dulu pengajian. Besok di alam kerja adik akan tahu betapa politik tempat kerja (pejabat) itu sama buruk dan sama hinanya dengan politik di luar.

benuasuluk said...

romi,
sendirian membilang paku, adakalanya seperti ...

tengah,
kadang-kadang sendirian tak mampu kita sendiri menjadi pengubatnya. Errrr, boleh sdr. "hantarkan" saya seorang nurse? Huk huk.

afna,
menebak dan membaca kisah ... boleh jadi autobiografi. atau memoir. Tak pun seperti membuka pekung.

benuasuluk said...

farah,
tambahan: ... dan juga politik kawan-kawan...

Anonymous said...

arghhhhhhhh.....
setahun dalam kekecewaan!!!
anak haram punya pelajar tingkatan duaaaaaa!!!

benuasuluk said...

awang,
jom balik beli tanah, kita bukak ladang. Kita bos, kita kuli, kita pelajar tingkatan sendiri.

Anonymous said...

Belum membanting peluh, darah dan nanah di alam pekerjaan pun orang2 selalunya akan tahu yang betapa politik tempat kerja itu sama buruk dan sama hinanya dengan politik di luar. Malah, politik di mana2 pun sama saja!