Malam Genta Puisi ASWARA-PENA Kembali
Tarikh : 31 Disember 2008 (Rabu)
Masa : 8.30 malam – 12.00 tengah malam
Tempat : Anjung Beringin ASWARA, 464 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
Taukeh Panggung : Masih lagi Benuasuluk & S.M. Zakir (untuk sebarang pertanyan dan maklumat lanjut)
Antara penyair-penyair undangan: SN Muhammad Haji Salleh, Dato’ Baha Zain, Malim Ghozali PK, Zaen Kasturi, Khalid Salleh, Ibrahim Ghaffar, Ahmad Razali, Tenas Effendy, Marzuki Ali, Rasanubari Asmaramah, Zurinah Hassan & Siti Raihani, Raja Rajeswari, Nazmi Yaakob, Nasriah Abdul Salam, persembahan dekon khas PENA (Rahimidin Zahari, Saleeh Rahamad, Amiruddin Ali, Shamsuddin Othman), persembahan kebudayaan Sabah Onie Latiffah, penyanyi lagu puisi kumpulan MASKARA dan ramai lagi tetamu undangan gabungan generasi lama dan baharu yang akan hadir. Selain itu, ada persembahan monodrama ASWARA, kumpulan ASIKA, kumpulan lagu puisi Radio Usang, penyair “genit” dan penyair “gendut” ASWARA serta ramai lagi.
Ini adalah program yang cuba dijadikan acara tetap dalam kalendar Fakulti Penulisan ASWARA dan PENA sejak bermula pada 31 Disember 2007 selagi taukeh panggung masih masih setia bersama institusi masing-masing atau sehingga kami masih hidup. Kemuncak acara, pada tengah malam kita akan potong pulut kuning beramai-ramai, bukan tembak bunga api sebagai tanda syukur menyambut tahun baharu masehi.
Terbuka untuk khalayak, boleh hadir tanpa bayaran - sambil menikmati puisi-puisi menjelang tahun baharu, boleh makan-makan, bersantai, bersembang dengan kawan-kawan, bertegur sapa dengan kawan-kawan yang lama tak jumpa, boleh bertegur sapa dengan kawan-kawan baru. Tak payah pergi tengok bunga api di Dataran Merdeka pun tak apa. Bukankah sambutan-sambutan dengan aneka bunga api hanyalah penuh dengan percikan api yang sia-sia dan sementara saja? Datang sini lagi baik. Di sini percikan dan baranya mungkin lebih abadi daripada bunga api.
Jemput hadir beramai-ramai, dan boleh pautkan hebahan ini ke blog masing-masing untuk publisiti yang lebih luas dan meriah.
Terima kasih.
p/s - psssttt 4 jejaka pemegang bunga manggar PENA tu, apa dekon yang nak dibawa mereka nanti, ya?
10 comments:
Insyallah kalau tak ada aral melintang saya datang...
slam puisi,
psstt,psstt....saudara pyanhabib dan a.latif mohidin tak dijemput sama?
kampung tengah,
datang le
awang,
lain kali aku panggil depa. Latif dah lama tak muncul
Siapa agaknyer 4 jejaka tu ye?
InsyaAllah, bala tentera kami yang satu ni akan bersama-sama menyemakan diri di ASWARA....
romi, datang kalau nak jumpa 4 jejaka tu.
Hang tak update ka senarai jemputan?Atau aku termasuk dalam senarai 'dan ramai lagi' tu..?
Hint!Hint!
rai,
dah edit dan tambah sikit bila dah sit down meeting ngan Pena tadi. Kalau ada lagi yang teringgal tu, minta mahap lah ye, anggaplah senarai dan ramai lagi tu. Apa ingat tak penting ke ayat dan ramai lagi tu? Tu dah kira semiotik tuh. Hak hak.
ish ish ish...
misterinya...
ni yang buat saya tak sabar nk datang memeriahkan majlis....
romi,jangan cakap aje. datang le kalau berani.
:)
e'eh....
saya tak cakap kalau tak berani...
sebab beranilah saya cakap...
tunggu je kedatangan kami bertiga...
si konta-kente ask...
Post a Comment