SEJAK anak-anak buah saya berangkat ke Tanjung Pinang, Indonesia minggu lepas, saya rasa gelisah. Mereka menyertai Lomba Pantun sempena program Revitalisasi Budaya Melayu anjuran Walikota Tanjungpinang. Sebagai orang yang paling hampir dengan mereka, dan dalam masa yang sama menjadi pembimbing kepada mereka, sepatutnya saya yang harus pergi. Tetapi atas beberapa gendala, digantikan dengan pegawai pengiring yang lain.
Saya pernah bawa mereka bertiga ke Jakarta pada April lalu juga menyertai lomba pantun. Tiada kejayaan dicari dan tiada juga kejayaan yang diraih. Cukup sekadar menimba pengalaman di tempat orang; selain untuk berkenal-kenalan dengan rakan-rakan dari tetangga. Cuma satu wakil Malaysia
Seharusnya seminggu mereka di sana. Masuk saja hari ketiga, panggilan telefon dan sms bertalu-talu saya terima daripada mereka - siang dan malam. Meminta bantuan pantun tambahan. Rupa-rupanya, sedikit berbeza dengan aturcara di Jakarta dulu. Di Tanjungpinang, lomba pantun dibuat seperti perlawanan liga. Ha ha patut kelam kabut semacam budak-budak nih, rupanya tak cukup pantun. Kalau 10 pasukan bertanding, mau tak perlu 30 rangkap pantun jual. Bukankah susah kalau pegawai pengiring tak dapat “membantu” budak-budak yang masuk bertanding. Saya ingat dulu, semasa di sekolah cikgu yang mendidik tim pantun, cikgu itu yang mengiring pelajarnya ke gelanggang pantun. Bahas pun sama. Debat pun sama. Forum pun sama. Kalau ragbi cikgu ragbilah. Tak pernah saya dengar team ragbi sekolah dipimpin oleh cikgu ekonomi rumah tangga. Ha ha ha.
Takpa, saya anggap bukan rezeki saya untuk iringi mereka. Pun, mereka telah bikin kejutan di sana. Mereka pulang sebagai naib Johan, tewas hanya beberapa mata saja pada grup dari Serdang-Berdagei. Hadiahnya bukan sedikit, lumayan gila. Tujuh setengah juta rupiah. Ha ha. Orang Kedah cakap banyak nak mampoih. Sekarang ada tiga pelajar ASWARA sudah jadi jutawan. Kaya nak mampoih. Bila saya acah nak claim satu pantun saya 500 ribu, semua terdiam, sengih-sengih malu-malu. Anu, anu, anu, ceh dengan tok guru pun nak berkira.
Apapun, tahniah untuk Azreen, Fairuz dan Sari. Kamu bertiga membuatkan saya cukup berbangga. Kamu juga membuatkan ASWARA tumpang gembira. Selamat kembali. Sepanjang ketiadaan kamu, terasa seperti jantung saya berhenti berdegup. Terasa seperti porak peranda atur hidup saya. Terasa seperti saya ada bersama kamu. Terasa seperti saya patut pergi je ke Stulang Laut ambik feri guna duit sendiri pergi ke Tanjungpinang.
Jauh di hati, terasa “anu” itu selalu ada ...
13 comments:
salam sejahtera,
pertamanya saya langsung tak membaca isi kandungan ayat-ayat saudara.bukan tak berminat ada dua faktor membuatkan saya terpana iaitu pada gambar.
saya terpana pada si gadis berbaju songket warna biji rgemia atau ungu itu.siapakah gadis itu takjub saya melihatnya.sepatutnya bukan saudara yang diapitnya tetapi saya.kerna apa saya yang seharusnya?
hoiii wan mana p tengkok hang(layhiaq hang p mana kahkahkahkah)nak cekik pun susah lagilah nak sembelih.hehehehe....macam mana si gadis berbaju songket ungu tu nak gigit tengkok hang kahkahkahkah.ba hak hak....
awang,
Hang memang durjana. Bedebah betoi.
Tahniah buat fakulti Penulisan. Hidup pelajar penulisan!!!!!
Kampung Tengah,
Terima kasih. Tengok, orang persatuan PE'POEN pun boleh berjaya tau.
:)
~ terlebih dahulu, tahniah kepada kawan-kawan yang menaikkan nama ASWARA terutamanya nama fakulti penulisan... wah... dalam diam-diam, rupa-rupanya dalam diri pelajar ini tersembunyi sesuatu permata yg sangat bernilai... dan tahniah juga pada En. Wan yg berjaya mengilap mereka menjadi lebih bersinar dan bercahaya.... ~
Rainrose,
terima kasih. Juga terima kasih kerana selalu berkunjung ke sini. Agak2 siapa sdr. ya, adakah saya mengenali?
Wan,
Aku P elajar T ingkatan E nam, SMDSO teringat masa hang di apit kat kelas Pra dulu. Kita pi lawan pantun ngan budak Rodziah...masa tue kalah, tapi hang memang terer, aku salut la bro.
Awang,
Kalau hang nak kepit-kepit, balik Aloq lajak naik Black Wood Hill, masuk seberang, Guntin Rambut sana, dia gunting sambil naik atas hang...hah..hah..hah
Adi,
aku pun masih ingat - hang, aku, Maksu, suzy. Mana pi Suzy la ni? Nasib baik masa kalah tu suzy ada auuwwwww. Aku pun salut kat hangpa sampai la.
Black Wood Hill? Hak hak.
Adi, rasa aku kita bukan kalah dengan budak Rodziah. Budak Asma aku rasa. Ada sorang yang cun yang dok main-main mata. Ceh pelemah jantan betoi.
Amboi, bertuahnya 3 gadis tu dapat jadi wakil untuk Malaysia(ASWARA).
Tahniahlah diucapkan terutamanya pada e.wan... mesti sejuk perut en.wan kan tengok anak didik berjaya menjulang kemenangan....
Terjauh hati pulak rasanya bekas2 pelajar ASWARA kat sini sebab dulu langsung tak ada peluang nak mencuba....
cuba jadi ahli seminar selalulah... hehehehe
romi, korang dulu bukan tak bagus, masalahnya tak ada peluang.
takpelah...
tapi sebab tak dapat peluang tulah kami dapat pengalaman...
kami tumpang gembira atas kejayaan fakulti penulisan sekarang....
Amboi bukan main ligat en wan cakap pasal `anu ya. hu2.
Post a Comment