Hebahan Gampang
1. Persatuan Ekonomi Pelajar Tingkatan Dua (atau kependekannya PEPELIAQ) akan menganjurkan jualan kereta mainan mengikut butiran berikut:
Tarikh : 19 Disember 2008 (Jumaat hari yang mulia)
Masa : Bila matahari pagi mula naik segalah
Tempat : Bilik Tingkatan Dua Ketam
Jualan kereta ini hanya terbuka untuk semua pelajar tingkatan dua di seluruh negara, sama ada dari Tingkatan Dua Ketam, Tingkatan Dua Keretapi, Tingkatan Dua Musang, Tingkatan Dua Jembalang dan banyak lagi Tingkatan Dua lainnya. Pendek kata, semua pelajar tingkatan dua tidak kira dari tingkatan dua apapun layak untuk datang melihat-lihat dulu, mencuba kereta mainan itu barang sekejap, sebelum mengambil keputusan untuk membeli kereta mainan tersebut.
Jualan secara lelong ini, atau jualan secara longgok ala membeli mentimun di pasar malam akan terus ditutup bila sahaja pelajar tingkatan dua yang terakhir membeli kereta tersebut dengan melaungkan slogan, “Hidup Guru Besar!”
2. Persatuan Sejarah Pelajar Tingkatan Dua (atau ringkasnya PEBUTOH) akan menganjurkan siri lawatan dan rombongan kali keempat (laporan dan gambar-gambar lawatan kali ketiga dulu boleh ditonton di website Tingkatan Dua Ketam) sambil menyelam sambil minum air ke rumah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (bakal Guru Besar kita bila Guru Besar sedia ada akan pencen sebulan dua lagi) mengikut butiran berikut:
Tarikh : Akan diberitahu kelak oleh Ketua Tingkatan Dua bila dah cukup korum
Masa : Akan diputuskan selepas mendapat perkenan oleh tuan rumah, iaitu Tuan Haji Bakal Guru Besar (apa, ingat senang ke nak pergi berjalan di rumah Tuan Haji bakal Guru Besar?)
Tempat : Tentulah dirumah Tuan Haji Bakal Guru Besar
Bayaran : Tak payah bayar, kita ambil dari duit jualan kereta mainan untuk belanja tambang sebagai bayaran penat kita berjual sakan
Tempat lagi : Oh ho tempat duduk adalah terhad sekali. Walau pun bas boleh muat 40 orang, tapi urus setia memutuskan hanya 20 orang saja yang akan pergi. 20 tempat duduk lagi akan digunakan untuk meletakkan hadiah seperti dvd player, tv, set karaoke dan sebagainya sebagai hadiah untuk Tuan Haji Bakal Guru Besar.
Semua pelajar jangan salah faham. Tujuan lawatan ini yang diketuai oleh Encik Guru Kelas Tingkatan Dua Ketam ini memang bertujuan “sesuatu”. Namun, pelajar sekalian usahlah gusar kerana yang “sesuatu” atau yang “anu” itu tidak melibatkan para pelajar sekalian. Ianya hanya melibatkan kepentingan Encik Guru Kelas Tingkatan Dua sahaja. Selain itu, tujuan lawatan sambil menyelam sambil minum air ini adalah untuk mencatat rekod dunia pelajar tigkatan dua yang paling kerap berkunjung ke rumah Tuan haji bakal Guru Besar. Itu saja!
Cepat daftar sebelum terlambat.
p/s- oh hoo, lawatan sambil menyelam sambil minum air ini tidak perlu naik feri, sepertimana orang naik feri di Stulang Laut, Johor untuk pergi ke Batam ataupun Tanjungpinang.
3. Mulai 2009, Persatuan Agama Islam Pelajar Tingkatan Dua (atau istilah suluknya PEPO’EN) dengan penuh tawadduk, rasa bertaubat, dan penuh keinsafan akan menganjurkan Majlis Tahlil. Jangan nak komen-komen kata tak bagus. Niat ini suci murni. Jadi semua pelajar tingakatan dua jangan cuba berbantah-bantah. Semua pelajar tingkatan dua sama ada lelaki, perempuan, perempuan datang bulan pun kena datang. Bukan apa, aktiviti agama ini tak ada kepentingan apa-apa pun, sepertimana kepentingan anu melawat sambil menyelam sambil minum air seperti di atas itu.
Harap-harap saf boleh penuh.
Oh ya, sambil kita bertahlil, kita akan makan makanan yang mewah-mewah, lantaklah mentekedarahlah puas-puas. Sambil makan-makan kita akan dihiburkan dengan deklamasi puisi, lagu puisi, monolog bla bla bla. Barangkali boleh panggil S.M. Zakir untuk menyanyi sebuah dua lagu puisi. Shamsuddin dan Rahimidin pun jangan tak datang. Kemala pun boleh diajak. Paling jauh nanti kita cuba bawakan Acep Zamzam ke. Atau Ahmadun Yosi Herfanda. Atau D. Zawawi Imron. Atau Afrizal Malna. Yang sufi-sufi dan suluk-suluk tentunya.
Semoga dengan kerap kali menganjurkan Majlis tahlil seperti ini sedikit sebanyak kita akan mendapat rahmat-Nya.
16 comments:
salam PEPUEKIE,
ini lah baru dikatakan entri dalam sebuah blog.saya suka sungguh melankolik untuk geng dungu tingkatan dua.begitu bombastik mr.loba loba mr.looooooo....kahkahkah
PEPELAQ,PEBUTOH dan PEPOEN saya suka pepoen.apatah lagi poen tingkatan dua yang baru berhingus....best oooo....kahkahkahkah.
awang,
pepeliaq, pebutoh, pepo'en hahaha semiotik kan? hak hak
bagus, bagus....masa buat banyak majlis Tahlil tu, boleh selit majlis akikah sekali. Akikah kerbau yang makin 'besar' kat depan kandang Ketua Tingkatan Dua tu. Tapi bulan Mac ni kena buat majlis tahlil besar-besaran sikit kerana Ketua Kelas Tingkatan Dua kena pecat kerana suka melawan Ketua Pengawas. Saya nak hadiah pisang kapas kat majlis tahlil tu...
Sejak bila persatuan Pepoen ni suka buat majlis Tahlil? Aku nak tumpang majlis tahlil arwah atuk/nenek aku boleh? Atuk/nenek aku juga seniman/karyawan gak (penulis & pengkarya tetap batang pokok getah masa zaman Jepun dulu)...hehehe....
http://operajawa.blogspot.com
SILA BUKA BLOG AKU YANG BARU. TQ. WANA
PENCARUT,
Akikah kerbau? Ba hak hak. Semiotik sungguh kau. Aku setuju. Masalahnya, sapa yang nak kena niat untuk akikah tu? Maklumlah kerbau tua.
Persatuan Pepo'en akan suka buat tahlil mulai 2009. Tungguuuu.
Yang tahlil bulan Mac tu, dananya kita kutip dari pelajar tingkatan dua, minta derma semua jenis pisang yang ada kat malaya ni. Amacam?
Wana,
operajawa? Bolehlah. tapi ko tulislah dalam bahasa Melayu, apa barang kau tulis dalam bahasa sains dan matematik? Ko tahun dua ke tingkatan dua? Hak hak.
ye ye..nanti aku tulis dalam bahasa Melayu ye. campur2lah...negara kita kan majmuk. Banyak betul persatuan sekarang ye? dah daftar dengan bahagian HEP ke? Satu lagi persatuan kena tubuh..."PEPUKEMAK" namanye. Ringkasan Persatuan Pelajar Untuk Kena Maki. hehehe... ok tak? Aku pelajar kelas peralihan...
ada orang nak hadiah Pisang Monyet...maklumlah adik beradik dengan Kera...Kera di hutan disusukan, monyet dirumah hisap puting aje...itupun puting kerbau..hehehe...
operajawa,
tak payah daftar dengan HEP le. HEP jaga alumni pelajar-pelajar tingkatan dua je. Sekarang kita tingkatan dua lagi. Bila dah naik tingkatan tiga tahun depan, baru kita jumpa HEP. Tapi kalau kita kena repeat paper ke apa ke kita still tingkatan dua ker? Ho ho.
Jawa lagi,
ko tolong namakan sapa-sapa yang nak bagi pisang, supaya jenis pisang kita tak bertindih. nanti penyek pula pisang kita. haha.
Puting kerbau? Hilang akal ke korang isap puting kerbau. Ceh.
Hai... Tuan Haji Bakal Guru besar tu gila glemer. Nak sgt glemer nanti saya ajak shai buat cover story untuk majalah Sensasi. Semua benda dia nak buat, budak-budak tingkatan 2 berhingus hijau pun jadi pak turut buat apa? Boikot aje majlis ajuran PEPO'EN tu....
Kampung Tengah,
nak boikot PE'POEN? Gila ke aper. Asal persatuan agama je awak nak boikot. Asal ada usrah je nak boikot. Tak muslimah langsung.
masa saya tingkatan 2 dulu tak pernah boikot majlis PE'POEN tau... majlis solat terawih yang berape kerat je yg dtg pun saya pergi... waktu PM dtg pun saya rela baca puisi celah pokok serai ape...
Saje nak mencelah kata2 saudara Diari Kg Tengah....
Semuanya kami pergi....
atas dasar SIMPATI pada Tuan Haji Bakal Guru besar
tinggal kami ni tak reti nak kipas punggung dia sampai berapi....
kahkahkahkah...kahak!
romi, jangan kata macam tu. Saya sorang kata kat dia tak pa.
:)
ala en. wan.... saya takde apa2 hubungan pun dgn dia...
tumpang glamer pun tak....
dia tu yg banyak tumpang dan perah keringat kami....
rasanye xslh kalau lepaskan sikit2...
hai,
saya dari KELAB LEMAK TAHAP KEMATU (KELENTIK)rasa macam dah tertinggal. boleh ke nak daftar masuk dalam persatuan2 tingkatan dua ni...
Post a Comment