Wednesday, December 17, 2008

Hentian Tapah

Bila menghala ke Utara berkereta, sama ada atas urusan kerja atau hendak balik kampung, saya jarang benar singgah di Hentian Rehat dan Rawat Tapah. Entah, mungkin sebab terlalu dekat dengan KL, badan pun belum penat memandu lagi.

Tapi baru-baru ini entah terdorong oleh apa saya pun singgah sekejap di situ. Kereta banyak, orang bersesak-sesak. Di laluan yang menghala ke arah tandas, laluannya sesak semacam. Rupa-rupanya Creative Enterprise sedang jual buku. Lelong sebenarnya. Patut ramai orang menyerbu. Pandai mereka mencari laluan utama untuk menjual buku-buku.

Banyak buku-buku lama yang susah jumpa ada di situ – beberapa buah karya Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail turut ada terjual seperti Tembok Tidak Tinggi, Detik-Detik Cemas, Menimba yang Jernih, Tan Sri A. Samad Ismail Menulis terlonggok agak banyak. Pepatah-Petitih Pak Sako pun ada. Bahkan novel Tukcai yang tak pernah saya jumpa, Melukut Kota pun ada.

Banyak juga koleksi kartun yang dijual dengan harga murah. Novel-novel lain pun berlambak-lambak, payah benar nak membelek lama-lama dek orang terlalu ramai bersesak-sesak dalam ruang yang agak sempit. Lagipun, di kaki lima jalan yang orang kalut-kalut menghala ke tandas. Harganya dari semurah-murah RM 2.00 sebuah hingga ada yang separuh harga.

Saya terliur benar dengan koleksi-koleksi kartun yang ada di situ. Saya raba poket, hari ini tak pula banyak saya bawa tunai. Saya sambar beberapa buah buku yang terasa hendak dibeli sambil merungut-rungut kenapa aku tak tahu kat sini ada jualan, kenapa aku tak bawa tunai lebih, tunai yang ada ini untuk tujuan lain yang penting juga. Saya berdoa jualan ini akan terus ada di Tapah hingga kiamat.

Saya tinggalkan Tapah kerana waktu yang kian mendesak atas urusan penting, dengan mulut terkecur-kecur menahan birahi.

10 comments:

Sham al-Johori said...

Tuan Kebun,
Berdoa agar jualan itu berlangsung hingga kiamat bukan bermakna kita akan hidup selama-lamanya. Kalau dah berahi itu, hantam sahajalah. Biar sampai berair selagi ada kudrat.
Heheheh.

Anonymous said...

salam tapah,
kahkahkahkah.sasterawan kecil macam ana pun jadi turrrr juga ka?dulu pesta buku 2007 lagi belambak CE buat jualan lelong banyak novel samad ismail gua beli termasuk karya pak sako.
takpa hang tak payah dok harap nak tunggu depa buat jualan kat situ sampai kiamat hang mai kat MPH subang parade blambak lagi novel-novel CE dok ada dan pelabgai koleksinya yang menarik.

AWAT HANG TAK P KAT KEDAI DIA TERUS.AKU TERINGAT KEDAI CE DI BANGUNAN UKIR.

Anonymous said...

hah..rugi2..
kami tak lalu hentian tapah kalau balik kedah..harus transit dulu di rumah atuk garang!

benuasuluk said...

Syeikh Sham,
ha ha betul betul, ingat berdoa jualan ada sampai kiamat macam kita nak hidup lama ha ha ha

awang,
kebetulan dah singgah tapah itu yang rakus jadinya. Hang pun perli aku pasai kiamat adoi ha ha.

kisah,
kalau balik kg lagipun kalau singgah entah ada lagi atau tidak

Anonymous said...

cik wan..tumpang tanya jgn marah..
minta ajarkn tips paling senang penggunaan 'ialah' dan 'adalah'?

benuasuluk said...

kisah,
saya belum bersedia membuat perkhidmatan mengajar melalui laman blog.
:)

Anonymous said...

ok..nanti saya ke opis..untuk maklumat lanjut PeTA seterusnya.
opis jgn gelap lagi..hihihiih

Unknown said...

Kisah,
bukan sekarang, sekarang dok sebok buat bajet 2009 nak pecah kepala ni. Lain kali le. Siapkan dulu perancangan awal untuk PeTA, buka sem depan kita bincang lanjut.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

ok..xdahal..bkn apa mcm ada ganjil skt masa baca nota biografi ari tu..tp blh diatasi!