Fragmen Pantun “Penat” yang Mungkin Terkuburkan
Monumen Raja Ali Haji yang tak berpeluang kujejaki
Penat-penat menyusun karas,
lempeng juga dimakan orang;
penat-penat bekerja keras,
rezeki rupanya jadi hak orang.
Penat-penat menanam keledek,
betik juga dimakan burung;
rezeki di mulut terkeluar balik,
bagaimana sahaya tidak termenung.
Penat-penat melipat batik,
kain basahan rupanya ia;
penat-penat berbuat baik,
tangan dihulur bersambut kaca.
Penat-penat duduk bertekat,
kain songket tenunan berzaman;
penat-penat menyusun hasrat,
impian hanyut di tengah lautan
Penat-penat membuat batas,
terung dan cili tanam bersilang;
penat-penat kubuat kertas,
orang lain yang dapat ke Tanjungpinang.
Penat-penat menyusun karas,
lempeng juga dimakan orang;
penat-penat bekerja keras,
rezeki rupanya jadi hak orang.
Penat-penat menanam keledek,
betik juga dimakan burung;
rezeki di mulut terkeluar balik,
bagaimana sahaya tidak termenung.
Penat-penat melipat batik,
kain basahan rupanya ia;
penat-penat berbuat baik,
tangan dihulur bersambut kaca.
Penat-penat duduk bertekat,
kain songket tenunan berzaman;
penat-penat menyusun hasrat,
impian hanyut di tengah lautan
Penat-penat membuat batas,
terung dan cili tanam bersilang;
penat-penat kubuat kertas,
orang lain yang dapat ke Tanjungpinang.
(i) Kadang-kadang memang terasa hidup ini seperti palat.
(ii) Barangkali ini kafarah menjelangnya Hari Raya Aidiladha.
(iii) Selamat berkorban untuk semua, walau kadang-kadang kita terasa seperti diri kita yang menjadi korban.

12 comments:
Komen balas kepada komen saya di blog : Betullah Wan, apabila saya sudah terbitkan entri baru saya singgah ke sini. Ya, lah. Pagi Jumaat ini perasaan 'seni-budaya-warisan' tiba-tiba tumbuh segar...
:-)
incik wan dalam mode pantun..yippi..
yippi
yehuuuuuuuu--
incik wan
dengarkan
Buah kepayang di beli di Behrang,
Tekak perit menelan jadam;
Sayang-sayang dimilik orang,
Ditelan pahit dibuang dendam.
salam qurban,
hidup memang sentiasa palat penat-penat aku kerja orang lain penat-penat main wayang depan boss dengan penat-penat wayang dia yang kebas pangkat dan memang aku yang dikorbankan.
yepii...
nak buat macam mana...
pantun hang tu macam pantun hajat tak sampai.. hang nak aku sambung pantun akhir tu tak?.. hahahha
ha sekali dah berpantu... segala penat keluar :)
penat-penat kerja
balik kelantan jugak raya
lama pulak dia
cuti kat sana
hahaha.
hah..betoi beno tu..opis gelap lagi eche wan nih..ari nih dah rabu..amboi mau seminggu amik cuti tu?
en wan..bila mai opis? teman nak minta cop mohor rasmi kursus tahun depan...
tuan,
tanam selasih di tepi laman,
cempaka juga dipetik orang;
usah bersedih usah tergaman,
babi juga disukai orang.
hehehe sebab sesuai dengan palat.
MasyaAllah, ya syeikh.
Kak Nisah,
ye, ye kita sama-sama semai 'seni-budaya-warisan'
:-)
Farah my dear,
miss u bebeh!
awang,
selamat 'berkorban'
anon,
tak payah sambung, aku dah lengkapkan balik pantun akhir tuuu
kampung tengah,
kalau kau tahu, memang aku penat di sini
denanz,
pulang ke kelantan memujuk diri
:-)
kisah,
ye ye seminggu berlibur.
kisah lagi,
bole datang, dah start keje ni
syeikh syam,
sangat dalam pantun mu itu.
dalam sungguh maksud pantun-pantun tu...
saya boleh faham dan terasa juga situasinya ya...
kalau sudah namanya cuka
yang manispun pun masam tak kurang
kalau sudah bukan hak kita
yang digengaman pun boleh terbang
redho je laaa
Che Kem,
sekarang dah redho
Post a Comment