Menanyakan di Mana Tempat Bermula
KETIKA menghadiri Seminar Kebangsaan Puisi Tradisional baru-baru ini, pembentangan salah seorang pembentang kertas kerja amat menyentuh naluri dan menarik minat saya. Selebihnya, menumbuhkan seribu tanya dalam kepala fikir saya. Asalnya dari Narathiwat, dan sekarang menjadi pensyarah di Universiti Walailak, Nakhon si thammarat, Thailand. Pembentangannya berkisar pada nazam Haji Mustofa Tohir Nakhon.
Tapi bukannya pasal nazam yang saya nak cerita. Tapi, berkisar pada tempatnya di sana. Katanya, Nakhon kalau disebut dalam bahasa Melayu ialah Legor. Kita yang bersekolah dan pernah belajar sejarah akan lebih selesa menyebutnya sebagai Ligor. Katanya, kalau kita berdiri di Bukit Kayu Hitam di sempadan, jarak masa yang diambil untuk perjalanan ke sana ialah tujuh jam. Untuk ke Bangkok, jaraknya 14 jam perjalanan dari sempadan. Jadi, Nakhon atau Legor atau Ligor ini betul-betul berada di tengah-tengah perjalanan antara sempadan dan Bangkok.
Sejarah memang mencatatkan adanya hubungan Kedah dan Ligor. Masa hubungan kerajaan Melayu Kedah dahulu dengan Siam. Bahkan muzium di Nakhon masih ada menyimpan meriam Kedah. Banyak yang diperkatakan olehnya hingga saya terlupa dia sedang berbicara mengenai nazam sebenarnya. Saya lebih tersihir dengan perkara lain yang kemudian disebutkannya. Orang-orang tua di sana berbahasa dalam bahasa Thai dan Melayu. Bahkan, penguasaan bahasa Melayu mereka masih kuat. Dialeknya, tentulah dialek Utara. Cuma sayang katanya, anak-anak muda dan kanak-kanak Nakhon tidak dapat menguasai bahasa Melayu. Mereka hanya bercakap dalam bahasa Thai sahaja. Bayangkan jika generasi tua sekarang semua sudah tiada, bahasa Melayu pun barangkali akan berkubur di situ.
Katanya lagi, di Nakhon ada sebuah kampung yang bernama Kampung Sena. Asalnya, mereka ini berasal dari Pokok Sena, Kedah. Saya tidak terkejut – tetapi tiada istilah yang dapat menggambarkan perasaan saya pada waktu itu. Semuanya bercampur baur. Orang-orang Pokok Sena yang “berhijrah” ke sana dulu-dulu “sengaja” mengekalkan nama Pokok Sena pada nama kampung mereka. Tiba-tiba saya merasa bahawa sejarah itu terlalu mahal harganya.
Saya kenang keluarga saya yang saya tak pernah selidiki dengan betul-betul di mana ia bermula. Arwah datuk dan nenek saya di sebelah ayah sehingga meninggal bahasa utama di rumah dan di kampung ialah bahasa Siam. Malah, ayah saya dan adik-adiknya juga fasih sampai sekarang bercakap Siam. Di sebelah emak saya, cuma nenek saya yang boleh berbahasa Siam. Suaminya, datuk saya tidak boleh berbahasa Siam. Malah, emak saya dan adik beradiknya yang lain langsung tidak boleh berbahasa Siam. Saya dan adik-adik seorang pun tak boleh bercakap Siam. Rugi, kan? Di Pokok Sena, antara kawasan yang masih “kuat” dialek siam ialah di mukim Tualang, Nawa, Kubor Panjang dan kampung-kampung di sekitar Pendang. Saya punyai ramai saudara-mara di sana.
Datuk saya pula sebelah emak bila bercakap dialeknya pula lebih mirip dengan dialek orang Baling. Atau Patani sebenarnya. Dan dia tak boleh bercakap Siam. Di Pokok Sena, dialek seperti yang datuk saya bercakap masih kuat di mukim atau Kampung Jabi, Telaga Mas, Kebun 500 dan sekitar Tanjung Musang. Saya juga punya ramai saudara mara di sini. Dialek seperti ini kami panggil sebagai dialek “hulu.” Kalau macam orang Kedah bercakap seperti yang selalu kita dengar (atau ketika saya bercakap dengan tuan-tuan), kami menggelarnya sebagai dialek “hilir.” Orang-orang kampung saya semuanya lebih betah bercakap “hulu.”
Saya pun tidak tahu di mana sebenarnya pangkal saya bermula. Rasa berdosa juga kerana tak pernah cuba untuk mengambil tahu susur galur keluarga saya secara lebih serius. Bila mendengar pembentang ini bercerita, barulah terdetik beberapa pertanyaan dalam diri. Memang benar sejarah menunjukkan betapa Kedah dan Siam dahulu mempunyai hubungan sejarah yang sangat erat. Bayangkan kalau kerajaan Melayu Kedah dahulu kuat sampai sekarang, bolehkah kita bayangkan betapa besar dan gahnya kerajaan Kedah sekarang?
Saya pun jadi tertanya-tanya, dari manakah keluarga di sebelah ayah saya bermula hingga begitu fasih berbahasa Siam; dan dari manakah keluarga di sebelah datuk dan emak saya bermula hingga gaya percakapan mereka lebih mirip dengan orang-orang Patani? Dan saya selalu hairan kalau ada penjual-penjual wanita dari Thailand datang berniaga di kampung saya ( biasanya orang-orang Chenak dan Satun), mereka boleh jadi begitu mesra dan boleh duduk berlama-lama berbual dengan kami. Bahkan biasanya barang-barang yang dijual akan menjadi sedikit murah dari yang dijual di kampung-kampung lain.
Begitu jauh sejarah meninggalkan saya – dan terasa begitu jauh pula untuk saya menghambatnya. Bila mendengar pembentangan itu, saya pun mula berkira-kira menanam azam dalam diri: harap-harap jika diberi kesempatan oleh Allah, punya kesihatan yang baik, punya sumber kewangan yang lebih, saya ingin ke sana. Ke Ligor. Melihat-lihat apa lagi yang tertinggal untuk manusia yang terlewat seperti saya ini. Ingin berkenalan dengan orang-orang di Kampung Sena. Manalah tahu kalau-kalau ada orang kampung saya atau orang-orang tempat saya di Pokok Sena yang “berhijrah” ke sana dan tak pernah balik-balik lagi.
Begitulah, sejarah akan menyisihkan manusia yang telah melupakan sejarah seperti saya ini. Ada pelbagai rasa yang betul-betul bercampur dalam diri sekarang. Sekejap tenang, sekejap rusuh. Betul-betul sejarah menjadi mahal kepada saya sekarang. Di hadapan komputer ini, betul-betul mahu tertitik air mata rasanya.
28 comments:
Salam,
Incik Wan,
jangan nanges buruk
heheh
incik wan..sejarah memg mahal harganya
terlalu mahal smpai kadang2 tak terbeli dek masa dan tenaga
tapi
kalo'termampu' usaha sehabis daya
untuk menjejak denai-denai masa silam tuh
di hujungnya akan ada kemanisan tidak terhingga--
berusahalah..utk mengenal di mana kita bermula, bukan untuk ditangisi tapi untuk dipeljari erti makna perjalanan yang telah dirintis yg membawa kita ke sini, hari ini
Salam, abang wan.
Tak sempat pulak nak mengikuti pembentangan masa nazam ni sebab tengah ada keje sket kat atas. terasa rugi pula. aduiii...
hai,
mungkin hang dari turunan raja sakti kedah kahkahkahkah.pakailah plate warna kuning taruh wan raja sakti kebun 500 kahkahkah.
di utara sumatera sebelum kena tsunami dulu ada kampung kedah,org2 kedah yang beranak pinak dok kat sana cakap kedah sekarang dah lupus kena telan laut.
Farah,
temankan abang menjejak denai-denai tu boleh?
Azree,
Memang rugi, itulah satu-satunya pembentangan yang berkisar tentang nazam. yang lain banyak pantun, syair dan gurindam.
TK kerana singgah.
awang,
Barangkali ya aku memang keturunan raja gamaknya. Jom le kumpui duit kita pakat pi jejak depa sebelum saki baki yang ada terus ditelan tsunami lagi.
Kalau tak mau pun, boleh pi kat Pantai Remis, Perak. Di situ ada satu kampung cakap dialek Kedah. Semuanya berhijrah dari Kedah.
cik wan..suami saya mmg mahal sgt nak berbahasa kedah dgn saya..nenek dia keturunan siam pn, baru terbocor rahsia...
kisah,
Suami sdr. bercakap guna bahasa sains dan matematikkah di rumah? kalau bapanya segan nak bercakap loghat sendiri, besok-besok anaknya akan jua turut tercicir bahasa ibunda bapanya. Percayalah.
ish ish..gedik mena la oghe tuo ni aih
Farah,
gedik sikit je.
:)
che wan..susah punya pasal suami ngaji henti smpai tingkt 3 ja..nun kat baling..mana sempat blja se'inglish'sains math! anak sepupu yg hijrah ke kedah..bila blk perak semua pakat speaking kedah...
che wan..Datuk Syed Alwi meninggal dunia..
anon, tingkat tiga tu dah kira tinggi tu kalau banding dengan ground floor, :)
awat yang kunci "rumah" tak bagi orang masuk?
rumah dlm pembinaan...minyak turun..harga simen bata kapur kayu mahai semua..hihihi
anon,
buat je rumah ala-ala projek pprt, hak hak.
en wan..
kalau kita nak faham mak yong dgn mendalam..kita kena memakyongkan kehidupan harian kita..
nota2 en ghaz. buat saya bingung nak baca!!!
anon,
ba hak hak. hak hak hak.
kadang-kadang terasa hidup ini macam palat. Hak hak hak.
Salam. En. Wan, maaf sebab tak sempat nak komen, tgh kejar deadline hu3. Tapi jangan risau saya masih sempat lagi jeling2 blog En.Wan. Nanti 15 hari bulan, isnin pagi insyallah saya datang ambil cek tu. Rasanya isnin pagi tu En. Wan sibuk tak? manalah tau ada meeting... ingatnya nak sembang2 sikit dengan En.Wan :)
Kampung Tengah,
setakat ini diari saya 15hb ok lagi. Tak taulah last minit nanti hehe, biasalah. Apa-apa hal call dulu kalau nak datang. Tapi datang le ramai2, janji dengan kawan2 baru le seronok sikit.
che wan..jenuh bertanya suami kot2 palat tu ada makna lain dlm lorat kedah..katanya tak ada selain anu!hahah..tapi sah ada bila rujuk kamus..hahaha..suami saya harus dilucutkan warganegeri kedahnya!
kg tengah..akak nak dtg 15hb tu antaq assgt biografi..che wan..kita menyerok sama2 eh nanti..
kisah,
jadi palat yang saya sebutkan tu awak nak kategorikan palat yang mana; anu, atau kayu palat, atau tak berguna? yang mana? Kahkahkah
Kenapa awak tutup blog pula, tak bole masuk...
kg tengah & kisah,
tolong datang petang boleh dak? Pagi 15hb tu Dekan buat program budak2 ijazah melawat bhg. majalah dibipi. Saya kena eskot depa huhuhu.
Kita minum petang pun ok gak pekena memey tarik ke
che wan..memey tarik pagi daa lg nyaman..pak ali dgn en zek kata asgt kena ada atas meja b4 tengah hari..nasib en wan habaq en wan tak dak isnin pagi tu..habis mcm mana kengkawan nak antar asgt. sb pak ali suh letak kat meja en.wan? saya hantar awal la jawapnya...
kisah, tolong bagitau kwn2 hantar jam 1.00 ke atas. Pagi takut saya dok lama kat sana. Kalau saya tak jadi pi nanti saya bagitau semula. Lagipun bukan saya tak tahu, korang semua suka hantar tugasan time pensyarah dah tutup lampu nak balik rumah. :)
la 15hb pagi En.Wan sibuk ke... tak pelah 16hb ok tak? sy nak ambik cuti ni....
kampung tengah,
belum tahu. Silap2 saya mungkin akan ke indon dari 14-21 disember. Tapi tak confirm lagi. Tak payah le amik cuti lagi.
la.. gitu ke... tak pelah.. nanti klau En.wan dah betul2 ada di ASWARA bagi tau la... sy dtg.hu3
che wan..ape2 hal beritau kalau tak da kat ask 15 hb tu..
kampung tengah,
ok, ok.
anon,
ok,ok.
Post a Comment