kata-kata yang ulang bersipongang
Saya terkenangkan kata-kata pensyarah saya – yang juga bertindak sebagai penyelia sewaktu saya membuat latihan ilmiah pada peringkat ijazah sarjana muda hampir 10 tahun yang lalu. Katanya, jangan membaca akhbar pada awal pagi. Surat khabar penuh perkara yang menyenakkan jiwa, membuatkan fikiran jadi tidak keruan, membuat sukma selalu rusuh. Katanya lagi, dia hanya akan membaca surat khabar untuk hari itu bila kepalanya mula hendak diletakkan di atas bantal dalam kamar peraduan. Surat khabar tidak pernah memberikan kita rasa jernih yang penuh tenteram. Dan itu dilakukannya sejak berpuluh-puluh tahun dahulu; sedari zaman muda belianya.
Duduk membaca surat khabar mutakhir ini, kata-kata pensyarah saya ini kembali ulang bersipongang. Mengapa hampir 10 tahun yang lalu saya langsung tidak terkesan dengan kata-katanya? Kini, setelah akhir-akhir ini saya disenakkan oleh surat khabar dengan pelbagai isu yang menyentak dada, barulah kata-kata “ajaib” ini kembali menjelma. Akhir-akhir ini saya selalu rasa tawar bila sahaja menyentuh surat khabar. Sudah ada rasa jahat dari dalam jiwa, kalau tak membaca akhbar langsung pun tidak mengapa. Tidak membeli langsung pun tidak mengapa. RM 1.50 atau RM 2.00 itu sudah boleh buat bayar tol untuk saya datang ke pejabat.
Saya tidak boleh jelaskan mengapa. Barangkali sahaja – surat khabar sudah hilang nilai beritanya. Yang tertayang sekarang hanya nilai beritanya yang tidak lebih daripada harga selonggok sampah. Mungkin saya dungu untuk melihat nilai berita – saya bukan lulusan dalam bidang kewartawanan ataupun pengajian media. Saya hanya seorang budak kampung yang kalau hidup seratus tahun lagi pun saya masih seorang darat dan jakun kampung.
Ada beberapa orang teman saya secara tak sengaja pernah memberitahu yang mereka sudah agak lama tidak membaca akhbar. Bahkan memboikot pun. Saya tak pasti pemboikotan mereka adalah terpengaruh dengan “seruan” pihak-pihak lain; ataupun gesaan dari “dalam” yang membuatkan mereka begitu membenci surat khabar. Masalahnya ialah nilai beritanya yang meloyakan hingga terbitnya rasa menyampah. Saya yang agak terkebelakang dalam hal ini. Bahkan, waktu itu saya langsung tidak terpengaruh pun dengan tindakan mereka.
Saya tidak tahu di mana atau bagaimana sesebuah akhbar boleh menilai harga sebuah berita. Akhir-akhir ini muka hadapan akhbar menyiarkan berita yang bagi saya tidak sepatutnya menjadi berita utama pada halaman pertamanya. Bulan-bulan terakhir ini saya seperti sudah bersedia untuk menyumpah setiap kali dan setiap hari bila saja memegang surat khabar. Tak ada berita lainkah? Tak ada isu lainkah? Tak ada cerita lainkah? Politik, politik, politik. Artis, artis, artis. Artis yang tongong berkahwin pun muka depan. Artis yang tolol nak bercerai-berai pun muka depan. Politikus yang rakyat dah berbulu pun muka depan. Isu-isu yang selalu rakyat hendak tahu jarang tertonggek di muka depan. Jadi, selalu saya bertanya – di mana nilai beritanya? Apakah surat khabar sekarang sudah tiada fikrah, sudah tiada pegangan hingga sampah pun dikutip dipungut menjadi falsafah agung?
Kalaulah saya membaca akhbar sebelum waktu bekerja kadang-kadang membuatkan mood untuk bekerja boleh bertukar menjadi tawar. Macam mana tidak tawar kalau hari-hari penuh dengan berita yang menyenakkan jiwa, membuatkan fikiran tidak keruan, membuatkan sukma selalu rusuh. Kalaulah semua surat khabar mengambil keputusan untuk menghentikan semua ruangan sastera, seni dan budaya, nescaya saya akan terus melupakan semua surat khabar hingga akhir hayat saya.
Kembali sekarang kata-kata pensyarah saya itu ulang bersipongang. Bacalah akhbar bila kepala kita mula diletakkan di atas bantal dan mata kita mula hendak terlelap. Waktu itu, kita sudah tiada perkara lain yang hendak kita fikirkan untuk hari itu. Ada benarnya juga kata pensyarah itu bila difikirkan kembali. Saya patut mencubanya buat masa ini.
Tapi saya takut ketika saya membacanya sebelum mata terlelap, saya akan diganggu pula dengan mimpi yang aneh-aneh dan mengerikan di dalam tidur saya.
14 comments:
Saya memang tak beli surat khabar. Kalau baca pun saya akan ambil surat khabar yang semalam punya, entah milik hamba Allah mana kat pejabat saya. Sebenarnya surat khabar arus perdana memang menyenakkan kepala. Majalah pula saya akan beli yang terselit ruangan kreatif atau sastera. Itu pun kalau yang ada ruangan itu...
Saya pernah bertanya kepada penerbit, kenapa tak adakan ruang keatif dalam majalah mereka, katanya sudah 'terlalu biasa' dan tidak menarik pembaca.
En. Wan adakah pembaca seperti kita sudah pupus?
kampung tengah,
entah, saya tak pandai menilai orang. Kalau betullah anggapan sdr semuanya sudah pupus - tolong kecualikan saya seorang!
salam paper,
pertamanya jangan berbulu biar telur sahaja yang berbulu kahkahkahkah.
keduanya saya syorkan saudara melawat akubimbo.blogspot mamat yang memiliki blog ini ialah saniboey dulu wartawan.baca sendiri apa katanya tentang berita yang tongong tetapi jikalau ada nilai untuk pembaca diaorang tetap taruh biarpun melanggar etika.perghhh etika kununnn....
ketiganya tak payah baca paper baca blog i kahkahkahkah,u baca blog i,i baca blog u,jiha baca blog i,i baca blog jiha.i baca blog farah,farah baca blog i.bakhahahahak....
sila baca harian metro hari ni buka ruangan kecil dunia bacalah besttt ooo....
Setuju, tak payah baca surat khabar awal pagi. Memang mengganggu minda yang sedang jernih dan segar bugar. Lebih baik, mengarang terus pagi-pagi.
Saya melanggan akhbar perdana secara selektif; hanya pada hari-hari yang ada ruangan sastera. Ertinya, saya akan melanggan akhbar Berita Harian pada hari Khamis, Jumaat & Sabtu. Untuk hari Ahad, langgan Mingguan Malaysia sebab ada cerpen.
Ketika surat khabar sampai ke laman rumah, halaman pertama yang dibaca ialah ruangan sastera itu. Halaman lain boleh diabaikan!
Baca akhbar Mingguan Malaysia memang cepat habis, sebab 3/4 daripadanya boleh skip sebab tak habis-habis cerita politik saja.
awang, setuju - hang baca blog Farah, aku baca blog Farah.Hang "usik" Farah, aku "usik" Farah. Haha.
Kak Nisah,
Saya pun sama, hanya melanggan akhbar pada hari tertentu sahaja. Hari Ahad saya cuma baca cerpen, puisi dan sukan sahaja. yang lain abaikan sahaja. Pancaindera? Menatang apa tu pancaindera? :)
Apakah surat khabar sekarang sudah tiada fikrah, sudah tiada pegangan hingga sampah pun dikutip dipungut menjadi falsafah agung?
hahaha..itu falsafah HARIAN METRO,KOSMO,UTUSAN MELAYU,BERITA HARIAN.
DAN, JANGAN LUPA, IANYA JUGA FALSAFAH MAJALAH MASTIKA SEKARANG.
saya sudah lama berhenti baca mastika kerana cerita2 bebal mayat bangkit, roh datang rumah la, saka mengamok la dan tah hapa tok nenek jembalang lagi. saya betul2 kecewa dengan mastika.
ini proses membodohkan warga malaysia bagi saya.
RAJA PETRA SUDAH BEBAS, YAHUUU!
epool,
saya tak sebut pun surat khabar mana, awak dah sebut semua. Saya rindukan Mastika yang dulu, bukan yang sekarang. Cerita bebal mayat bangkit? Menatang apa tu? :)
Angin sepoi menampar ke muka,
Bayu gemersik udara di sawah;
amboi-amboi dua jejaka,
usik mengusik eratkan ukhwah.
Hahaha..sorat khabar ka?
Mak farah lagi best hanya baca ruangan IKLAN
jualan murah dekat watson ke
guardian ke
jusco ke
hahahaha
farah?
baca kartun yang comel2
atau rencana2 menarik
soal jawab agama di akhbar juga harus diperhatikan
KERANA kadang2 sangat tidak reliable..
weeee..blog awangleh jengah je
awang tak kasik tinggal komen daaaa
incik wan..yela
memey tarik pun memey tarik la
NORMAN sudah tunjuk dia 'mahu bertanggungjawab' PADA memey yang naif
BUWEEEEEEEEEEEEEEKKK
Farah,
maaf - abang masih tak ada mood nak berpantun. Angin kat badan masih belum hilang. Cukuplah kalau abang mengenang farah dalam diam. Cewah.
Errr, memey(kkkk) tuh gedikkkk.
wan,
kalau tak baca sorat habaq, taktau pulak kisah memey, kisah datuk k hadiah bmw kat rozita che wan, kisah era mengandung, kisah berebut jawatan umno, kisah tu kisah ni ...
ishhk ... payah!
denanz,
iissshhhh payyahhh!
abg2 n kakak2 sekalian,
memang betui pun bace surat khabar menyenakkan jiwa.. pastu wat tambah manyak dosa plak tuh kasi ngutuk artis2 ni, tgk aurat terdedah sana sini..aih,tapi kalu niat nak improve knowledge dengan vocab bole ok je kot..bace la part kesihatan n surat khabar owang putih je..
Post a Comment