Tuesday, November 18, 2008

Bahasa Kita yang Kaya Raya
(Anu Bahagian Ke II)

PETANG yang indah, Dia mendatangi saya lagi. Dengan gayanya yang selalu saya senangi – ripuh dan kalut-kalut. Begitu pintu diketuk dan salam diberi, Dia terus menyerbu masuk. Kerusi ditarik dan terus duduk. Belum disuruh duduk, Dia terlebih dulu yang duduk.

Saya perhatikannya atas bawah. Seperti selalu yang saya kesani bila Dia menjengah – akan ada ombak kecil di dadanya. Ada rantai emas sebesar lengan “Pepaya” (katanya rantai pusaka arwah ibu) membelit pada lehernya yang putih. Bajunya tampak menarik, dengan gaya rambut baru serta cermin matanya kecil seperti menggoda-goda saya. Hari ini, Dia tampil dengan gaya yang lebih elegan; dan lebih feminin tentunya.

Saya membiarkan Dia tenang seketika, sambil menyandarkan badan pada kerusi empuk pejabat saya yang berwarna biru. Melihat Dia sudah bersedia, saya pun mengangkat kening tanda ingin bertanya apalagi kali ini yang Dia hendak.

Dan yang terkeluar dari mulutnya hari ini sekali lagi meruntun naluri lelaki saya. Dan meruntuhkan tembok lelaki berwajah serius seperti saya.

“Enche, Enche nak tengok saya punya anu tak?” Begitu dia memulakan bual bicara.

Sumpah kawan-kawan, hari ini saya tak terkejut. Bahkan saya teruja. Dengan rasa ghairah untuk melihat dia terus kalut, saya pun menjawab:

“Naklah. Bukan senang nak tengok.”

“Tunggu sekejap,” katanya sambil membelek-belek beg sandangnya yang telah diletakkan di ribanya. “Mana pulak nih,” dia berbicara sendiri.

Saya mengusiknya, “Hai, anu pun awak boleh simpan dalam beg awak ke?”

“Iyalah, mesti simpan dalam beglah. Mau bawak tunjuk sama Enche Wan.” Dia masih serius, sedang saya sedang tertahan-tahan untuk pecah gelak. Nampaknya Dia masih belum faham saya cuba berlucu.

“Hah, ini dia!” Dia menghulur sebeban fail yang di dalamnya terkandung beberapa helaian akhbar dan majalah yang telah dipotong-potong.

“Heh, anu jenis apa ni?” Saya sengaja buat-buat bodoh.

“Anu sayalah. Kan saya janji nak tunjuk sama Enche Wan dulu. Ini semua artikel saya yang keluar dalam surat khabar dan majalah Utusan sepanjang saya buat praktikal dulu.”

“Saya ingat anu awak yang lain.” Hak hak.

Apalah Enche Wan ni! Anu tu “benda” lah, Enche ni selalu buat-buat tak faham. Bukan anu itulah,” Dia menjelaskan lagi.

Seperti selalu, saya pun, “...Oooooooooo...”

Saya perasan, mukanya kali ini tidak merona merah lagi seperti dulu. Dan ombak kecil di dadanya juga telah hilang. Tetapi seperti biasa, ketawa saya payah benar hendak ghaib.

Adeh deh deh.

P/S - Pssssstttttt Oiiittt Hang Berong (Hang Sembrong?), tengok bahasa kita kaya raya tahu. Sesekali gunakanlah keris berkarat Hang tu pada tempat yang wajar. Takat UPSR gempak hidung kembang sebesar Selat Tebrau apa barang, bro! Hidup bahasa Melayu! Jihad bahasa Melayu! Hidup “Anu” Melayu!

20 comments:

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

En. Wan dah dapat majalah yang saya kirimkan pada Anne?

benuasuluk said...

belum, batang hidung dia dah dekat sebulan saya tak nengok

Anonymous said...

enche wan potong anu umo brp tahun bak hak hak..

benuasuluk said...

awang,
saya awal lagi dari awang ba hak hak

Anonymous said...

HUH MELUCAH JEEEE
APA LAA INCIK WAN MAIN CUCI MATA PLAAAKKK

Seberang titi ke jalan mati,
Turun ke bendang mencari ikan;
Mata hati terkunci nanti,
Selalu memandang kurnia larangan.

Eva Sardiyanti Sarudin said...

~ tiap kali singgah ke laman 'anu' ni sy tergelak besar, walau bila menghadap komputer dengan hati yang gundah gulana tp bila baca 'anu' part 1 dan 'anu' part 2 rasa hilang segala gundah gulana dan tekanan yang melanda diri... tq 4 catatan yang menghiburkan...
mungkinkah masih ada 'anu' bahagian 3??? ~ pembaca setia 'anu' ~ hahahahahahaha....

benuasuluk said...

farah,
mana ada melucahnyee? Kan "Dia" dah bagi tau anu tu sesuatu, anu tu benda. mana ada cuci matanya? Bahasa sastera tu saya guna ba hak hak. Saya nak bagitahu pada "Muhammad Sembrong", tolong jaga bahasa Melayu. Itu saja!

rainrose,
tk sudi singgah. Memang penulisan boleh menjadi terapi yang sangat baik. Manalah tahu kan time saya tulis tu saya sendiri yang tengah gundah gulana?
Anu ke 3? Hissshhh tak berani dah saya. Tu, si farah tu dah marah2 hahahaha

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

saya selalu baca blog En.Wan sambil tersenyum sendiri.... Sampaikan ada kawan pejabat kata saya gila (biarlah janji aku bahagia) Tapi sekurang-kurangnya dapat releks sikit dari asyik mengadap kerja yang berlambak. Uhuk!

benuasuluk said...

kampung tengah,
saya tumpang bahagia kalau tulisan-tulisan saya boleh membuatkan semua orang tersenyum...

Anonymous said...

incik wan
farah bukan marah part anu tuh
anu punya part tu SWEET

PART TGOK ombak kecil di dadanya-hewwwwwwwww

benuasuluk said...

farah,
haiyaaa, saya tengok ombaknyer lah, bukan tengok "ombak" yang itu. dah kalut-kalut, termengah-mengah, kan ada ombak turun naik kat dada. tak caya? Cuba farah lari 10 pusingan tengok, pas tu tengok ada ombak turun naik tak? Hak hak.Hisshhh ke situ pula dia. Yang "itu" bukan ombak ler. yang itu nasi lemak ba hak hak hak

Anonymous said...

yela
nak tgok ombak kena pergi pantai kan
jadi nak tgok ombak di dadanya kena tgok dada ler?

holahh..suruh org lari pulak..
org bukan ahli sukan ler
paling2 pun g berenang je
so tiada le dada berombak2 yer
sebab peluh pun takde hahahaha

benuasuluk said...

Farah my dear,
itu kira nasib baik tau. Kalau Farah belajar kat sini, huiii saya tak tengok dah student lain. Farah lah "memey" abang ba hak hak

Anonymous said...

Tok Wan..
ari tu first time aku tengok 'Anu' secara live.. hang yang perkenalkan 'Anu' kat aku... mmg kalau tgk dia selalu dah memang nak terbahak.. siap dgn loghat dia sekali... hahhaaha.... memang katun la dia ni... tapi aku suka dengan karakter dia ni, maksudnya ada pelbagai macam perangai org yang kita jumpa dalam ASWARA cth macam 'Anu' tadi yg boleh buat kita tersenyum dgn gelagat dia. Tapi jgn mai bilik aku tanya anu dah le.. hahahaha.. kalau jumpa dia mesti aku gelak gila teringatkan anu ... takleh nak sembang dah lepaih ni!... hahaha!!

benuasuluk said...

sahabat aswara,
"anu" tu memang best. Selain dari perangai "loqlaq" dia, aku suka dia ringn tulang, boleh diharap. tengok dia pun kepala serabut boleh jadi lega. haha.

Anonymous said...

che wan..misteri sangat si anu tu..saya harus mencari!

Anonymous said...

benua suluk
saya dah hantar buku JIWA HAMBA dengan kargo subuh hari ini.

silalah tunggu di lapangan terbang dalam satu kontena tu, ada sebuah buku saja.

salam


sangeetha

benuasuluk said...

kisah diri,
tak misteri pun. Dalam hidup kita selalu kita jumpa.

benuasuluk said...

Tukcai,
Terima kasih, saya tengah tunggu. nanti sampai saya bagitau. Siaplah buku tu saya kerjakan nanti. Apapun terima kasih sekali lagi Tukcai. Turun KL habaq!

HadSha said...

en wan.. confirm la.. ni mesti si Sari kan.. hihihi sangat kelakar okey.. :)