Menjauhi Kematian
“Pertemuan dengan maut bukanlah seperti orang menemukan dompet di tengah jalan. Maut telah hadir dalam diri kita, sejak kita hidup. Sejak mulai kita bernapas di dunia, sejak itu pula maut membenih dalam diri kita. Dan kemudian lambat atau cepat tumbuh memagut kita habis ...”
- Sutardji Calzoum Bachri
SIBUK berkokok sekarang perihal puisi Kematian yang diajarkan kepada para pelajar sekolah rendah. Ramailah bercakap tentang kewajarannya diajar di sekolah pada budak yang entah sudah disunat atau belum anunya itu. Ada yang menyokong bagai nak rak, yang membangkang lebih lagilah “rak-raknya” itu. Masuk surat khabar, keluar tv, bahkan terawang-awang dalam radio dan internet.
Saya tak mahu memberi pandangan peribadi dalam hal ini. Sama ada saya setuju atau tidak dengan pengajaran di sekolah yang menggunakan puisi itu. Tolak ketepi pandangan saya. Saya hanya rasa seronok “nak mampuih” tengok semua orang kalut bercakap hal ini. Lagaknya seperti semua orang dah takut nak mati sekarang.
Jarang benar dalam mana-mana keadaan sekali pun puisi diberi perhatian. Selalunya dalam apa-apa hal puisi selalu tercampak ke belakang. Ditakdirkan kali ini puisi menjadi isu untuk hal-hal yang melibatkan pendidikan anak-anak. Saya selalu percaya puisi adalah terapi batin yang sangat baik. Tapi dalam hal ini saya melihat dengan rasa yang sedikit sedih. Sama ada perkara ini betul atau tidak, wajar atau tidak; sekali lagi puisi telah menjadi mangsa mainan.
Saya tidak ingin menyorot tentang kesesuaiannya – itu biarlah pihak-pihak yang “cerdik-pandai” yang menentukan. Yelah, UPSR setakat macam tu pun bising satu dunia, pelajar kita bagus, cemerlang, ada peningkatan, PPSMI sesuai dan wajar diteruskan – habis bahasa Melayu di mana maruahnya? Bercakap-cakap bangga sampai hidung boleh kembang sebesar Selat Teberau. Kalau berani, cuba bentangkan sekolah mana yang cemerlang, bandar atau luar bandar – bentangkan angka dan faktanya. Kepada puak-puak ni, saya hanya ingin katakan dalam loghat saya: pala kote hangpa!
Berbalik pada puisi Kematian tadi, sekali lagi saya ingin berkecuali dalam hal ini. Tetapi, yang hangpa tiap-tiap minggu dok sogokkan cerita hantu kat tv bolehlah pula. Hal-hal tahyul-mahyul, seram-ngeri bercampur khurafat bolehlah pula. Sesuai ke dengan umur budak-budak sekolah? Sesuai ke tunjuk Bomoh Degawan yang mengarut mata boleh keluar api, boleh bunuh orang (apa, bunuh orang dapat pahala ke?). Lepas satu, satu. Lepas Degawan entah mana-mana hantu yang keluar kat Malaysia sekarang. Entah pontianak dan puaka mana yang keluar tersembul. Nyiang Rapik konon.
Apa, itu tak menakutkan budak-budak yang belum disunat anunya ke? Itu sesuai ke dengan umur budak-budak yang belum baligh lagi? Yang itu puak-puak “cerdik pandai” tu tak nak bising pulak. Segala hantu toyol khurafat karut-marut ni mak bapak tak nak bising pula. Bahkan mak bapak pun dok ternganga tumpang seronok menjerit bila hantu keluar. Apa punya turrr! Dengan sukacitanya saya ingin mengucapkan syabas kepada mereka dengan bahasa orang kampung saya: pala kote hangpa!
Dalam akhbar, kenapa tunjuk paha sana, punggung tonggek sini, pusat tertonjol sana, dada terbuka sana, lurah terbuka sini? Itu ok ke untuk budak-budak? Apa, ingat budak-budak pun tak reti stim ke? Kenapa tak cakap jangan keluarkan gambar-gambar “seram” seperti ini dalam akhbar, akhbar bukan mak bapak budak saja yang baca. Budak-budak pun baca. Gambar macam tu tak rasa ngeri ke tengok? Mak bapak pun ternganga terbuka mulut tengok benda lagu tu. Benda seperti ini tak pula kita rasa ngeri. Bila cakap pasal kematian, pandai pula kita rasa ngeri. Cheh! Sekali lagi saya ingin memuji-muji mereka dalam bahasa ibunda saya: pala kote hangpa!
Kematian itu semakin kita menjauh, semakin dekat menghampiri kita. Soalnya, bila dan di mana. Memang, puisi Kematian itu wajar kembali dinilai – tetapi untuk berkokok-kokok semacam ayam jantan kalah mengejar ayam betina untuk bersenggama pun tak ada gunanya. Tapi bila difikirkan kembali, apa gunanya ada peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya, kan? Entah, saya tak pandai dalam hal ini. Pak Mat Tempe di Sembrong yang lebih tahu. Di Sembrong khabarnya ramai sangat cendekiawan. Kalau ada masa, saya ingin buat lawatan sekolah sambil belajar ke tempat itu. Dapatlah merasa segar angin Selat Teberau.
Tapi, kalaulah diberi pilihan kepada saya – percayalah, saya lebih takutkan Bomoh Degawan dan hantu Nyiang Rapik daripada takutkan kematian. Saya pun tak sanggup nak putus sahabat dengan Rahimidin Zahari dan Shamsudin Othman sebab puisi mereka penuh sebuku cerita tentang kematian. Saya percaya, semakin jauh kita melarikan diri daripada kematian, semakin kematian hampir kepada kita. Kematian itu pasti, walau sebitara manapun kita pandai bertutur dalam bahasa Sains dan Matematika.
Seperti kata Sutardji, kematian akan memagut kita habis.
19 comments:
En. Wan saya rasa yang kecoh-kecoh tu bukan budak-budak tapi bapak budak dan tok-tok budak yang dan lama hidup dan banyak buat dosa... Tu pasal dia orang takut. Saya dan adik saudara saya yang baru umur lima tahun ok je tengok. Adik saudara saya faham video sajak kematian tu, yang timbul kesedaran bukan ketakutan. Kalau nak takut, adik saudara saya tu lagi takut tengokk hantu Puaka Nyiang Rapik. Mane taknya memang kelakar seram. Hantunya rupa macam watak star Wars.Kah kah kah....
Kampung tengah, ooiitt tak kerje ke hari2 curi baca blog saya hakhak.
saya tak tengok nyiang rapik, saya takut "mati" kena bunuh dengan hantu mat idehamm
Keje-keje jugak... sambil menyelam minum air... hi3
kampung tengah,
jangan banyak menyelam sangat, nanti tertelan air masin.
:)
salam kematian,
benuasuluk cuba hang tengok dalam youtube.visual tersebut dan lakonan itu adalah dari serpihan al alrqam.dalam kubur pun diaorang bias buat cerita.mengarut....
ini pengalaman awang sendiri di ampang pecah.awang masuk kubur atau liang lahad olok-olok untuk kursus bina insan dalam liang lahad itu awang duduk saja tak boleh nak mengiring btl2 mcm mati sebab semput mungkin mati terus dalam tuh.awang dok dan sms dalam liang lahad tuh.ada juga yang berasap dok dalam liang lahad itu.bukan asap azab tapi asap rokok.
15minit dok dalam liang lahad tuh.bgeri juga.kalau sapa-sapa yang menghayati memang keluar dari liang tersebut terketaq-ketaq.ada yang takmau masuk sebab ngeri.awang masuk sebab nak rasa nak tahu apa rasanya kita tinggal seorang dalam tuh tapi itulah salahnya pi bawa hfon plak huhuhu.
bagus masuk dalam kubur yang awang pi tuh tapi sajak kematian adalah karut sebab diaorang bias.lu tengoklah sendiri video tuh.awang tak takut mati sebab kalau cakap takut pun sekarang nih nyawa awang boleh kena cabut.
kita hanya berdoa cara kematian kita.itu yang sebenarnya...namun kuasa Maha Esa.kalau rasa taknak takut mati awang sarankan benua pindah rumah di belakang kubur sebab sudah tentu kita takkan takut sebab itu adalah sebahagian dari kita nanti.
berilah salam ketika anda melalui di kuburan.....
Sdr Ridzuan: Masalah bermula bila orang bodoh berlagak sangat bijak dan konon pemimpin nomor wahid.
Apa yang lagi? Pekak, tuli, bangang, sembab, bodoh dan lain-lain.
awang,
lu punya komen panjang giler, buat wa takut je baca. Haha. Aku dah tengok video tu lama dulu, dapat kiriman melalui emel. Yang youtube tak buka tengok pun, rasa aku video yang sama.
Sdr. Satira yth.,
Kita sebagai orang-orang kecil hanya mampu berkongsi dan berbagi risau.
che Wan,,,puakan yang merapik tu, Pn Jasmina yg tulih..
kisah,
saya tak tahu menahu. Saya jadikan setiap malam jumaat yang berpuaka tu untuk melakukan kerja-kerja seni saya - menulis, atau ,membaca atau mengedit karya atau apa-apa saja.
che wan..betul ke ada malam puisi 27 nih?
kisah,
entah, macam tak jadi. sekejap jadi sekejap tak jadi. Ada orang nak buat program ni pun sebab ada agenda lain. Disuruh buat saya buat disuruh batal saya batal - "saya yang menurut perintah"
Kesimpulannya: entah tak jadi kot.
Akan saya usahakan untuk 31 dis sempena malam tahun baharu. Ini baru program Fakulti. Selain dari itu, anggaplah sebagai repekan sahaja.
TUAN
..salam ziarah
donribwan,
terima kasih atas kunjungan, salam ukhuwwwah. saya juga dah singgah di blog sdr, menarik.
Tuan,
cantik gambar 'Diari Kampung Tengah'. Solo lagi ke si gadis ini?
Apa-apapun kita kena ingat mati sebab mati tak boleh lari.
Kata Alias Kongo, "Hai ya, manyak susah. Mau matipun kena pegang bendela ke?"
Awas, peganglah bendera PAS jangan pegang bendera berlogo keris bersilang sb macam salib terbalik. HEHEHE
Sheikh Sham,
sempat lagi tuan jeling-jeling mata kat budak kempung tengah. Haha.
Saya dari kecik orang tua saya tak ajar saya cara pegang keris dengan betul. Sebab tu sampai sekarang saya fobia kalau tengok keris. Apatah lagi geli geleman kalau bercium keris. Ho ho.
huhu..kg tengah tu mmg comel..hitam manis..tapi dia ada abang kuanseling..bila nih kg tengah nak makan nasik minyak? hohoo...
en wan..pulang buku lambat skt..ari khamis..lepas seminar tuan haji ye..sekian..tq
Wan, aku percaya, video sebegitu hanya memberi rasa takut sekejap, sebelum lupa agak lama. Yang penting, Islam itu agama ilmu. sebab itu, iman tanpa ilmu, buta. Jadi, yang perlu ditekankan ialah ilmu. Dalam kata lain, kita harus memberikan ilmu agar pemahaman kita terhadap Islam itu jelas. Hohoho. Berkhutbah la plak.
kisah,
pakailah buku tu, saya tak pakai sangat buku tu sekarang. Hanya akan pakai semester depan, tu pun sikit saja. Tak kisah, awak gunalah dulu.
lutfi,
video tu tak menimbulkan rasa takut pun. Tak tahulah pada budak-budak. Setuju dengan cakap hang,ilmu itu yang perlu ditekankan supaya kita akan masuk ke dalam Islam dengan cara yang menyeluruh; tidak sekerat ular sekerat belut.
Post a Comment