BAHASA KITA YANG KAYA RAYA
(Anu Bahagian I)
Satu hari, dia mendatangi saya. Dengan gaya yang ripuh dan kalut seperti biasa. Ada ombak di dadanya. Termengah-mengah. Tanpa salam. Begitu pintu diketuk terus terkuak. Mak aii, tak sempat-sempat. Bayangkan kalau saya tengah dok ‘kelebek’ apa-apa ke.
“Enche Wan, saya nak anu.” Begitu katanya.
Hah, saya macam nak melompat.
“Apa?”
“Nak anu!” Dia mengulang-ulang ayat itu.
“Anu apa?” saya sudah seram sejuk.
“Nak pinjam anu...” suaranya turun naik.
“Anu apa?” saya mengulang soalan.
“Anu Enche Wan!”
Hah saya sudah melompat berdiri.
Dia seperti terkejut melihat saya berdiri.
“Bukan... bukan anu itu. Anu itu,” tangannya sudah merewang-rewang menunjuk pada dinding bilik saya. Pada poster Chairil Anwar yang kemas tergantung.
“La sekejap anu saya, sekejap anu Chairil. Mana ada anunya lagi, dia dah mati.” Begitu ucap saya.
Seperti malu, dia cuba sedikit bertenang. Menarik nafas pelan-pelan.

“Enche Wan ni, bukan anu itulah.” Pulak, getus saya dalam hati. Tadi nak anu sangat.
“Saya mau pinjam buku. Buku Chairil.” Mukanya sudah mula merona merah.
Haha. Ketawa saya meledak.
“Cakaplah nak pinjam buku. Anu, anu.”
“Enche wan niii ... teruklah. Anu tu “sesuatu” lah.”
Saya memuncungkan mulut, “...oooooooooo...”
Adeh deh deh.
p/s – ppsssstttt Hang Sembrong (Hang Berong?), tengok bahasa kita kaya raya tahu. Patutnya keris perlu dijulang untuk mempertahankan bahasa kita tahu. Hidup bahasa Melayu!
16 comments:
siapalah budak bertuah tu.... benda 'anu' apa yang dia nak sangat tu...saya pun kadang-kadang jadi keliru begitu... yalah perkatan ni banyak maksudnya:)
diari,
anu yang dia nak tu buku. Buku chairil Anwarlah. awak jangan "kona" ke lain.
:)
salam,
benuasuluk membutuhkan petrol untuk menganukan proton saga kereta kebalnya.kahkahkahkah....kaya bahasa juga di nusantara.
awang,
salam kembali;
apa kena mengena benuasuluk dengan petrol dengan keretakebal? Haha
Ini cuma soal bahasa. Benuasuluk telah menyulukkan kekayaan bahasa poyang moyang kita saja. Lu fantasi yang bukan-bukan.
Awang, mana 4 sudut berdiri? Dah lama tunggu nih.
Sungai panjang banyak berjeram,
Sampan datang dari Kuala;
Keris pedang tiada tajam,
Tajam memang mulut manusia.
so anunya..keris bukan..anu ehem2 pun bukan..
anu dalam matematik adalah anu..hahaaaa
awangsulung merahmenyala-dah g ke blog awang tapi nk drop komen ya amat la susah..
farah memg sweet, awang hahahhh
tgok baru bg munge inchik wan mau bg chenta..hewwwwwwww
farah,
"...ooooooo..."
Ya betol, blog awang tuh sikit punya susah nak tinggal komen. Saya takat baca jer, nak komen payah. gamaknya awang ni takut kita hentam dia kot heh heh
sungai luas jeram berliku,
perahu kecil payah menongkah;
kalau kuikut marah hatiku,
kutikam-tikam sampai rebah.
Amboi,
sampai dok tulis surat terbuka pulak.
abe midin,
rindu abe!
Wan,
Anu adalah ANUgerah, tapi bukan ANUgetah macam Awang...
adi,
Awang kita tu bukan ANUgetah aku rasa,ANUcappan kot. Ba hak hak.
saya terbaca entri saudara tentang penghormatan seorang guru.terima kasih. saya juga seorang guru.seorang guru di sekolah biasa sahaja. agaknya benarlah, di sekolah kini, yang berkuasa bukan lagi guru. autoriti dan ketakutan disaman, menyebabkan jadinya begitu.
http://www.jimi-wiser.blogspot.com/
Sdr. Jimi,
Di sekolah biasa atau di sekolah "luar biasa" tak ada bedanya tentang bakti guru. Puisi Usman Awang menjelaskan kepada kita di mana harus kita letakkan taraf seorang guru. Guru sekarang terbeban dengan segala macam, dan murid sekarang pun turut terbeban dengan segala macam. Sebab itu murid yang ditendang keluar itu tidak pula dikhabarkan dia menendang guru-guru yang lain.
Teruskan tugas murni Sdr. untuk mendidik anak semua bangsa.
Terima kasih kerana singgah di sini.
ehem2 macam menyindir je tu. he2. bahasa kat malaysia memang indah..hu2.
czuka, ehem ehem, sindir saper tuh?
:)
kasihan pelajar tu...
rainrose,
tk singgah ke sini.
Post a Comment