TANPA JUDUL
ZACK, walau di mana kau berada, di sini atau di sana; Salam Aidilfitri dan selamat ulangtahun. Doa dan harapan kami selalu untukmu...
KEMBALI KE BANGKU LAMA
(Ingatan Kecil, Hizairi Othman)
kembali aku ke bangku lama tika langit petang mula gelap
waktu telah jauh berubah sedang bangku kita masih ada di situ
engkau telah jauh ke mana sedang aku di sini
mengenang dan menghimpun sedikit kisah lama
dibangku inilah, sebelum kuliahku bermula, atau seusai tutorial
aku menantimu; lantas kita beriringan ke pejabatmu
berbicara atau terkadang saling diam
atau sesekali mencicip teh tarik dan roti bakar
engkau dan aku bukanlah guru-murid
alias teman berbual yang sangat rapi dan perahsia
(tetapi aku masih ingat sukarnya membezakan sapaan
‘abang’ di luar atau ‘encik’ di dalam tutorialmu)
tak tercatat segala ingatan ini pada kenangan kecil
semuanya tampak kabur dan berkabus
kota serdang ini menyimpan mimpi pedih dan mimpi manis
ada yang ingin kukenang tentang segala kebaikanmu
dan ada yang ingin kupadam tentang segala cemuhan
padamu yang singgah dicupingku
justeru, aku memilih diam kerana percaya
engkau bukan baru dalam jagat sastera
engkau bukan lagi budak dalam dunia pendidikan
mengenangmu, aku kehilangan sejumlah kata
mengingatimu, aku kehabisan seluruh bicara
dan selepas beberapa tahun, cerita pun seakan mati
kini aku berdiri membaca erti
kerana mimpi tak pernah ada di telapak tanganku
kukemam angin kering, yang tinggal!
aku melangkah ketika gerimis mula bertukar kasar
dengan minda kian sarat tandatanya
tak terungkai; di antara misteri dan harapan
kau kekal memilih diam
dan aku tekal memilih bangku ini.
lantaran bangku inilah yang menemanku
menanti engkau tiba
sebelum engkau pergi, dulu.
Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, UPM
24 Julai 2004 - 2005
8 comments:
salam syawal dari bumi Dublin, Ireland.. jemput2lah singgah ke blog hamba.. :)
jhazkitaro,
salam ukhuwwah dan salam syawal. Sudah singgah, cantik gambar2 dalam blog sdr. Semoga sdr sejahtera bersama teman-teman di sana.
salam sejahtera,
aku ada nak tanya pasai misteri hizairi kat hang itu hari tapi iyalah byk benda sgt so lupalah.apakah yg sebenarnya terjadi hanya citroen xantia yang tinggal di bukit kiara.
awang,
kalau banyak benda nak tanya kena sekali lagi berjumpalah kita gamaknya. Misteri kehilangan syaja hang tak mau tanya ka? Hahaha.
hizairi - kehilangannya memang menjadi tanda tanya. abang teringat arwah OP yg sentiasa mengharapkan kepulangan anak tercinta.
al-fatihah utk arwah OP.
Bang Nan,
teringatkan Hizairi automatik kita akan mengenang arwah OP. Semoga Allah merahmatinya.
semuanya meruntun kalbu.
kita perlu kembali ke negeri tradisi
hilang, jumpa kemudian hilang kembali
adalah milik Allah
salam lebaran.
sheikh sham,
dalam kata-kata tuan. salam lebaran
Post a Comment