Tuesday, October 21, 2008

MENGUNJUNGI KARIB YANG SUDAH BERUBAH

BALIK beraya di kampung, saya mengunjungi karib saya, yang juga ada hubungan saudara dengan saya. Sudah lebih 20 tahun kami akrab. Tapi, kadang-kadang hubungan saudara itu banyak yang “mengganggu dan mengikat.” Lebih selesa dengan hubungan kawan-kawan.

Dia sudah banyak berubah, bahkan berbanding saya dia sudah jauh ke depan mendahului saya dari segi keberaniannya. Ada “tiket” lulusan universiti dalam sains politik, setelah lebih lima enam tahun berkelana di KL yang tak menjanjikan apa-apa, dia mengambil keputusan untuk balik ke kampung dan memulakan hidup baru. Kadang-kadang, jauh perjalanan kita, kita tak sedar kehidupan kita yang terbaik itu ada di tempat kita baru bermula. Seperti Hamzah yang ketemu Tuhan di dalam rumah, seperti setinggi bangau terbang, akhirnya di belakang kerbau akan kembali hinggap, seperti belut yang pulang ke lumpur. Entah betul atau tidak perumpamaan ini untuk sahabat saya itu.

Ketika saya sampai, sahabat saya ini baru selesai “membidani” kambingnya. Alhamdulillah, kambing peliharaannya baru melahirkan dua ahli baru. Sahabat saya ini bukan membela kambing biasa. Dia memelihara kambing baka – kambing boer. Waktu mula balik ke kampung, dia habiskan berbelas ribu ringgit untuk membina bangsal kambingnya. Baka kambing yang pertama dibelinya di ijok. Dia memang nekad dan berani. Dan “perusahaan” ini didanai secara keluarga bersama abangnya, yang turut angkat kaki meninggalkan KL.

Bangsal kambing yang menawan

Sewaktu saya berkunjung baru-baru ini, bangsal kambing sudah bertambah lagi satu, sumbangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). Dan sudah menjadi seperti pusat pelancongan yang sering dikunjungi. Ada kagum yang tumbuh di hati saya. Anak-anak saya melompat-lompat nak tengok kambing. Sayang, saya tak bawa kamera; kalau tak boleh mengambil gambar terbaru. Gambar-gambar yang saya masukkan di sini saya cuplik dari blognya, http://bendang-farm.blogspot.com.
Inilah rumput napier

Memang besar kambing-kambingnya, tak seperti kambing biasa. Bahkan rumput pun diberi rumput spesial yang ditanam bersebelahan bangsal. Baru saya tahu jenis rumputnya diberi nama jenis napier. Ada seluas satu ekar juga ditanam rumput ini. Saya percaya, dia akan berjaya. Saya kagum.


Kambing boer ini mendapat Dato’ dari Umbai, Melaka
Dia baru memulakan perjuangannya. Belum balik modal lagi walau pun sudah mula menjual. Katanya, banyak cabaran untuk membela kambing berbanding membela ayam atau lembu kerbau. Lembu kerbau lagi mudah untuk dibela. Kambing memerlukan perhatian yang lebih rapi. Perlukan jangka masa yang panjang untuk kembali “stabil.”


Perrgghh “bergetah” tu


Macam ahli Partai Cap kambing

Saya cemburu, dia sudah betul-betul kembali menjadi anak kampung. Tak ada punch card, tak perlu tali leher, tak perlu buat minit mesyuarat, tak perlu buat Malam Puisi Warisan, tak perlu buat seminar dan bengkel, tak perlu melayan menteri, tak perlu “bergaduh” dengan bos, tak perlu “berdendam” dengan bos, tak perlu “sakit hati” dengan bos, tak perlu melayan pelajar yang manja, yang buat-buat manja, yang gedik-gedik, yang gedik santai.

Dialah bos dialah menteri. Yang manja, yang buat-buat manja, yang gedik-gedik, yang gedik santai itu cuma kambingnya saja. Melayan kambing lebih baik dari melayan manusia yang perangainya mengalahkan PelajarTingkatanDua.

Saya tak minat nak bela kambing. Saya lebih suka berniaga – berniaga di pasar malam pun cukuplah. Pernah selepas tamat belajar dulu, saya berangan-angan nak beli lori. Waktu itu, dapat duit buku teks komsas (banyak juga masa mula dapat dulu) rasa macam nak beli lori. Cepat-cepat mak saya goyangkan senduk nasi, "kalau hang nak beli lori nak menyega (meniaga) pasar malam, tak payahlah hang masuk universiti. Kalau hang nak beli lori juga pi menyega kat tempat lain. Jangan dok kampung.” Akhirnya, saya gunakan duit komsas itu sebagai sebahagian dari belanja kahwin saya. Ho ho.
Orang tua ada pandangan yang tersendiri. Bagi mereka, sudah habis duit beribu-ribu sekurang-kurangnya nak tengok anak dapat kerja yang “sedap.” Jadi pegawai, duduk pejabat pakai tali leher, pejabat ada aircond. Dia takkan fikir kita akan selalu makan hati; dan selalu berkecil hati. Dia takkan fikir yang kerja kita nanti akan berhadapan dengan manusia yang perangainya mengalahkan PelajarTingkatanDua. Busuk-busuk pun dapat jadi cikgu, kerjanya mulia pahalanya banyak (walaupun akhirnya cikgu tu kena sepak terajang dengan anak murid sendiri). Akhirnya, saya patahkan angan-angan saya, teruslah saya berkelana di KL – menjadi pegawai yang kerjanya menguruskan budaya kita yang serabut. Sesudah mahu memasuki tahun ketujuh, saya membuat satu kesimpulan: budaya kita makin lama memang makin serabut. Ada orang yang mengaku pandai itulah yang pelan-pelan merosakkannya.

Takkan saya nak balik jerit pada mak saya bahawa saya telah membuat satu pilihan yang silap. Takkan saya nak kata mak yang salah pasal menghalang saya beli lori dulu. Bukankah rezeki saya sudah tertulis? Memang saya "ditakdirkan" untuk menjadi tua di KL. Bila melihat sahabat saya ini sudah bahagia dan menemui dunianya sekarang, saya benar-benar cemburu. Saya betul-betul gelisah untuk kembali menjadi anak kampung. Biarlah kolot pun disebut orang. Saya peduli apa. Sekurang-kurangya di sana ada sesuatu yang mendamaikan kita, tidak rusuh seperti sekarang (sampai blog pun tulis catatan rusuh dari benua sunyi).
Sebetulnya, saya tak salah pilih kerja. Saya selesa dengan kerja sekarang, kena dengan jiwa. Masalahnya, saya terlalu rindukan kampung. Angin sawah yang mendesah, kebun getah yang menghijau, tanah dusun yang subur, sungai yang mula kontang, mesra dan ramah tetangga, orang tua yang mula berdiri di batas senja membilang usia; dan segalanya – semuanya seperti menggamit saya dan mengimbau saya!

12 comments:

Anonymous said...

salam sejahtera,
laaa...hendon tuh adik-beradik hang ka rupanya kahkahkahkahkah.aku baru tau la nih.
beli lori menega pasar malam pun susah gak la nih,la nih semuanya serba susah jadi bapa ayam pun dah susah ni kan pula nak menega pasar malam.
dok kampung pun dah tak best angin sawah yang mendesah pokok getah yang kehijauan lagi satu mat-mat indon n bangla yang bertebaran berserta warga nepal dan vietnam di kampung kahkahkahkahkah.
la nih semuanya serba susah serba tak kena apa yang kena la nih semuanya tak kena.dok asyik kena kecoh jer kita nih.
minyak dah USD67 dollar.kahkahkahkahkah
kita asyik dikecoh.

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

Untung En. Wan ada kampung. Pencen nanti leh jugah balik. Saya ni celik-celik dah tengaok kota selut yang beserabut ni. Mana nak pergi lagi? dari lahir, besar hingga ke tua bangka pun agaknya duduk di sini. Hari-hari otak leh naik biul tengok jalan sesak sana- sini. Ehm... kalau dapat laki orang kampung best jugak... boleh duk kampung.hi3

benuasuluk said...

awang,
ya betul jadi bapa ayam pun dah susah sebab ayam semua dah mahai kahkahkahkah, aku ingat nak jadi bapa burung pula kahkahakahkah
dok kampung masih best walaupun ada puak-puak tu.
satu lagi, kita patut try minyak gamat kot ganti petrol, sebotoi baru RM 2.00 kahkahakah

diari,
kalau macam tu kawinlah dengan orang kampung. tapi jangan le kawin dengan ketua kampung hahaha.

adiratno said...

Wan,

Letih hang dok melayan PTD Wan? Aku pun letih jugak layan Perangkawan kat sini. Boses hat lama-lama lagu tue. Ada jugak yang muda-muda pun perangai semacam jugak.

benuasuluk said...

Adi, jangan rasa hati. Hang baguih. Aku harap hang akan jadi ketua kelas tingkatan dua yang baik. Jangan jadi macam depa lain. Kalau hang jadi macam depa, hang sampai ja dekat tol alor setar utara, aku humban hang dalam bendang.

Anonymous said...

en.wan
farah dulu pun bela kambing atuk
tapi mase zaamn tuh atuk takde la kambing boer
haaah
kambing biase2 je
pastu atuk accident n saket
semua tamau jaga kambin
sepupu1 farah (yg bodoh2 dan tak masuk u dan takde kerja) tamau jaga kambin
takkan farah yang dapat tawarn g U bela kambin kot

so farah masuk U dulu
nk selamatkan pun kambin atuk dah jadi liar
kena mula dari kosong laa..tapi kami ader bela lembu
pawah jee..

dulu kan
leh main dera kambin
kejar n kambin lari
patu buh garam dalam kandang bg kambin jilat..garam kiub beso..
pastu leh mandi dalam tali air..pastu atok kejo dengan pelepah sawet
sungguh indah zaman tu...ye..
la
duduk kat bando buat jiwa merusuh n sunyi

benuasuluk said...

farah,
kambing boer lain wooo, dia punya saiz mak datuk, ho ho ho macam minum horlicks.
garam tu buat untu dia jinak dan manja agar tidak menyondol dan menanduk ngko hahaha.
errr, tak baik kata orang yang tak masuk U tu bodo. Rezeki depa tadak. Kata aja depa tu "baloq liat"

Denanz ... said...

wan,
bila nak mola projek.
nak bela kamin ka bela lembu?
dua-dua tu, yang mana senang perah susu?

Anonymous said...

erm bodo tu bukn sebb tk masuk u laaa
masuk u pun leh jd bodo gak..
ni bodo sebab mls kerja..n tk nmpok peluang..

huh
susu dr china dah tercemar cik denanz..
kito perah susu kmbin size da kecik..ah ooooo
sebb tu susah lembu lgi senng

benuasuluk said...

Bang Nan,
kambing harga pasaran mahai, tapi susah gak nak bela, lembu mudah bela, rumput pun bantai bagi hat dok atas bataih bendang ja.
Isshh, susu mana hat mudah perah ha? Farah, tolong jawab kat Cik Nan nih. Saya boleh teka je telur sapa lagi besar, kambing ka lembu. Hak hak.

Farah,
kalau depa pemalas sangat, bawak ja tambat depa dalam kandang kambing. hak hak.

Denanz ... said...

wan,
farah ada pengalaman bela kambin. mesti penah perah susu. haha.
tapi ... abang penah perah susu kerbau.
dgn lembu mungkin sama. rasa susu pun sama kot.
cuma ... payudara depa ja kot belain warna. hak hahak hak.

benuasuluk said...

Bang Nan,
cara perah pun lain sikit kot. Erm farah mungkin tau.
Payudara? Hak hak hak.