Wednesday, October 15, 2008

15 DUIT LAGI!

KETIKA harga minyak petrol dan diesel turun lagi hari ini, saya betul-betul teringatkan pengalaman saya hampir 10 tahun yang lalu. Waktu itu, sebelum saya bekerja di sini, saya pernah bekerja sebagai penyelia sebuah stesen minyak Shell di Sungai Ramal, Kajang. Gajinya waktu itu taklah mahal sangat, tapi saya kutip pengalaman berharga sewaktu bekerja di situ.

Banyak benda saya belajar di situ. Dari menguruskan hal-hal Select (kedai runcitnya), hinggalah hal-hal mengurus minyak, mengira untung rugi harian, menguruskan staf curi duit dan segalanya. Antara yang saya suka ialah safedrop. Safedrop adalah duit jualan harian akan dimasukkan dalam peti besi (ada dua saluran - satu untuk jualan minyak dan satu lagi untuk jualan Select). Tak terangkat peti besi tu sebab berat dan sistematik. Kecualilah gunakan C4 untuk letupkan peti besi tu. Gunung tertinggi yang pernah saya daki seumur hidup saya adalah bumbung lori tangki minyak. Stesen tempat saya bekerja agak besar juga (sekarang makin besar). Makanya, setiap pagi lori minyak akan masuk antara jam 4.30 – 5.00 pagi. Waktu itu saya bekerja shift malam sepanjang masa. Ketika saya masuk ke ASK dulu, saya “bengong” setahun lebih sebab nak adjust waktu malam tukar ke siang waktu bekerja. Bayangkan hampir tiga tahun saya jadi burung hantu berjaga malam, tiba-tiba terpaksa jadi ayam yang licik di siang hari.

Lori jarang masuk siang, selalunya dalam limun pagi. Petang kadang-kadang. Saya perlu tahu tangki minyak mana yang hampir kosong dan perlu tepat agakan saya. Waktu itu ada tujuh tangki, lima petrol dan dua diesel. Diesel akan masuk setiap dua atau tiga hari sekali. Tapi petrol hari-hari masuk. Selalunya, lori yang masuk adalah lori yang paling besar, boleh muat dalam 32,400 liter petrol dalam satu-satu masa. Lori yang pendek sikit boleh bawa dalam 27,000 liter petrol. Jadi, 32,400 liter itu perlu dibahagi dalam lima lubang tangki kami. Boleh tuan-tuan agak berapa liter boleh isi satu lubang tangki bawah tanah untuk petrol dan diesel? Fuh, dalam lubang tangki tu beb!

Saya akan panjat bumbung lori setiap pagi untuk check minyak sehingga habis dituang ke dalam tangki. Manalah tahu, dibiarkan saja nanti dikelentong oleh drebar lori. Tapi setahu saya Shell adalah syarikat yang paling ketat disiplinnya ke atas drebar lorinya. Pantang ada silap, ada saja ‘dendanya.’ Saya selalu mengagak, kalau kerap sampai setiap hari lori tangki keluar masuk stesen bererti stesen itu memang ramai pelanggan, dan untungnya tentu lebih dari stesen lain. Tapi bos saya selalu cakap untung jual minyak tak seberapa sebenarnya, terpaksa bergantung pada jualan Select. Saya agak sebab itu harga barang-barang jualan yang dijual di Select Shell, Mesra Petronas dan di stesen lain lebih mahal dari yang kita beli di kedai runcit atau pasaraya. Setiap kali harga minyak naik saya tengok bos saya tak pernah senyum atau ketawa seronok pun. Dulu-dulu harga naik bukan terus melambung gila babi macam sekarang. Naik sikit-sikit saja waktu PMnya orang Kubang Pasu. Jadi saya seperti percaya cakap bos saya mungkin ada kebenarannya.

Dulu, antara waktu yang paling menyampah sekali ialah waktu harga minyak akan naik. Jadi, menjelang tengah malam, saya sebagai penyelia kena set up semula setiap pam mengikut harga baru. Sebenarnya bukan payah pun. Waktu itu menggunakan sistem manual. Kena berjalan ke setiap pam untuk betulkan meter mengikut harga baru. Tapi punya lecehnya kalau kereta dah duduk beratur berbaris panjang-panjang bila nak boleh set up. Manual pula tu. Walhal bukannya susah pun. Tapi boring kena tunggu kereta sampai lengang. Kadang-kadang bila dah bengang saya angkat saja kon dan tutup pam. Bila sudah siap set up baru saya alihkan kon. Sampailah habis kesemua pam saya buat begitu. Kalau tak sampai ke pagi pun tak boleh set up harga baru. Tapi saya akan mulakan ketika jam sudah hampir pukul 12.00 tengah malamlah. Kalau tak naya pulak orang.

Tengah malam tadi saya teringin untuk keluar pergi ke stesen minyak. Di hadapan rumah saya ada tiga buah stesen minyak sebelah menyebelah. Saya kepingin untuk melihat pekerja stesen minyak set up semula mengikut harga baru. Mungkin sekarang lebih canggih dan tidak manual seperti saya dulu. Barangkali sekarang setiap pam minyak boleh diselaraskan menggunakan komputer dari dalam pejabat saja. Itu yang saya nak tengok. Maklumlah, dah hampir sepuluh tahun saya tinggalkan dunia kerja seperti itu. Saya betul-betul teringin nak tengok. Sementelah waktu saya bekerja dulu, saya tak ada pengalaman menurunkan harga minyak. Yang ada pada waktu itu hanyalah set up berdasarkan harga minyak yang naik. Turun-turun tak ada. Tapi rasanya tentu sekarang lebih menyampah, setiap bulan nak naik harga dan setiap bulan nak turun harga minyak. Besok-besok harga minyak melambung naik pula, lepas tu kereta beraturlah lagi panjang-panjang. Tapi saya patahkan hasrat saya untuk keluar ke stesen minyak kerana tengah malam tadi di tempat saya hujan turun dengan lebatnya. Barangkali hujan rahmat sebab minyak turun harga. Ba hak hak.

Tapi saya percaya walaupun minyak sudah tiga kali diturunkan harga sejak ianya naik menggila, harga barang takkan turun. Pergilah ke Kedai Runcit Wak Doyot, pergilah Kedai Runcit Heng Chai, pergilah ke Tesco, pergilah ke Giant, pergilah ke pasaraya, pergilah ke pasar, pergilah ke pasar malam, harga barang masih kekal dengan harga menggila. Inilah kekecewaan kita. Setakat nak pantau saja, tak ada maknanya. Budak Tabika Kemas pun boleh diajar untuk pantau kalau setakat nak pantau saja. Kita sebagai orang bawah ni sentiasa memilih untuk hidup dalam tertekan. Kita sanggup membeli apa saja dengan apa saja harga yang ditawarkan kepada kita, asalkan kita tidak sahaja boleh mati kebulur.

Banyak pengalaman yang saya kutip sepanjang hampir tiga tahun bekerja di situ. Semua pengalaman ini takkan ditemui di bilik-bilik kuliah berhawa dingin. Takkan ditemui pengalaman sebegitu dalam ruang pejabat yang bersepah dengan kertas dan fail. Dan sedikit sebanyak turut menumbuhkan kematangan saya (tua-tua nanti kalau saya buat memoir/autobiografi best juga). Sepanjang bekerja di situ, saya tak pernah kecil hati dengan bos saya. Sehinggalah beberapa tahun selepas saya berhenti baru saya berkecil hati. Sekarang kebanyakan stesen minyak lebih percayakan Mat Bangla dari orang sendiri. Saya balik ke Pasir Puteh, Kelantan pun stesen minyak gunakan Mat Bangla. Saya singgah di Tasik Banding pun ada Mat Bangla. Bayangkan di tengah-tengah hutan macam Tasik Banding itu pun boleh hidup Mat Bangla. Saya balik ke Pokok Sena pun sudah penuh dengan Mat Bangla. Dari stesen minyak ke kilang kayu. Dari kilang kayu ke kilang padi. Dari kilang padi ke pasaraya. Dari pasaraya ke... ceh semua penuh dengan Mat Bangla.

Setiap kali kalau saya melewati Sungai Ramal, saya tak jadi singgah ke stesen minyak tempat saya bekerja dulu kerana faktor inilah – Mat Bangla. Saya teringin nak jenguk kawan-kawan lama. Teringin nak jumpa bos saya dulu, saya masih hormatkan dia sampai sekarang. Waktu saya tak ada kerja dulu, dia menawarkan saya peluang. Kerana saya ada ijazah, dia malu dan hormatkan saya – hingga boleh bertanya kepada saya berapa gaji yang saya nak. Tapi saya cakap tak kisah, ikut bos nak bagilah. Orang lain dia tak pernah tanya berapa gaji nak diminta, hanya saya yang dapat peluang itu. Sebab itu saya hormatkan dia. Cuma, kalaulah saya berjumpa dia sekarang, selepas bersalam dan bertanya khabar saya akan berkata satu ayat saja kepada mantan bos saya ini: “Pergi mampuslah bos dengan Mat Bangla!”

Betul, saya masih hormatkan dia, tapi saya kecewa dan berkecil hati. Kalau stesen lain ambil Mat Bangla saya tak kisah, ini mantan bos saya. Kalaulah sampai sekarang saya masih di situ, tentu sekarang saya menjadi penyelia kepada Mat-mat Bangla ini. Tentu sekarang saya dah berkawan dengan spesies Dato’ Shah Rukh Khan dari Umbai, Melaka. Saya percaya masih ramai orang kita yang memerlukan kerja dan tidak memilih kerja. Berilah peluang kepada orang kita. Jangan hanya fikir untung lebih sahaja. Saya bukan anti Mat Bangla, atau Mat Indon. Atau Mat Nepal. Atau Mat Burma. Mereka pun manusia. Kalaulah negara mereka senang dan kaya raya, saya percaya tak hingin mereka datang ke Malaysia yang harga minyaknya boleh selalu naik dan turun ini. Baik mereka bekerja di tempat tumpah darah mereka dari berhijrah. Malangnya hidup mereka lebih sukar dari kita. Saya pun kalau di kampung saya di hulu Pokok Sena boleh ada sebiji ASWARA, tak hingin saya datang ke KL ni. Buang karan saja.

Saya sudah melalut. Kasad saya cuma nak tulis pasal 15 duit saja (burrr orang Kedah kata 15 duit tu 15 senlah). Apa yang kita dapat dengan harga minyak yang turun sebanyak 15 duit ini? Kita cuma dapat satu – harga minyak turunlah. Yang lain tak berubah. Tapi cuba fikir, apa yang kita rugi sewaktu harga minyak naik melambung dulu? Dari roti canai ke teh tarik dan nasi lemak, kita rugi, dari pasar malam ke pasaraya mega kita rugi. Dari Tol jalan Duta ke Tol Pendang kita rugi. Dari Tol Gombak ke sebatang gang di Bechah Keranji kita rugi.

Kita rugi “segala-galanya.”

p/s- saya tujukan lagu Blues Untuk Rakyat nyanyian kumpulan Love Hunters kepada mantan bos saya, Encik Maulud Abdul Wahid dan kawan-kawan lama (tak termasuk Mat Bangla) di Shell Ibujaya Bersatu, Sungai Ramal, Kajang dengan ucapan salam lebaran dan utamakanlah “barang mainan” buatan tempatan.
:)

25 comments:

adiratno said...

Shell,

Lama dah aku tak sampai area tue, pasai la nie kat depan rumah aku dah ada 2 stesen minyak.

Dunia dah berubah, kita semua pun dah berubah.

benuasuluk said...

adi,
ada juga "benda" yang tak perlu kita ubah, walau hidup kita dah berubah ke depan.

Anonymous said...

salam orang minyak,
ada tak bangla yang leher pendek kehkehkehkeh gheja kat shell hang skrg,kalau ada hang tak boleh nak sembelih sebab takdak tengkok kahkahkahkah.

Anonymous said...

EN. WAN Ni...dulu farah pun kan selalu gak panjat lori minyak tuh
seronot kan
tapi en wan kalu pnajt farah rase nak naik tangga tu makan mase
sebab
en wan
KETOT a.k.a rendang a.k.a terlalu COMEY
makcik farah ade stesen BP kat taman molek, jb dulu la..kerja part time la..memg pakai pekerja indon sebab org melayu yg kerja mase tu demand n panjang tgn..hummm

benuasuluk said...

awang,
yang takdak tengkuk kalu nak sembelih tak bulih hang pakai c4 ja. Ho ho.

farah,
sapaer cakap saya lambat panjat? Saper? Saper? Dulu2 saya hensem apa, jadi panjat pun cargas tau.
Ni ha satu lagi, dulu2 paling nyampah org mcm farah le yang wat keja part time. Org part time ni wat keja lebih kurang. Huh lembab.

Anonymous said...

waaaaaaaaaaa zalimnya
farah part time mase cuti
tapi kerja full time daaa
siap kerja 24 hours tunggu apek hanto paper kul 4 pagi..tido kat BP tau...

cesh...
incik wan ni...
putus suda kasih syg ade ke patot menyampah..

benuasuluk said...

farah,
nyampah kat part time, bukan kat farah. Hak hak. Kat farah syg le.

MARSLI N.O said...

Sdr Penyair: Seronok membaca kisah Sdr. Kumpul-kumpul nanti, jadikan buku. Pastikan semua anak murid di Aswara membelinya. Logik kan?

Marsli N.O

Denanz ... said...

wan, apa barang buleh beli 15 duit? beli cekelat pun tak buleh. bodo sungguh depa.

benuasuluk said...

Bang Nan,
ya ya apa barang. Bodo sungguh. :)

benuasuluk said...

Bang Marsli,
Lama tak dengar cerita, apa khabar? Sekarang belum tenar tak boleh buat riwayat hidup.
Tapi, saya nak jual kat tempat lain. Tak baik tau kita "memaksa" pelajar kita beli buku kita. Kalau nak beli biar atas kerelaan mereka. Tak gitu?

Anonymous said...

En wan...
hahhaa...ha..ha...
-afna-

benuasuluk said...

afna,
ho ho.

Anonymous said...

ooohhooo..sambung balik kaseh syg
sebab mnympah kt part time..
hohoo
setuju dgn saudara marsli n.o
PAKSA je dak2 aswara beli buku..hahaaa
pastu mintak otograf

kalu cerita2 en.wan ni dikarikaturkan
suh cik mona dari majalah ujang lukis mesti kartun tuh akan
PENDEK A.K.A RENDANG
n cara b'jalan macam mushroom bergerak
cohmey mcm en wan

MARSLI N.O said...

Ha. Ha. Ha. Bertuah pelajar di Aswara dapat seorang penyair dan guru yang tidak suka memaksa muridnya.

lutfi said...

Aku percaya, ramai orang kita sanggup kerja sebegitu. Tapi, kerana duit...ramai yang hanya fikir dut, mereka lupa bangsa mereka

benuasuluk said...

farah,
sekali lagi kalau ngko sebut aku 'rendang tak berbuah' aku c4 kan ngko. tahu!

Bang Marsli,
1. Saya tak nak jadi pensyarah macam kat tempat lain, angkut semua buku-bukunya dan jadikan 'teks' wajib anak muridnya. Kalau yang mana sesuai oklah boleh terima. Kesian budak.
2. Huh sebut je budak-budak ASWARA ni, buku puisi saya ada 2 orang pelajar je beli. Yang lain haram tak ada beli. Tu yang tak nak jual di sini. Hahaha. Errr buku puisi tu bukan teks wajib saya tau. hahaha.

Lut,
setuju dengan pendapat hang. Aku la ni kalau balik kampung dah mula rasa rimas dan tak selesa. Mat Bangla penuh di stesen minyak, pasaraya, kilang kayu, mat burma mat thai penuh dalam kebun getah.

Anonymous said...

arghhh incik wan ni zalim aarrr
tang part org kater da cohmey dia tak marah lak
menympah arrggh
putus suda kaseh syg..

buwekkkkk....tamau kawan..

benuasuluk said...

farah, yang cohmey ngko tulis huruf kecik, yang RENDANG ngko tulis huruf besar, mana aci.
Jgn mare, gurau2; sayang farah. Sudikah disambung kembali kaseh sayang yang putus tu? Auuwwwuuukk

Denanz ... said...

woi ... woi ... main sambung sambung kasih sambung sayang la pulok!

benuasuluk said...

Bang nan, ntah, mabok raya 6 kot budak tuh. Hak hak.

Anonymous said...

en denanz
mane main sambung je
kan main putus2 jugak daaa...

hah
en wan tuh pilih kasih
mau masuk aswara ikut pintu belakang dia tak kasi
dok suruh blajo kat ukm je
tak payah masuk aswara
eksen
takut i tahu sjandel2
dia dekat ASWARA LA TUH..

sebab minyak dah murah
mari kita tuang minyak banyak2..hahaha
n jum ronda2 malaysia..

benuasuluk said...

farah, nkgo dah gila bayang kat aku ke sampai satu entri lima nam kali ko masuk sinih.

Denanz ... said...

hahaha.
lantak!
: )

benuasuluk said...

Bang nan,
letihhhh. hak hak.