PERIHAL KERETA MENJELANG RAYA
HARI Sabtu, saya bawa kereta kebal saya untuk tukar tayar. Dua biji tayar saya bunganya makan dalam. Jadi, mesti kena tukar sebab Jumaat depan hendak jalan jauh. Enjin baru servis, masih ok lagi. Ada sebuah kedai dekat dengan kawasan rumah saya, tidak pernah pergi. Dulu ada juga dok servey harga di beberapa buah kedai lain. Maklumlah sekarang semua barang harga sudah melambung tahap gaban. Tapi penyudahnya masuk ke kedai lain. Kebetulan jenis tayar yang saya hendak ada di situ.
Tapi kedai ini memang setan. Saya cakap hendak tukar tayar saja. Dia acah-acah saya kereta saya ni banyak masalah. Belum pun tayar dibuka, mamat India ni cakap kepada saya:
“Bang, kereta abang ni timing ada lari. Kena buka cuci pasang lain ni.”
Saya menempik dalam hati, “barua, dia dah mula dah.” Saya saja tanya berapa kalau nak adjust timing.
“Ini kena buka, cuci pasang siap balik semua RM 300.00” Cakap India ini. Binawe, saya dah mula sumpah. Betul ke timing lari kena buka pasang cuci? Hak hak.
“Tak payah, hang tukaq tayar sudah!” Ayat Pokok Sena saya sudah keluar.
Tiba-tiba mamat Cina yang seorang lagi bertanya, “You mau check aircond ka?”
Saya menggeleng kepala.
“Check free saja maa.”
“Memang la check free. Lepas ni hang kata la pula aircond kereta aku tersumbatlah, ada katak purulah, ada big mama kat dalam tulah.” Saya dah mula nak hangin satu badan. Bila tengok saya buat berangin, mamat Cina dan India ni pun mula buka tayar.
“uii bang, abang punya absober depan ni sudah leakinglah. Mesti tukar, nanti rosak tayar.” India ni memang nak nahas dengan saya.

“Tak payah. Hang tukaq tayar baru boh depan, tayar lama boh di belakang sudah. Jangan nak merepek. Lepas tu hang servis brek sudah.” Orang Pokok Sena ni sudah cekak pinggang sambil bercakap. Menyesal datang kedai yang tak pernah saya masuk sebelum ini.
Bila dah buka tayar belakang, India ni sekali lagi nak cari pasal, “Ni abang punya absorber belakang pun sebelah ada leaking. Pump brek pun sebelah kiri sudah leaking. Tukarlah bang!” Saya cakap tak mahu.
“Pump brek baru RM 60.00. Tukarlah, nanti rosak tayar.” Mamat India ni masih memujuk.
“Macha, hang tukaq tayar sudah. Jangan cakap banyak. Lepas tu buat allignment dan buat balancing sudah. Yang lain aku tak mau.” Suara saya sudah tinggi.
Agaknya malas nak layan saya atau dah takut dengan saya, mamat India ni blah dan pergi layan kereta lain. Tinggal mamat Cina seorang yang terus buat kereta saya. Bila dah siap pasang, masa tengah buat allignment , mamat Cina ni cakap camber sudah lari. Kena tukar. Saya angguk saja; yang itu saya percaya, sebab ada mesin di depan yang tak boleh nak kelentong saya.
Dalam pada itu, dengan lembut dia memujuk saya agar menukar absorber depan. Suaranya memang suara yang “menggalakkan” saya untuk percaya, tidak seperti cakap mamat India tadi yang lebih hendak “menakutkan” saya. Sengaja saya bertanya, kalau hendak tukar absorber berapa harganya.
“Kalau absorber depan, pakai original jenama Mono baru RM 460.00. Tahan lama. Absorber belakang murah sikit, ada dalam RM 200.00 lebih.” Mamat Cina ini menjelaskan.
Cheh, mau kelentong lagi. Sudahnya saya pergi kaunter, bayar saja harga tayar, servis brek, allignment dan balancing saja. Itupun hampir sebelah tangan terbang.
Lepas keluar dari kedai, saya rasa tak puas hati dan tak sedap hati. Manalah tahu cakap mamat India dan mamat Cina tadi betul. Saya bawa kereta saya ke tempat yang selalu saya servis. Minta tolong tengokkan. Mujur pagi–pagi belum banyak kereta. Hing dan Sam cepat saja menerpa ke kereta saya sebaik saya turun. Cina dua orang ni boleh saya percaya (saya tak rasis tau!). Saya cakap apa yang berlaku di kedai tayar tadi, minta mereka tolong tengokkan. Hing memeriksa kereta, sementara Sam melayan kereta lain.
“Dia mau tipu you maa,” jelas Hing. “Mana ada rosak. Saya selalu periksa you punya kereta saya tahulah.” Saya sudah hangin semula. Puaka punya kedai.
“Orang kedai tayar memang itu macam. Lain kali you cakap saja, you kedai tayar buat tayar saja. Lain hal you jumpa lain mekanik.” Hing nasihat saya.
“Apa-apahal kalau ada problem datang sini saja. You pun biasa sini. Saya boleh tengok. Mau tukar absorber sini pun boleh. Saya kasi tau bila perlu tukar absorber. Harga lagi banyak murah. Itu memang tipu. Brake belakang pun tak leaking. Semua ok.”
Seperti tidak puas hati dengan cakap Hing, Sam pula datang melihat kereta saya (selalunya Sam yang akan lebih teliti bila servis kereta saya). Dia ngeng ngong ngeng ngong dalam bahasa tok neneknya sambil geleng-geleng kepala.
“Dia orang memang mau tipu. Haiyaa.” Itu kesimpulan Sam.
Tengok, Cina pun bukan semuanya penipu tahu. Yang penting, saling berbaik sangka. Kita orang “bawahan” ni tak ada kepentingan apa, hanya ingin hidup bahagia di negara tercinta. Tak payahlah hendak ungkit mengungkit. (Tapi rasanya orang bawahan macam kita ni semua bangsa tak ungkit-mengungkit pun). Lainlah “orang” lain, kan? Dulu masa saya accident motor dirempuh oleh sebuah BMW yang "balagak"(tuan punya kereta tu cakap baru tiga hari dia pakai BMWnya), ada seorang lelaki India yang datang tolong saya, angkat motor dan bertanya saya ok atau tidak. Mamat yang langgar saya tu ironinya, Melayu! Itu yang saya cakap, kita rakyat biasa ni tak perlu apa-apa, kita mahu hidup selesa saja menjadi rakyat biasa. Rasis-rasis tu kerja “bermusim!”
Setelah berbasa-basi dan tanpa caj, saya tinggalkan Hing dan Sam dengan ucapan terima kasih. Saat itu juga, macam hendak berpatah balik ke kedai tayar tadi, dan hendak hemput mamat India dan mamat Cina tadi (terutamanya mamat India tu). Saya bukan rasis! Tapi saya bengang. Mentang-mentanglah kita nak beraya, dia pula ambil kesempatan nak mencekik kita. Dalam kepala saya, selepas saya hemput mamat dua ekor tu, satu kedai tu kemudiannya akan saya bakar. Hak hak hak. Tapi saya batalkan niat itu memandangkan saya belum terlatih menjadi seorang penjenayah.
Setelah sepagi menyumpah-nyumpah, baru saya teringat hari ini saya puasa! Hak hak hak. Tiba-tiba teringatkan lagu Def Geb C, “ampunkan aku.”
9 comments:
wooow. sudah servis keta. nak balik kampung mana, wan?
selamat jalan. berhati2 di jalan raya.
selamat hari raya. maaf la apa2 yang tak kena no.
Bang Nan,
yabedabeduuu nak balik pokok sena.
sama2lah saya pun, mintak mahap apa yang tak kena.
hehe.. ayat pokok sena orang paham ka kalau kt selangoq?
salam perkenalan dan selamat kembali ke kedah.. :)
Bik mama tu sama dengan bik mama yang hishmudin rais dok tulis tu ke encek wan? Hahaha..Selamat Menyambot Hari Raya bersama anak dan isteri..Moga selamat perjalanan
shahkang,
haha. ayat pokok sena bunyinya "pongoih" sikit.
terima kasih singgah, dan salam perkenalan.
epool,
bik mama? haha.
Salam syawal, pool.
salam tayar,
wan kes tukaq camber tuh pun kes pembohong tak payah dok tukaq adjust camber biaq p lagu tuh jugak.ada kete yang mmg takdak camber depa suruh pasang camber.hang dah kena hang pun caya kat betoi camber kena adjust.autaaaa semua tuh,nih len kali mai tanya pak ngah nih.hahahahaha.....
len kali kalu p kedai tayar sebelum tukaq tayar hang pesan lagu nih,tokeh atau bos lu tukar wa punya tayar saja.ingat tukar saja,ingat iya lu tukar saja.lain-lain semua balancing ka alligement ka wa tak mau bikin.lu tukar saja ini tayar.
nak buat timbang tayar atau alligement hang p pula kedai lain,itulah caranya.apa-apa pun p kedai yang hang dah biasa.aku pun tak servis lagi BM aku.lagi mahai ooo nak servis BM buatan malaysia kehkehkehkeh.
awang,
camber tuh takpalah, harga bole tahan lagi, lagipun bukan seluloi tukaq.
janji tahun ni balik pokok sena. haha.
pasang sendri tayah gaduh bayaq..hehe
tapi jenuh kena2 meletup
shahkang,
tak sanggup pasang sendiri. Haha.
Post a Comment