Wednesday, September 24, 2008

DUA CERITA PENDEK DARI SERDANG

Ketika Menonton Cerekarama Yang Entah Benar-benar Cereka Atau Rama-rama Sahaja

SABTU malam ketika saya tekan punat tv, ada cerita cerekarama baru bermula. Entah betul-betul cereka, atau hanya ada rama-rama. Di sudut bucu ruang tamu, orang rumah sedang menyiapkan tugasan sekolahnya – seperti tak mahu-mahu selesai. Mata sekejap layu sekejap tegang semula. Tiba-tiba tv hilang gambar...

“Abah, abah bangun. Dah lima setengah. Dah lewat nak sahur.” Suara orang rumah sayup-sayup.

Terpisat-pisat bangun dengan pening lalat. Di skrin tv, entah ada ustaz mana sedang melagukan bacaan al-Quran. Hah! Saya tertidur depan tv rupanya. Dan orang rumah tertidur di sudut bucu ruang tamu. Di tangannya terpegang jam tangannya yang bermuka kecil itu.

Saya cergas ke bilik air dan cepat-cepat menggosok gigi. Dalam kepala terfikir akan bedal saja apa yang ada sebelum luput waktu. Ketika saya keluar dari bilik air orang rumah tersengih-sengih memandang saya, ketawanya seperti tertahan-tahan.

“Bah, sorry. Tadi mama tengok jam terbalik. Baru pukul dua belaslah.”

Saya tertegun. Di kaca tv entah siapa sedang bercakap-cakap dalam bahasa Matematik dan Sains. Ceh, rupa-rupanya baru Nightline. Saya pandang wajah orang rumah saya – antara hendak marah dengan hendak ketawa. Saya ingatkan dia membereskan kerjanya, rupanya dia pun terlelap seperti saya.

Akhirnya kami memilih untuk ketawa sama-sama.


Drama Tamil di Malam Tujuh Likur

BETUL-BETUL sesudah terawih drama ini bermula. Di tingkat bawah rumah sewa saya, ada orang jerit-menjerit dan pekik-memekik. Dari perlahan meningkat kuat. Dan akhirnya kawasan sekitar rumah saya pecah dengan drama Tamil. Babak gaduh. Pelakon, lebih ramai wanita.

Di tingkat bawah rumah saya, ada jiran India. Ada dua pintu. Tak pernah bertegur sapa. Entah, saya bukan rasis, tapi jenis mereka tak nak bercampur. Kalau kita melintas depan rumah dia akan pandang semacam. Macamlah kita ni muka pecah rumah. Dulu dia pernah cari pasal dengan saya menuduh motor saya bising dan banyak asap. Busuk. Saya tempik, “berhala hangpa lagi busuk dari motor aku selama ni aku tak pernah bising pun. Maghrib-maghrib aku nak semayang pun korang memekak dengan bunyi-bunyi loceng pun aku tak komplen apa.” Terus sejak tu mereka tak berani tegur saya. “Pongoih” juga rupanya saya. Masalahnya betina, yang suaminya penakut, tak berani tegur atau pandang muka saya pun.

Berlainan benar dengan jiran Cina di sebelah pintu rumah saya. Baik. Cina di hadapan pintu rumah saya pun baik suami isteri. Ketika bayang-bayang anak saya ghaib pun mereka bertanya khabar di mana anak saya. Sebenarnya, jarang juga kami bertegur – tapi soalnya kami masih ada batas untuk saling hormat. Bukankah saya kata saya bukannya rasis? Pernah jiran Cina saya bergaduh di pagi hari minggu dengan India di tingkat bawah itu. Puncanya, soal kebersihan. Saya tak campur, tapi dalam kepala kalau depa wrestling depan saya, saya akan jadi “pengadil” yang berat sebelah. Haha.

Berbalik kepada drama Tamil tadi, bisingnya bukan main. Mereka bergaduh entah apa, tapi suara perempuan yang kuat memekik-mekik. Jiran tingkat bawah rumah saya diserang India dari blok bertentangan rumah saya. Tak faham saya. Macam latar di Kerala layaknya. Haha. Agak lama berlarutan sekitar setengah jam. Saya kuakkan tingkap rumah untuk menonton drama tanpa sarikata.

Agak saya punca bergaduh pasal anak-anak. Saya ternampak anak-anaknya yang masih bersekolah rendah seperti masuk campur. Saya akui, anak-anak jiran tingkat bawah ini “jahatnya” saya boleh bagi tujuh bintang. Saya tak heran kalau depa kena serang. Tapi soalnya mereka mengganggu jiran-jiran. Bukan sekejap, tapi dah lebih setengah jam, tapi haram tak tumbuk-tumbuk lagi pun. Yang lelakinya hanya setakat bercakap, “poh, poh poh.” Cis, penakut betul.

Akhirnya yang menyerang tadi beredar. Baru saya hendak urut dada, tiba-tiba sekali lagi kumpulan ini datang menyerang dan bermulalah acara gaduh yang betul-betul. Tapi, versi perempuan. Haha. Anak-anaknya yang jahat berbintang tujuh itu pun turut campur. Tiba-tiba ramai pula India datang menenangkan mereka. Baru saya perasan ramai juga jenis mereka di sini. Selalunya tak perasan begini ramai. Mungkin jiran-jiran dari blok lain.

Dalam kepala saya, kalau cukup satu jam drama Tamil ini belum tamat, saya akan simbah air dari tingkat atas. Saya peduli apa. Hangpa ni kalau bergaduh jenih yang tak reti kontrol diri. Kalau bercakap pun suara macam pakai mikrofon. Kadang-kadang kalau mereka bercakap pun saya fikir mereka bergaduh. Walhal tidak. Apa punya orang. Kalau drama ni hangpa buat dalam estet tak apalah juga. Di taman permainan berhadapan rumah saya penuh dengan penonton tiba-tiba.

Ketika saya berkira-kira hendak mengisi air dalam baldi itulah, kumpulan yang menyerang itu bubar, sambil tangan mengangkat tinggi-tinggi seperti berkata,”hangpa jagalah nanti. Aku ajar nanti.” Haha.

Nasib baik hangpa bubar. Kalau tidak, hero Pokok Sena ini pula naik angin. Haram jadah sungguh!

14 comments:

Denanz ... said...

dey tambi.
yenna dey.
enggapoh.
cuih ... india kalau becakap ... betentang muka pun macam dok seghelong. hingaq nak mampoih.

Anonymous said...

aku nak gelak saja kahkahkahkahkahkahkahkahuawrghhhkahkahkahkahkah.gelak sampai koma.

benuasuluk said...

bang nan,
dey tambi enggapoh ok je, takut dia poik ludah ayaq sirih ja. yang tu tak tahan tu. Haha.

awang,
hang gelak aku terkejut sahur ka pasai jiran aku? Kah kah.

Anonymous said...

mungkin mereka terlalu terpengaruh dengan Sivaji The Boss

adiratno said...

Wan Dey,

KAsi aku senyum saja petang-petang nie....Banyak makna senyum aku tuee...

Nanti kita makan maruku lak sesama kat bwh tu...

benuasuluk said...

epool,
macam padayappa pun ada. haha.

benuasuluk said...

adi,
kalau nak senyum sorang-sorang jangan bagi orang nampak. Nanti depa syak bukan-bukan.
Balik kg dak? Mai jalan kebun 500.

Amiene Rev said...

hohoh... happy merdeka day

benuasuluk said...

amiene,
ho ho.

Unknown said...

hehehe..
ini memang kelakar...
abg nih janganlah marah-marah
hahhaha

riangriang said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

selamat hari raya ;O

selamat makan rendang

selamat makan baulu

selamat minom sirap selaseh

selamat bermain merchon

selamat berkebaya atau bekurong

selamat berketupat atau berlemang

selamat berkembong perot atau senak pundi

selamat mendapat duit raya atau memberi duit raya

selamat mendengar jerit pekik adik saudara, sepupu sepapat, makcik pakcik, segala tok nenek, kaklong maklong, tok cek , tok uwan

selamat bergaya kasot baru atau bundle

selamat memakAi seluar kecik baru atau lama

selamat raya juga pada tahanan ISA

selamat merokok sebebas-bebasnya

selamat menyembelih ayam

selamat mengumpat selepas romadon (sebut dalam slanga arab yang pekat)

selamat berkerepek atau berkueh sipot

selamat bersongkok berkopiah berserban atau bersnowcap

selamat bersolat raya atau tidor di rumah

selamat menciom tangan orang tua

selamat berkeluar air mata (bagi yang sentimental)

selamat bersenyum sapa

selamat bermeriam buloh

selamat mengusha awek-awek kebaya ketat yang cun

selamat mengukor saiz pinggang kembali

selamat berboroi semula

selamat berbosan (jika kampong anda bosan seperti kampong aku)

selamat berlagak dengan kereta baru (untuk tayang pada satu kampong atau sudara mara)

selamat hari raya semua!!!!

:)

Unknown said...

aku ada buat iklan raya..
kalo ada masa bacalah blog ku..
tajuk post":
Tadi Aku Terdengar Perbualan Radio


selamat hari raya

benuasuluk said...

ibrahim_n,
tk singgah.

epool,
woo.