Thursday, September 18, 2008

FRAGMEN “PUISI YANG MUNGKIN TERKUBURKAN”

Perempuan Gede dari Atas Menara

kerana hidupnya selalu di atas menara
dia tak pernah fikirkan

tentang sekaki payung

ketika ribut ganas
dalam rusuh hujan menggila

kami mendongak memandangnya
dengan tangan tergigil

memegang sekaki payung, untuknya

dia memandang kami dengan penuh benci
tidak pun kami menjelingnya dengan sedikit iri

akan sampai waktu
dia akan kami berikan sekaki payung

ketika tubuh gede

dibebat kain putih
tersorok di balik keranda

sekaki payung kami nanti
akan meneduhi perjalanannya ke sana

dalam rusuh alun hujan, atau lusuh bahang cuaca

dan menara tetap akan tinggal begitu
kukuh, tapi tidak abadi.


2 comments:

Puteri Ezza said...

Salam. Tumpang menyinggah sambil membaca apa yang terkandung dalam blog saudara.

Salam persaudaraan dan salam ramadhan.

benuasuluk said...

puteri ezza,
terima kasih kerana singgah. Salam ukhuwwah.